Pages

ORYSENSE

Orysense

CERITA PERKAHWINAN DAN TERENGGANU

awal jun lepas, aku ke terengganu. mengiring pengantin. yang menjadi pengantin adalah adik kepada encik tunang kesayangan..hehe..
wow..perjalanan yang sangat memakan masa dan tenaga. sungguh! lain kali(itu pun kalau ada peluang) tak akan memandu ke pantai timur. naik kapal terbang lagi senang.(bunyi macam harga tiket tu seringgit dua je)

sepanjang perjalanan, kami cuma singgah di beberapa stesyen minyak, untuk menyahut seruan alam dan mengisi minyak. walaupun melalui jalan pesisir pantai, langsung tidak berkesempatan untuk singgah...ruginya!!!!

terengganu sangat bersih. ini aku, sepupu aku dan encik tunang sama-sama setuju. air laut sangat biru....teruja sungguh!!!
aku jadi driver masa ni.

rancangan awal kami sepatutnya 3hari 2 malam di sana. tapi sebab hal-hal tertentu aku mengambil keputusan untuk pulang pada hari yang kedua. jadi rombongan berpecah dari pekan losong.

masa inilah kami berpeluang singgah bermain air di tepi pantai. walaupun sekejap..tapi seronok!

cik sepupu

encik tunang(muka kami dah penat)

lepas main air, kami memneruskan perjalanan pulang ke selangor. aku pecut laju-laju. konon tak mahu lalu karak tengah malam. hahaha...sampai terlanggar lampu merah. harap-harap tak kena saman lah....aamiiin...

4 comments:

chia-chia fashion. said...

jauh juga perjalanan...
musin kawin ni,kena juga pergi bila di jemputkann..

Unknown said...

tu la..nak-nak bakal mak mertua sendiri yang buat request...adeh....kena la pergi juga..

Ayeem Jemain said...

oh. ini tunang. hehe tak kenal. dia da lama masok lah tu. ayeem 24 may 2010 baru masok. dia mst kutuk2 company N kan? hehe

Unknown said...

haha...ayeem pernah kerja sana kan..sendiri tahu lah..hehehe...dye berhenti bulan 3 2010 camtu la kot.