Pages

ORYSENSE

Orysense

JANTINA: LELAKI ATAU PEREMPUAN?

bakal ibu bapa, tentunya teruja nak tahu jantina anak dalam kandungan. penting sangat ke nak tahu jantina anak? bukankan lelaki atau perempuan tetap juga anak kan? tetap juga anugerah Allah?

pada aku, agak penting juga tahu jantina anak lebih awal. bukan la mesti nak tahu. tapi kalau boleh tahu lebih awal, bukankan lebih mudah mencari nama? melalui buku 'Seindah nama semurni peribadi', usraz sharhan kata, seeloknya menamakan anak dalam kandungan seawal usia kandungan 120 hari, atau 4 bulan usia kandungan. sebab ketika itu, roh sudah ditiup ke dalam janin. tapi kenalah pastikan dulu jantina anak kan, kalau nak namakan pun. dibuatnya kita bagi nama lelaki, tapi yang keluar perempuan..aduh, sedih la pulak..begitulah sebaliknya.

cara paling mudah nak tahu jantina anak, pergi scan la dekat klinik. tapi cara ni pun kadang-kadang ada error juga. kadang-kadang baby malu. dia sembunyikan anu dia....jadi jenis pemalu ni susah juga nak tahu kan? ada juga masa scan kata perempuan, tapi keluar lelaki. hoh, macam mana tu? segalanya mungkin, kan?

cara tradisional, lenggang perut. sebiji kelapa yang dah dikopek diletakkan atas puncak perut. kalau kelapa tu bergolek jatuh ke kanan, anak lelaki. kalau ke kiri, perempuan. err..kalau kan, kelapa tu bergolek ke celah kelangkang atau turun ke dada macam mana pula? XD.. lagi pun aku dengar lenggang perut ni amalan khurafat. kenapa ya? ada kena baca mentera apa-apa ke sebelum melenggang tu?

satu lagi cara, tengok tabiat ibu semasa mengandung. ada yang kata kerenah-kerenah semasa mengandung ni sebenarnya dipengaruhi oleh jantina anak dalam kandungan.

contoh.
anak perempuan:
  • emosi tak tentu
  • tidur banyak mengiring ke kiri
  • banyak mengidam
  • morning sickness yang teruk
  • suka makan benda masam / berasid
  • muka jadi bermasalah; kering, kusam, berjerawat..
  • bentuk perut tak cantik, tak berapa nak bulat
 anak lelaki:
  • tenang dan gembira
  • aktif
  • tidur banyak mengiring ke kanan
  • tak ada morning sickness atau morning sickness yang ringan
  • tak suka benda masam
  • tak mengidam bukan-bukan
  • muka berseri-seri
  • bentuk perut cantik
 tu antara contoh-contoh la...tak semestinya betul pun.....kerenah aku pun bercampur-campur..
  • emosi tak berapa tenteram masa awal mengandung
  • morning sickness aku tak berpanjangan.
  • cara tidur aku berubah-ubah. kejap kiri, kejap kanan, kejap kuak lentang..
  • bentuk perut aku memang tak berapa lawa
  • aku memang tak suka makan benda masam sejak dulu
  • aku ada la juga teringin nak itu ini, tapi selalunya tak dapat pun
  • aku jadi suka sangat dengan benda manis, lagi-lagi masa 3 bulan pertama
  • muka aku jadi kering, dan memang nampak kusam
jadi..korang rasa anak aku lelaki ke perempuan? hehe...aku sendiri tak pasti lagi jantina anak. tapi anak aku respon bila aku panggil dengan nama perempuan yang aku pilih. bila aku panggil dengan nama anak lelaki dia diam je....

tak apalah, lelaki ke perempuan, tetap anak mama dan ayah!

sekian bebelan mak-mak malam ni.. ;)

