Pages

ORYSENSE

Orysense

::RANDOM RANT:: 2016, URL BARU, NAMA BARU

Assalamualaikum. Hai.

Rasanya tak la lambat sangat nak start anew kan. Masih lagi dalam suku pertama tahun baru. Kannnn?
.
Mulai hari ini, there is no more 'cerita suka suki-nuri'.
Tinggal kenangan.

Berat juga rasanya nak tukar url ni. Aku dah la tak banyak follower, up entri pun jarang2. Tapi, what done is done. Never look back. Ecewah!
.
Sekarang, cuma salhahsuhot.blogspot.com
.
500+ post nak kena repair link....*nangis!* dan certain post, akan aku buang. Ada benda yang aku tak nak kenang lagi..
.
Okeylah. Mak cik banyak kerja. Tatatititutu!

::RANDOM RANT:: FENOMENA PUTIH MELEPAK

Assalamualaikum. Hai.

Qu puteh..qu puteh..baru la puteh!
.
Trending habis ayat ni. Sampai anak kecik 2 tahun pun tau buat gaya dia. Fuh!!
.
Rancak fenomena kulit putih ni. Sana sini keluar produk yang tujuan utama nak bagi kulit cerah bersinar bak lampu kalimantang.
.
Hehe...aku tak ada penentangan terhadap wanita yang nak putihkan kulit ni..
.
Sebenarnya, definisi cantik itu pelbagai. Ada yang rasa putih tu cantik. Ada yang fikir sawo matang tu seksi. Ada yang nampak hitam itu manis menawan.
.
Bagi aku, memiliki kulit yang sihat dan berseri, itulah yang sebenarnya cantik. Tak kisah warna apa kulit yang tuhan bagi, tapi bila kulit sihat, cantik tu datang naturally.
.
Eleh. Kau kulit dah putih, boleh lah cakap camtu.
.
Ramai orang pernah cakap ayat tu kat aku.
.
Let me tell u something. Dulu, masa skulah menengah rendah, awek yang pemes satu skulah, bukan yang putih melepak ni pun.(eh, aku tak la melepak sangat). Siyes, yang banyak peminat, kawan2 yang sawo matang. Aku garang. Orang takut ngan aku. Hahaha...
.
See. Beauty lies in the eyes beholder.
.
Jadi, aku rasa, tak perlu kejar sangat nak putih. Tapi kejar lah kesihatan. Putih je tak guna bila sistem badan keracunan merkuri.
.
So..till then...tatatititutu!!

::FAKTA vs AUTA:: UJIAN MENGESAN MERKURI

Assalamualaikum. Hai.

