huhu...punya lah lama aku tak pos entri baru...maaf..kekangan masa betul-betul buat aku sesak!!
macam-macam yang aku fikir, nak kena buat, dengan kereta aku meragam, dengan poket aku yang cuma ada sampah sarap...oh...sungguh....blog ini dah jadi tempat aku menghamburkan segala yang terbuku dalam kalbu(ayat lirik...XD)
okey...hujung bulan ini aku kena ucap selamat tinggal kepada gelaran CIK. dan kena menerima gelaran PUAN.
huhu...nak jadi PUAN dah rupanya...jadi aku agak sibuk dengan persiapan dan macam-macam lagi....akhirnya blog ini tinggal kosong tanpa sebarang entri baru....
minggu lepas dah pilih baju....tapi bukan yang seperti aku nak.aku nak yang ringkas, katanya nanti orang tak kenal pengantin...padahal, aku kalau pergi kenduri tak nampak pengantin pun tak apa...(lainlah kalau kawan-kawan aku..huhu)akhirnya aku kena puaskan hati orang berbanding hati sendiri.baru je cakap nak cari bunga hidup untuk pegang di tangan..mata orang yang aku nak puaskan hatinya tu dah terjegil...dan senyap-senyap aku pergi florist shop dan tempah. wakakaka...hidup bukan senang. hati orang lain dulu baru hati kita.jadi aku kena telan benda yang aku tak suka.supaya orang suka.
oh...aku dah beli cenderamata untuk tetatmu dari jauh, dan untuk kawan-kawan...cuma tak banyak...maaflah...aku i pendapatan tak banyak, nak menyimpan pun tak dapat...(baik la aku berhenti duduk je kat kampung kan?)
aku ada masalah sikit kat tempat kerja...motivasi kerja aku sekarang sangat rendah...tersangat rendah. dalam kepala aku cuma fikir, aku perlu kerja lain, di tempat yang lain, di mana persekitarannya lebih santai dan sihat untuk aku. aku cuma tak tahu aku patut buat apa.patutkah aku mula menulis semula.dan jadi penulis sepenuh masa?(sebenarnya aku memang pasang impian untuk jadi penulis)cuma.....hmmmm....
nasib baik 'anak-anak' sentiasa temankan aku!! sayang sangat dengan dora dan baby...diorang lah 'paracetamol' terbaik aku.
cukuplahh hamburan perasaan ni...lain kali aku sambung lagi....
p/s: pencinta mekap di luar sana..tunggulah...aku akan kembali!!