MENGANDUNG TAPI MACAM TAK

ada beberapa perkara yang aku tak dapat lagi laksanakan sepanjang aku mengandung ni. antaranya:-
  1. minum susu kambing. setakat ni jenama paling popular ialah susu kambing hi-goat. tapi susu hi-goat ni datalam sachet berapa gram entah...satu kotak 15 sachet. dengan harga lebih kurang RM 36.00 sekotak. isk...mahalnya...hukhuk...tapi, tadi aku surf, jumpa satu lagi brand susu kambing. primalife namanya. datang dalam jar 650 gram. dengan harga lebih kurang RM 45.00. diperkaya dengan kolagen lagi. 1 jar boleh buat 30 cawan. cuma aku tak pasti, orang mengandung boleh consume kolagen ke tak? kalau bak breastfeed? sebab aku ingat aku nak straight minum susu kambing secara konsisten. aku baca testimoni, orang mengandung yang amalkan susu kambing ni anaknya tak kena jaundice. apapun, kesihatan ni kurniaan Allah jua...
  2. mengambil supplement secara konsisten. aku cepat bosan dengan pil. sebab tu selalu skip / miss makan....sebab aku selalu letak segala pil tu merata-rata..sudahnya lupa.bila dah teringat malas nak pergi ambil..hahahaha...
  3. menyediakan kelengkapan bagi menyambut kelahiran anak aku. ngeh3x....kalau terberanak awal...balut anak pakai kulit kayu je lah kot..teehee....
  4. makan makanan berkhasiat. err..katakan korang dalam situasi aku. korang dalam keadaan sangat-sangat perlu ikat perut. apa yang korang akan makan untuk hidup, untuk hilangkan rasa lapar? betul. makan jelah apa yang ada kat rumah. mesti korang ingat aku makan megi kan...kan..kan..?? aku memang suka mi noodles. so stok mi kering memang ada. jadi dengan bahan yang ada aku masak la mi ke, nasik goreng ke...cuma minus sayur. itu je. pak aji naik moto memang aku tak pernah layan. aku lebih suka buat perencah sendiri. asalkan ada bawang, cili, ikan bilis, gula, garam, kicap, sos. jadi lah. kenyang juga.
heh. tengok betapa tak jaga dirinya aku. masih dengan perangai tak kisah zaman bujang aku tu. teruk betul. kesian anak aku. tapi aku minum susu juga..cuma kadang-kadang terskip juga...hehe...

tak..aku tak minum susu mahal ibu mengandung macam anmum materna tu...aku minum susu biasa-biasa je....janji susu. cuma aku tak tahan sangat la susu lembu. minum tak banyak pun, tapi sampai 5 kali aku pergi tandas. penat tau. tandas duduk okey gak. ni kena mencangkung(sorry kurang sopan di situ..). kaki mak kebashh....tu yang aku culas sikit nak minum susu.

okeylah. setakat ni saha ja bebelan mak-mak hari ni.. ;)

::RANDOM POST:: LIP TINT

biasa kita dengar lip stick atau lip gloss sahaja kan...

tapi kali ni aku nak cerita tentang lip tint. ya..lip tint. peminat mekap korean style mesti biasa dengar lip tint ni...

*please note that this is not my picture

cam best je kan buat just bitten look ni...nampak seksi..awww!!

aku sendiri sekarang lebih suka guna lip tint berbanding lip stick. sebab lip tint ni warnanya lebih tahan lama, tak payah susah-susah nak tenyeh banyak kali tiap kali lepas makan atau minum.
paling best, ada sesetengah lip tint ni boleh di jadikan blushers juga! double point di situ....

tapi ada dua jenis lip tint yang aku perasan ada di pasaran sekarang.
1. jenis yang jernih
2. jenis yang milky(aku tak tau nak bagi istilah macam mana.)

untuk jenis yang no.1, kamu akan dapat finishing yang lebih natural. jenis yang jernih ni sesuai digunakan sebagai blusher, tapi kena sapu dengan cepat, kalau tak nanti dia kering, dan kesannya sangat tak cantik. tapi kalau kamu dapat buat dengan betul, memang cantik lah pipi kamu! nampak segar bermaya! tapi aku suka nak ingatkan, jenis ini mungkin akan mengeringkan bibir, jadi sapu lip balm sebelum lip tint ya..dan mungkin juga, rasa lip tint ini sangat la pahit! eww!!! (dari pengalaman aku guna avon punya lip and cheek stain). tapi mungkin juga ada yang tak pahit..mungkin okey..

untuk jenis yang no.2 pula, finishingnya lebih kurang macam liquid lipstick. mungkin juga akan bagi glossy/plumpy look..ececeh...tapi tak la setebal lipstick. tapi fungsi lip tint ni memang untuk tahan di bibir jadi, warnanya akan tinggal di bibir walaupun glossnya dah tak ada. tapi ketahanan warna tu bergantung pada jenama juga kot? setakat ni aku cuma guna etude house, dan aku suka dengan hasilnya. cuma bagi yang tak suka bibir nampak berkilau/plumpy tu, senang je. tekap dengan tisu lepas 30 saat sapu lip tint tu. tekap okey, bukan lap. jenis yang ni tak ada pula rasa pahit, dan tak ada bau. tu yang aku suka. aku sebenarnya kurang suka dengan kosmetik yang ada pewangi ni, lagi-lagi kosmetik untuk bibir.

apapun, pilihan ditangan masing-masing..kan?

