Sebenarnya lama dah aku guna Blinq Foundation ni. Dah nak habis pun satu jar. Tapi baru nak review. Belum basi lagi kan..
Ini packaging baru. Aku punya packaging lama.
Heehee..jangan marah..
Aku bagi pengenalan sikit. Blinq Foundation ni foundation dengan formula mesra wudhu pertama di Malaysia. Maksudnya, kita boleh terus berwudhu tanpa perlu guna mekap remover pun. Keluaran muslim juga.
Eh. Biar betul kan? Macam tak percaya kan?
Tapi itulah kebenarannya. Nak tau kenapa?
Blinq Foundation ni diformulakan tanpa silikon. (Silikon ni la yang buat kulit menggerutu nampak peloles. Kulit yang sensitif mungkin tak tahan dengan silikon)
Jadi foundation ni boleh menyerap air(tak menghalang air dari kena kulit semasa wudhu.).
Mula² aku dapat foundation ni, aku tengok...mak aih...keciknya bekas dia! Mesti cepat habis!
Tapi kecik² cili api kau..
Aku beli shade natural. Surprisingly, it matches my skin tone perfectly! -hamek kau ku cakap jawa-
Mula² pakai tu rasa cam tekstur dia ada sikit kasar. Dan agak susah juga nak ratakan. Pelik juga. Tapi rupanya aku salah cara. Kena gosok dulu dengan tangan bagi haba jari kita cairkan sikit foundation tu baru ratakan kat muka. Baru la senang. Selain guna jari, aku cuba guna span muka lembab dan foundation brush.
Hasilnya:
-sponge: superb!
-brush: do not ever use brush on this foundation.
Coverage foundation ni tak tebal. Lebih kepada light to medium coverage. Muka pun terasa ringan je. Memang best. Paling best kalau muka naik jerawat, cepat gila surut bila letak sikit foundation ni kat jerawat.-ini serius!-
Aku ada juga buat ujian dengan air. Foundation tak luntur, tapi makin mesra dengan kulit dan nampak smooth sangat!( sesetengah foundation akan luntur atau nampak berbintik bila kena air). Tapi blinq foundation kekal cantik.
Secara ringkas:
Pro
- boleh dibawa solat
- coverage ringan
- fungsi merawat kulit
Cons
- tektur agak kasar(tapi tak menyakitkan)
- bekas kecik
- agak mahal
Adakah aku akan beli lagi?
- ya.
Kat mana nak beli?
- fb blinq hq atau mana² stokis berdekatan.