Pages

ORYSENSE

Orysense

PENGUMUMAN LAGI!!

seperti yang kamu semua tahu, aku kini sudah menjadi agen Naturactor Collections.
stok sudah pun sampai, tapi tak banyak.
untuk percubaan stok aku cuma ada ini:
cover face
141-2 unit
151-3 unit

loose powder
41-2 unit
51-3 unit

summer cake
643-5 unit
650-5 unit

setakat aku menjadi pengguna naturactor ni, aku amat berpuas hati dengan kualiti produk ni. dan yang menjadi kegemaran aku adalah summer cake. untuk pemakaian cover face dengan lebih berkesan, pakai bersama dengan loose powder okey?
apapun, aku akan update lagi nanti.

maaf sebab aku agak sibuk dengan deadline kebelakangan ini.(dan juga blogshop construction aku, LMC. header blog pun boleh buat aku pening. cet!)

::RANDOM RANT:: CINTA BARU

klik gambar untuk review galaxy note.
aku memang dah jatuh cinta sangat sama Note...entah bila boleh dapat...

dan cinta baru kedua aku.....jengjengjeng.....masih rahsia. belum sesuai untuk diceritakan....
tapi aku janji, aku akan kongsi juga tentang cinta baru aku nanti...tunggu je la okey?

MOU SUKOSHI

sikit lagi....sikiiiiittt lagi....aku akan cuba berdikari! oyeah!

PENGUMUMAN!!!

jeng..jeng..jeng!!!!
aku ada berita kepada semua yang mengikut perkembangan aku. aku akan membuka satu blogshop, memandangkan aku dah mula akan menjadi ejen kepada naturactor collection, cuma aku tidaklah menjual dengan banyak...sebab ini adalah percubaan pertama aku untuk 'berdikari' tak makan gaji. aku bukan sahaja akan menjual produk naturactor, malah produk mekap-mekap prelove aku juga(banyak juga yang nak let go..sob..sob!!)

penegasan di sini, aku hanya menjual produk yang aku percaya sahaja, dan naturactor yang aku jual juga adalah tulen dari jepun..hait!!

jadi...berikan sokongan ya!!
(masih memikirkan untuk letak jawatan)

LUAHAN PERASAAN YANG TAK SELESA NAK MUNTAH!

aku dalam dilema sekarang ni. ikut hati memang nak sangat berhenti kerja. sebab betul-betul tak tahan dengan bau 'dia'. sumpah, perut aku bergolak dengan hebat nak muntah. sebelum ni tak adalah pulak sampai nak muntah. aku yang terlebih sensitif ke??
susah betul...

p/s: catatan ini hanya luahan hati yang pendek. haha.!

JATUH CHENTA : MAYBELLINE BB MOUSSE

IMG_0420

aku tahu ramai dah review benda ni…tapi aku pun nak cerita juga..hehehe….

aku beli ni dengan harga RM49 lebih…kebetulan offer dekat watsons masa tu. harga asal RM50 lebih woo….

apa yang membuat aku suka mineral BB mousse ni?

  • water base(sesuai dengan kulit aku)
  • texture ringan
  • menyamarkan liang roma(ini memang aku suka)
  • finishing nampak natural-yeah!

cuma..oil control tak lah begitu bagus…tapi masih okey sebab kulit tak la nampak sangat-sangat berkilau pun.

p/s: sengkek aku gara-gara godaan cik puan maybelline ni….T^T

::REVIEW:: BIORE UV AQUA RICH

IMG_0426
sunscreen. 50 pa++.
water base. citrus scent. suitable as a base makeup. lock the skin moisture. oil control.
what more can i say? anything that claim it is oil control, and work really well on my skin..is a love! yeah!!
price: not really remember exact price, but bought it for RM 27.90 after discount at watson. 
p/s: senang gila sunscreen boleh jadi base makeup!

JATUH CHENTA : NATURACTOR SUMMER CAKE

yuhuu!! aku dah balik untuk segmen jatuh chenta!!
masih dengan produk naturactor(mentang-mentang menang haritu..)
kali ni produk yang aku nak reviewkan ialah naturactor summer cake.
hehe…apa bezanya dengan cover face?
IMG_0399
  • kompak
  • 2-way cake; sapuan kering atau basah(tak perlu lagi loose powder)
yang paling seronok, summer cake paling sesuai dengan kulit yang cepat berpeluh/berminyak! yay!!tiada lagi mekap cair kat hidung!!
tapi, coverage summer cake tak la macam cover face. summer cake lebih ringan(pada aku lah). tapi kamu masih tetap nampak gebu yang lebih semula jadi!!oyeah!!
DSC_1721
ini aku pakai summer cake tak ada mekap asas langsung. kawan aku siap cakap ‘wah!!gila gebu!!nak beli juga lah!!’ hohoho….gambar tu edit cara malas okey.aku tak ada gambar yang bertudung masa mekap ni…huhu…test power mekap sendiri katakan….ngehehe…
cuma untuk summer cake, aku cadangkan guna span basah untuk efek macam dalam gambar. sapuan kering sangat-sangat light.
okey.tu je setakat ni..
daa!!
p/s: aku akan menjadi ejen untuk produk naturactor ni tak lama lagi.rasa-rasa berminat nak cuba summer cake boleh pm aku terus okey?

OH..AKU RINDU BLOG INI

akhirnya...aku boleh jenguk semula blog ini selepas selesai semua kesibukan...hohoho..
malangnya aku kurang sihat sekarang...huhu...

oh...dan aku dalam perancangan untuk berniaga secara online...insyaAllah, aku akan menjual benda yang selalunya aku suka tenang kalau masuk watson atau guardian..produk yang aku suka dan aku berani rekomen(walaupun belum buat review lagi..hehe)

akhir sekali..aku sudah jadi puan yaaa!!!