MOHON DOA KALIAN

adik kawan aku kena culik.
penculik minta tebusan.

doakan adik kawan aku tu selamat.

itu sahaja yang aku nak kalian tolong.

aku tak boleh nak bagi tahu siapa kawan aku tu, tapi yang aku pasti, dia perlu sokongan doa kita semua.

BEBELAN MEREPEK

aku pergi melaka..kenduri kakak ipar aku kawen..
dah lama tak pergi melaka...

banyak juga berubah.
tapi ada juga benda yang tak berubah.
majlis bandaraya sana tak suka trim dahan pokok.
pokok-pokok kat melaka pandai membaca agaknya.....

sebab pokok-pokok yang pandai membaca ni, aku telah membuat aksi stunt di jalan raya(mujur tak ada kereta laju masa tu, kalau tak...pejam mata lah..)
terpaksa buat stunt, kalau tak terpaksa pusing lebih jauh.
dah la jalan kecik..

sampai rumah, terus tertidur.
penat.
encik suami online sekejap. kemudian tidur juga.

malam tu makan mi goreng sahaja.
senang.

oh...sebut pasal makan, aku teringin sangat nak pau goreng sekarang.
pau goreng yang aku selalu beli dekat dengan rumah kakak aku kat bandar baru bangi.

pau goreng dia sumpah superb!
cakoi dia buat pun sedap meletops!
kalau makan panas-panas oh...aku di sorga dunia!
dah sejuk pun adunan masih tip top lembut!!
huiii....

okey. dah cukup. nanti aku ngences banyak pulak.

RASA NAK MENJAHIT SEMULA

serius..dah lama tak menjahit.
tak tahu kenapa..tangan rasa gatal nak menjahit baju.

hehehe....

lepas tu mata pun gatal mengintai mesin jahit....
kalau ada rezeki nak juga sambar satu mesin jahit singer menawan keluarge bahagie.....


kenapa aku pilih singer?
sebab dari kecik, mak aku guna mesin jahit jenama singer ni.
ada dua, satu yang klasik punya(yang berat gila tu)..tapi dah tak boleh pakai, sebab dah tak ada spare part.
satu lagi yang automatik punya...dah lebih 10 tahun mak aku guna.

sebab tu, kalau satu hari nanti aku berjaya beli mesin jahit, aku nak beli jenama singer jugak. yeah....

oh..aku bukan setakat nak mesin jahit biasa...aku gak nak mesin jahit tepi sekali....tapi bukan yang berat nak mampus macam kedai jahit punya tu....

yang kecik je pun dah cukup....macam yang kat bawah ni..
ada 2 jenis mesin jahit tepi yang portable ni...yang dalam gambar ni 4 benang. ada lagi satu model 3 benang. tak kisah la mana-mana, asalkan boleh dapat...huhui.....

eh jangan pandang mak sebelah mata ye...mak boleh guna dua-dua jenis mesin jahit ni....yang kayuh pakai kaki pun mak pernah guna.....

aku sebenarnya suka juga menjahit....dulu baju raya aku jahit sendiri....masa lepas spm pun seronok aku menghabiskan benang mak aku...hahaha....

cuma bila aku dah masuk poli...aku dah tak menjahit, kecuali jahit langsir.....sebab dah lama sangat tak menjahit, mak aku jual balik mesin jahit tepi dia (yang jenis macam kat kedai jahit, yang besar gedabak + berat nak mampus) tu.

aku ada gak pikir, aku nak penuhkan masa aku dengan menjahit dan jadikan menjahit ni kerjaya aku je..(berangan!!!)

kalau aku berjaya beli dua-dua jenis mesin jahit ni, benda pertama aku nak jahit ialah tudung!
sebab, aku nak buat sendiri tudung yang aku nak pakai, mengikut keselesaan aku! oyeah!!!

doa-doakanlah angan-angan aku ni jadi kenyataan...okey?

p/s: aku pun tengah nak bodek2 mak aku ni, kot-kot la microwave yang ada kat rumah tu dia tak mau guna, kasi la kat aku...hewhewhew.....

WW: SEPHORA MALAYSIA

entah bila boleh jejak kaki ke sana..
p/s: gambar bukan aku punya.

APLIKASI SUKA SUKI MUKABUKU

saja suka suki guna aplikasi di mukabuku...

hasilnya...

XDD...

beauty lies in the eyes beholder. itu je yang aku bole cakap. lain kali aku main benda alah tu, hasilnya mesti lain. :)

'PJJ' YANG MENCABAR

PJJ.
singkatan untuk perhubungan jarak jauh.

macam yang aku sedang lalui sekarang.
tak la jauh sangat pun...jumpa juga seminggu sekali...
tapi...

tempoh 5 hari 4 malam bersendirian sebenarnya sangat mencabar.
lebih-lebih lagi dalam keadaan aku sekarang.

kadang-kadang rasa emo sangat.

tapi bila kau kenangkan semula, ada juga pasangan suami isteri yang sudah berpuluh tahun jadi pasangan jarak jauh, dapat juga lah aku menenangkan diri yang emo ni.
mungkin emo aku ni terjadi kerana aku sangat-sangat nak encik suami ada di rumah.

lebih-lebih lagi bila tak ada teman nak berbual. serius kadang terasa sangat aku macam orang bisu.

keluar bersosial aku tak berapa nak. tak jumpa dengan orang yang lebih kurang sebaya aku kat sini. tahulah kadang-kadang sangat sukar nak berkomunikasi dengan orang yang lebih berusia, kan?

tapi...
ada juga kebaikan PJJ ni.
sebab dengan PJJ, pasangan akan terus saling merindu.
belajar percaya dan setia.
belajar mengawal cemburu.
dan macam-macam lagi.

tapi...
kalau diberi pilihan, aku lebih senang bila boleh nampak encik suami setiap hari (siapa yang tak senang, kan?). hati aku jadi lebih tenang. ada kawan berbual, bergurau, ketawa...(arggh!! mata masuk habuk!!)..sabarlah hati oit...nanti-nanti hari-hari nampak dia kan??

sikit masa je lagi..sabarlah....

::RANDOM RANT:: AKU KAU DAN CINTA 2



*imej dari fan page KOMIK-M


ini adalah poster bagi komik AKU KAU DAN CINTA. dan juga cover bagi AKU KAU DAN CINTA 2.
BEN WONG yang buat ilustrasi ni. komik keluaran PTS di bawah label KOMIK-M

jujur aku tak sabar nak pegang komik ni.
sebab, aku ada menyumbang cerita untuk salah satu komik dalam antologi kali ni. tapi dah tentu, bukan aku yang lukis. encik suami la yang lukis.

kalau tak silap bulan ini komik ini akan mula berada di pasaran.

lepas tu nak tau cerita yang mana aku tulis, kenalah baca.
^_^

::REVIEW:: BIORE AQUA RICH WATERY ESSENCE

kali ni aku nak review yang tiub warna biru pulak.
 
  • teksturnya agak 'runny', tapi senang nak sapu dan blend kat muka
  • rasa lagi ringan berbanding yang cream punya
  • err..yang ni kawalan sebum agak kurang. kali ni pun banyak stay indoor berbanding outdoor, tapi cuaca tak panas sangat pun..dah petang. kulit rasa agak berminyak lepas 2 jam. orang yang berkulit betul-betul kering aku cadangkan korang beli yang tiub biru.
sorry aku tak tangkap gambar muka aku kali ni. aku melawat baby la hari ni. malas nak bergambar beria-ia. haha..(alasan!)

korang boleh beli dengan harga promosi(kalau tak salah) di Watson dengan harga RM 28.00 sekarang.

::REVIEW:: BIORE AQUA RICH WATERY WHITENING CREAM

hi ya!!
seperti yang korang semua tau, aku menerima hadiah lagi daripada pihak KAO MALAYSIA.
untuk cerita lanjut boleh klik sini.

aku baru-baru ni keluar berjalan-jalan, maka dapatlah aku pakai sun block tu.
yay!

okey tanpa melengahkan masa, biar aku terus ke poin-poin penting.

*yang aku review yang tiub warna putih
  • berbentuk krim. mungkin lebih sesuai untuk yang berkulit kering(memandangkan sejak preggy ni kulit aku agak kering)
  • tak rasa 'menopeng' muka atau melekit selepas pemakaian
  • sesuai untuk base make up
  • berbau agak wangi(light citrus scent)
  • SPF 50+
  • tak buat kulit aku break out. mungkin macam pelik bila aku baru sekali guna pun aku kata tak break out. tapi aku punya kulit agak sensitif. kalau satu produk tu tak sesuai dengan aku, jerawat batu terus naik. walaupun dengan sekali pemakaian.
 *aku yang paling cerah. tak sangka. mungkin sebab asyik berkurung dalam rumah. and, as u can see, no shine at all!

 hari yang aku guna sun block ni, aku lebih banyak berada dalam bangunan berbanding di luar.
tapi yang bestnya, muka aku tak berkilat atau rasa berminyak pun.(masa muka aku dalam kondisi kombinasi, stay indoor pun boleh berminyak kat t-zone. serius!) mungkin sebab kulit aku sekarang agak kering, jadi sunblock tak over lembabkan kulit aku.

jadi, seperti mana produk biore yang lain, yang ini juga tak mengecewakan aku. bukan sebab aku dapat free, tapi aku menulis berdasarkan pengalaman memakai okey.

korang boleh beli dengan harga promosi(kalau tak salah) di Watson dengan harga RM 28.00 sekarang.

MENGIGAU

malam tadi aku mimpi ngeri.
ngeri sampai mengigau.
apa yang aku igaukan?

dalam mimpi tu, aku dikelilingi oleh makhluk halus, yang berpenampilan manusia.
cuma warna matanya sahaja berbeza.

aku baca ayat kursi sambil pandang tepat pada mata salah satu makhluk tu. aku dapat nampak warna matanya jadi hitam sepenuhnya sehingga aku terjaga betul-betul pada pertengahan akhir ayat kursi yang aku baca dan yang selebihnya aku sambung dalam keadaan sedar. ya. aku tersedar dengan mulut aku membaca ayat kursi. aku mimpi sehingga mengigau.

dalam keadaan tu aku betul-betul berharap encik suami ada di sebelah, tapi..apa boleh buat. kami kena berjauhan selama 5 hari setiap minggu. dia kan kerja jauh.

tiba-tiba henpon berbunyi. sms masuk. nyaris je aku campak henpon sebab terkejut.
pkul 4.30 pagi. sms dari encik suami.

kan bagus kalau pintu ke mana sahaja wujud?

MOMEN:PERGERAKAN

perasaan ni hanya bakal ibu je boleh faham.

sehingga sekarang, baby aku dah 5 bulan beradu dalam rahim aku. dia dah aktif bergerak.
tendang, guling, main....
setiap kali dia bagi reaksi bila aku berbual dengan dia..wah...memang happy sangat lah!
banyak harapan aku dah letak untuk anak aku ni.
aku harap dia sihat dan sempurna. tak kisah la lelaki ke, perempuan ke..
(tapi mama mintak maaf ye sayang, mama belum buat persediaan yang cukup untuk sayang)

dan lagi..dia paling aktif bila ayah dia ada kat rumah(bakal anak bapak kot?)

mungkin keterujaan tu lebih kepada ibu yang mengandung anak sulung. entah. tapi yang pasti semua mak sayang anak kan?

sesungguhnya aku tak sabar mahu anak aku melihat dunia!
sumber gambar:google aje pon.

HARI IBU: PATUT ATAU TIDAK?

kecoh sana sini sebut haram sambut hari ibu. aku malas cakap banyak pasal hal ni. sebellum ada FACEBOOK tak ada pun cerita-cerita haram itu, haram ini, HARAM SEBUT SALAM...

apa-apalah.
aku nak kongsi satu artikel dari mynews hub(huh, ada juga artikel berguna dari MNH) tentang hari ibu ni. sila baca.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ustaz Noor Hisham berkata, Hari Ibu adalah setiap hari dan tidak hanya terhad pada hari-hari tertentu.
“Jika dinisbahkan pengorbanan ibu, realitinya pengorbanan insan ini amat besar dan tidak dapat dibalas dengan segala yang ada di dunia ini,” kata beliau.
Mengulas kepelbagaian sambutan di Malaysia, beliau berkata, sememangnya dalam Islam terdapat beberapa sambutan yang tidak digalakkan untuk diraikan umat Islam kerana jelas bertentangan dengan syariat, misalnya Hari Valentine dan April Fool.
Begitu juga sambutannya di negara-negara lain, pelbagai sambutan dilakukan untuk kemeriahan, misalnya Hari Ibu yang dilihat sambutannya lebih menjurus kepada sembahan dewa-dewa seperti pernah dilakukan oleh Greek Kuno – meraikan dan menyebutnya sebagai Hari Cybele. Juga Romam Kuno yang meraikan Hari Montranalia sebagai tanda memperingati Dewa Juno iaitu Ibu kepada Juventas, Vulcan & Mars.

 “Sambutan Hari Ibu di Malaysia pula, lebih-lebih lagi untuk umat Islam, bagi saya ia telah jauh dari unsur-unsur syirik yang diamalkan orang-orang kafir.
“Ramai ulama di Malaysia menjelaskan dengan panjang lebar tentang sambutan Hari Ibu dan ia tidak menjerumuskan kepada haramnya sambutan sebegini selagi tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan agama,” katanya.
Beliau berkata, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga pada 15 Mei 2009 telah mengeluarkan khutbah Jumaat berkaitan Hari Ibu dan pada pandangannya, umat Islam perlu berhati-hati dan memastikan sebarang sambutan tidak melanggar hukum syariat.

“Kalau setakat membeli hadiah untuk ibu, membawa mereka makan di restoran terkenal, meraikan sambutan Hari Ibu bersama-sama ahli keluarga dan bermacam-macam sambutan lagi yang jelas tidak bertentangan dengan Islam adalah diharuskan.
“Tetapi demi menjaga kemaslahatan umat Islam khususnya pada mereka yang agak cetek agamanya, elakkanlah daripada menyambutnya kerana ada segelintir golongan ini yang menyambutnya sekadar ikut-ikutan dan diselang-selikan dengan perbuatan haram seperti meraikannya dengan meminum arak di kelab-kelab tertentu, pembaziran melampau, batasan aurat yang tidak dijaga bila bersama bukan muhrim, hiburan yang terlalu melalaikan dan sebagainya,” kata beliau.
Beliau berkata, ada ramai pihak bersetuju dan tidak bersetuju dengan sambutan ini, malah ada mengemukakan dalil dari hadis Nabi SAW yang bermaksud:
“Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia itu termasuk dalam golongan mereka.” (Hadis sahih – diriwayatkan oleh Imam Abu Daud RH dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya & Imam As-sayuti di dalam Al-jamie as shaghir, disahihkan oleh albani.
“Ini bermakna, pendapat-pendapat sesetengah ulama yang membenarkan sambutan Hari Ibu disebabkan mereka melihat dari sudut sambutan Hari Ibu pada zaman kini dan bukan zaman dahulu,” katanya.

Pendapat ulama tentang Hari Ibu

1) Dr Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti hafizahullah
Jika cara sambutan Hari Ibu sebagaimana diamalkan masyarakat barat iaitu mengetepikan ibu, tidak menunaikan hak-haknya, tidak berlaku baik kepadanya sepanjang tahun kemudian memberikan perhatian sepenuhnya, mengisytiharkan kasih sayang dan berbuat baik kepadanya hanya pada Hari Ibu sahaja, maka jika begitu ia adalah bidaah yang diharamkan. Jika sambutan itu ialah satu juzuk daripada bentuk mempamerkan kebaikan berterusan kepada ibu dan kasih sayang terhadapnya sepanjang tahun, maka tidak salah untuk turut serta bersama orang-orang lain dalam usaha menegaskan hakikat sebenar berbuat baik kepadanya serta menyayanginya bersempena tibanya Hari Ibu.

2) Dr Rajab Abu Malih
Ada dua kumpulan ulama dalam masalah ini:
Ulama yang berpendapat perayaan atau sambutan yang datang dari luar agama maka ia dikira keji dan kita tidak perlu mengikutnya. Dalam agama kita sudah cukup menjadikan kita yang memandu bukan dipandu, diikuti bukan mengikuti.
Ulama yang berpendapat perayaan atau sambutan ini termasuk dalam kategori adat-adat kebiasaan. Maka, hukum asalnya ialah harus. Selagi mana sambutan ini bertepatan dengan Islam dan garis panduannya serta mempunyai asal dalam syariat kita, maka tidak haram dan tidak makruh.
Walaupun kita hormati pendapat pertama dan hormati sesiapa yang berpendapat sedemikian, kita berpegang kepada pendapat kedua, iaitu harus tetapi mestilah mengikut garis-garis panduan.

3) Dr Muhammad Bakr Ismail
Sambutan ini dikira bidaah dari sudut adat kebiasaan bukan bidaah dari sudut ibadat. Bidaah adat tidak disuruh mahupun dilarang oleh Islam kecuali apabila berkait dengan agama sama ada secara dekat mahupun jauh. Maka apabila adat-adat ini menzahirkan kesetiaan dan mengiktiraf serta mengajak supaya berbuat baik kepada sesiapa yang layak menerima kebaikan itu seperti ibu bapa, nenek dan datuk, maka Islam menerima adat-adat sebegini. Tetapi jika adat-adat ini menzahirkan yang sebaliknya, berlaku pula perkara-perkara yang dilarang seperti pembaziran melampau, hiburan yang sia-sia, maka ia dilarang Islam.
4) Dr Abd Fatah Asyur
Sambutan hari-hari tertentu yang memuliakan manusia atau memperingati peristiwa yang baik tidak disebut oleh sesiapapun sebagai sambutan keagamaan tapi ia ialah peluang menzahirkan perasaan bagus terhadap orang yang melakukan kebaikan kepada kita antaranya apa yang disebut sebagai Hari Ibu.Ibu mempunyai kedudukan khusus dalam agama Allah bahkan dalam setiap agama.

5) Syeikh Hamid Al-Attar
Sambutan Hari Ibu pada satu hari yang ditetapkan, di sisiku sekurang-kurangnya makruh hukumnya. Dan tidak jauh untuk jadi haram, bukan sebab bidaah tapi sebab taqlid orang bukan Islam dalam adat-adat dan perayaan-perayaan mereka. Dalilnya “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangannya.” Riwayat Abu Daud.

6) Dr Muhammad Abd Latif Banna
Beliau berpendapat tiada larangan untuk menyambut perayaan dengan syarat:
Dalam sambutan itu, tiada perkara yang ditegah syarak seperti ikhtilaf (pergaulan atau percampuran bebas)
Tidak bertujuan meniru/menyerupai orang barat.
Sambutan ini termasuk sambutan sepanjang tahun (tidak terhad pada hari tertentu sahaja bahkan sepanjang tahun tapi dikhususkan hari tertentu mungkin untuk lebih kerap meluangkan masa bersama atau memberi hadiah.
Memang ada pendapat sesetengah ulama mengharamkan sambutan hari Ibu kerana asal usul sejarahnya.

Namun, di Malaysia, pada pengamatan Ustaz Noor Hisham, pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah harus.
Banyak masjid-masjid turut menganjurkan majlis dan program-program bagi menghargai ibu.
Jika sambutan ini dikira sebagai kemungkaran serius, pastinya pihak Jakim dan badan ulama akan mengeluarkan kenyataan atau pun fatwa untuk menegur masyarakat Islam dari meraikannya atau menghukumkannya sebagai haram.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

entri panjang lebar. siapa nak sambut silakan. tapi beringan, jangan melampaui batas syariat, jangan membazir. siapa tak mau sambut, duduk diam-diam kat rumah pergi main game.

sekian.

::RANDOM POST:: BARANG BARU..OYEAH!

hari tetiba dapat call.
ada parcel!
encik suami ingat aku ada beli barang online..
tapi sebenarnya tak pun...

aku dapat free full size sun block dari kao malaysia!

meh tengok apa aku dapat.
abaikan sepah-sepah itu. aku tengah berkemas nak pindah rumah okey.

dari kiri: penutup mata waktu tidur, Biore UV Aqua Rich Watery essence Water base, Biore UV Aqua Rich Watery cream Whitening dan air mineral.

aku belum cuba lagi..yelah, kan baru sampai, mana sempat nak guna lagi. tapi untuk makluman, yang tiub biru tu sesuai digunakan pada muka dan badan jadi rasanya yang tiub biru tu sesuai sangat kalau nak digunakan berjimba di tepi pantai yang indah! hehe..yang tiub putih tu pulak sesuai untuk muka sahaja dan boleh dijadikan sebagai base make up. apapun tunggu sahaja review aku ye. lalala..

p/s: sebelum ni aku ada juga review sun block dari biore gak. klik sini untuk baca.

JIRAN

aku ada jiran.
yang quite annoying.

hari-hari pasang lagu kuat-kuat.

sangat annoying!

::MAKAN SEDAP:: MUHALLABIA VERSI AKU

salam..hai!!

aku baru je tolong siapkan blog sepupu aku dengan kawan dia, sejak hari isnin lagi.

tapi sebelum buatkan blog diorang, sempat la aku masak dessert.

tadaa!! inilah dia, puding susu coklat salhah suhot!! yiihaa!!
 sorrylah, kalau rupanya macam tak semenggah...tapi rasanya sedap!!nyamnyamnyam!!!

resipi asal aku tengok kat youtube.


selamat mencuba!

PENAT

baru sampai dari kampung pukul lebih kurang pukul 10 malam tadi.
bulan ini akan jadi bulan sibuk aku.
hujung bulan ni aku bakal pindah rumah, jadi tak akan tinggal lagi di semenyih...selamat tinggal sungai tekala yang sejuk!!
pindah rumah bermakna kekeringan poket.
oh..poket aku dah lama kering pun.
haish....

tapi itu bermakna aku semakin hampir dengan kampung halamanku.
seboleh mungkin nak jugak dekat perak tu...memang anak jati perak sungguh aku ni. XDD!!

p/s: esok aku nak tunjuk sesuatu. doakan aku tak terlalu sibuk atau penat. sekian.

KENAPA ENTRI BLOG AKU TAK BERGAMBAR?

salam!! hai!!

sebenarnya aku segan bila setiap kali hapdet, entri aku cuma ada tulisan merapu. jarang nak ada gambar. mesti bosan baca blog aku.
entah-entah yang menyesal follow pun ada.
erk..sebenarnya..aku...malas.
malas gila nak upload gambar.
serius malas.

lagipun, kebanyakan gambar-gambar aku adalah gambar syok sendiri, yang aku kira adalah peribadi untuk aku kongsi dengan orang lain yang tak cukup kenal dengan aku. kalau kucing, buku, barang mekap tu lain cerita ya.

aku cukup malas nak menekun pilih satu-satu, nak edit lagi, nak tambah caption...semua tu leceh!

lagipun aku tak cukup tabah nak tunggu gambar tu dimuat naik dengan berjaya(selalu gagal). jadi, lebih baik aku lebih banyak menulis, menulis, dan menulis!! aku lebih suka memberi gambaran dalam bentuk perkataan(alasan!)

aku suka bila pembaca aku berimaginasi dengan hasil tulisan aku(ceh!) sebab, nak mencari idea yang membolehkan orang berimaginasi(maksud aku yang baik-baik sahaja bukan yang bukan-bukan) bukan mudah.

heheh..kalau suka sangat tengok gambar, baca komiklah!(wah!)

dulu, aku pernah bercita-cita nak jadi pakar bahasa melayu. aku sangat suka dengan subjek bahasa melayu. aku tau, ramai orang kat luar sana tak suka subjek ni. kebanyakannya akan cakap bahasa melayu membosankan! mengantuk! lebih-lebih lagi prosa klasik! benci!
tapi aku suka.

malangnya, masa zaman aku, pengetua sekolah 'mengharamkan' pelajar yang mendapat keputusan PMR yang baik untuk masuk kelas sastera. mungkin pada mereka yang lebih dewasa pada masa itu, kelas sastera adalah untuk mereka yang kurang cerdik sahaja. walaupun ketika itu aku adalah batch yang pertama dengan sijil terbuka yang mana pilihan sepatutnya di tangan pelajar, bukan cikgu. budak-budak sekarang beruntung!

ya. aku merapu lagi. entah siapa mahu baca. okeylah. aku nak masak punten. tiba-tiba teringin sangat nak makan punten dengan sambal tumis ikan bilis.

selamat membaca!

*sampai sekarang, aku lebih suka dengan terma BAHASA MELAYU. sebab aku selalu terfikir, BAHASA MALAYSIA itu bahasa yang bagaimana? adewkew dewngan pewnambahan 'eww' dimana-mana? qtqu pown dngqn penggunqqn 'q' sebqgqi 'a'. atau penggunaan dialek-dialek tertentu yang dimiliki oleh kaum-kaum yang menetap di Malaysia tercinta ni?

TERLEPAS 'DATE'

hari ni, lebih kurang pukul 5 petang tadi, dapat panggilan telefon

aku: hello..
n: hello, ini puan saliha ke?
aku:(dalam hati:nama aku salhah, kalau ikut sebutan arab 'sholhah') ya, saya.
n: kenapa puan tak datang appointment hari ni ye?
aku: eh? bukan esok ke?(sambil kelam kabut tengok buku merah, kemudian tepuk dahi)
n: hari ni puan. maaflah, saya tak boleh set tarikh untuk esok, jadi boleh puan datang hari selasa, 8/5?
aku: boleh. maaflah. saya betul-betul ingat esok. sorry sangat-sangat.
n: tak apalah. cuma lain kali tengok tarikh dekat buku merah betul-betul ye..
aku: baik..terima kasih!
n: sama-sama.

*perbualan sudah diubah suai sedikit.

begitulah aku. memang selalu cuai. salah aku lah...nasib baik nurse tu tak marah...hihi....

TERINGIN SANGAT

aku ni....
banyak keinginan.
kan?

siapa yang tak...betul tak?

keinginan kali ni, nak pergi PBAKL.
malangnya..aku terpaksa pendam sahaja niat itu.
serius, sepanjang aku berada di selangor, aku tak pernah tak pergi...cuma kali ini, aku terpaksa tak pergi...kalau kereta ada dah lama aku pergi. apa boleh buat, kemampuan terbatas kali ini..
lagipun..keadaan aku tak mengizinkan aku bersendirian.

tak apalah. bukan rezeki.