Betul ke merkuri boleh dikesan semudah bakar produk kecantikan dalam sudu?
.
Soalan tu memang selalu aku terfikir, sejak teknik mengesan merkuri tu jadi viral dikalangan penjual produk kecantikan.
.
Semudah itukah? Biar betul? Jadi apa guna peralatan bernilai jutaan ringgit dalam makmal kkm?
.
To be honest, aku sendiri pernah buat ujian ni. Tapi lepas tu tiba-tiba aku terfikir. Apa benda la aku buat ni...sabun untuk melt and pour pun tak hangus bila dicairkan...kan?
.
So, aku pun post la soalan ni kat wall seorang pengusaha homemade product, yang memang sangat familiar dengan dunia kimia. Sebab dia sendiri merupakan student chemistry. Dah grad pun rasanya.
.
So here goes the answer.
[Edisi: Eksperimen Merkuri Qu Puteh Qu Puteh barulah hitam]
Saya ingin memberi 2 contoh sebelum saya menjelaskan berkenaan dgn gambar di atas. Ini kerana salah faham yang banyak terhadap ilmu kimia akan menyebabkan kita melakukan perkara yg dangkal
Contoh pertama:Logam besi(ferum/Fe)
Pada pandangan mata kita besi adalah sesuatu yg berkilat dan mempunyai warna metallic. Tetapi apabila kita gabungkan besi, sedikit air dan juga oksigen, maka ia akan bertindak balas dan menjadi Ferric oxide(Fe2O3). Bahan ini akan berubah warnanya kepada oren/merah gelap disebabkan kehadiran ion Fe3+. Inilah yg kita namakan sebagai karat. 
Contoh yg kedua: Logam kuprum(Cu)
Kita melihat logam kuprum berwarna coklat dan berkilat. Tetapi apabila kita letakkan kuprum tersebut di dalam asid sulphuric bercampur dgn hydrogen peroksida/ntiric acid, tindak balas yg berlaku akan menghasilkan sebatian copper(II) yg akan bertukar kepada warna biru. Ini disebabkan kehadiran ion Cu2+.
Apa yg saya nak anda semua faham, segala perubahan warna itu bergantung kepada bahan yg kita guna dan campurkan. Walaupun besi dan kuprum yg asalnya tadi berwarna metalic dan juga coklat. Ianya boleh berubah kepada warna lain sesuai dgn tindak balas yg berlaku
------------------------------------------------------
Berbalik semula kepada eksperimen produk di atas, org itu menyatakan jika dibakar krim itu dan ada perubahan warna kpd warna hitam, maknanya ada mercury di dalam produk tersebut. 
Tetapi anda semua kena tahu bahawa mercury yg digunakan untuk memutihkan kulit adalah terdiri drpd Ammoniated mercury(HgNH2Cl) ataupun Mercury chloride(HgCl2). Dan kedua2 bahan tersebut tidak berwarna hitam, biru, ungu dan hijau. Tetapi ianya berwarna putih. 
Dan tidak akan ada tindak balas kimia yg aktif berlaku jika kita hanya membakarnya dgn api lilin ataupun drpd api dapur sahaja kerana Ammoniated mercury ataupun mercury chloride tersebut merupakan unsur ionic yg stabil. 
Sama je mcm ko bakar garam dapur(sodium chloride). Takde perubahan warna pun. 
--DM--
.
Kesimpulannya, hanya lab test sahaja boleh mengesan kehadiran merkuri dalam satu-satu produk.
.
So stop doing foolish things. Oh, ini termasuk la gosok cincin emas pada lipstik. Eksperimen tu juga tahyul. Korang buat, rugi la cincin korang. Rosak.
.
Okeylah. Till then, tatatititutu

::REVIEW:: "SECRET CREAM" homemade by cambodian lady

Assalamualaikum duniaaaaaa
Bangkitlah semuaaaa....

Ecewah...mood AJL 30 la kunun..mehehehe..

Assalamuakaikum. Hai.

Rancak pula aku buat review itu ini..hehe...bukan ape, just sharing what i've applied to my skin recently..

"Secret cream" homemade

Warna jar dia sepadan ngan safi rania aku..hehehe. tiada tag/sticker jenama sebab krim ni homemade. K.

Kebaikan:

✔️menghilangkan parut lubang n hitam bekas jerawat
✔️melembapkan kulit
✔️mengecilkan pori
✔️mencerahkan
✔️kulit lebih segar dan kembali sihat tanpa any mekap

❌menjadikan kulit berminyak
❌menggelupas
❌menghakis

Oleh sebab cream ni homemade, i have no information of the list ingridient. But i can assure you, there is no harm ingridient used. InshaaAllah, this cream is safe to use. Yalah, aku pun mula² seram juga nak beli. Tapi bila seller cakap dia memang kenal dengan tukang buat krim ni, aku pun beli lah.
.
I've been using this cream for...over a month..i think? Tapi tak la konsisten sangat. Ada masa culas juga. Biasalah. Mood swing. Heheh..
.
What i think about this cream?
.
When i first recieved this cream, i was like..'waaa..keciknyaaa!!'. And after i opened the jar, it really remind me of Temulawak Cream. The colour, the scent..kinda similiar.
.
But the texture was not the same. I still remember that Temulawak Cream texture was greasy on my skin. And i hate it. I wonder that time, how my big sis can endure that greasy feeling. I just tried once and i hate it.
.
And...why am i writing in english suddenly? Hohoho....
Sorry ya gais...
.
Tekstur krim ni agak pekat. Masih ada ketul² dalam krim. I guess it was made by hand, not machine. Sebab tu macam tak smooth sangat.
.
1st time apply, rasa macam susah sikit nak rata. Pastu ada sikit macam melekit sikit, tapi bila krim tu dah fully absorb dalam kulit, memang rasa smooth je. Tak rasa lekit atau minyak dah. And surprisingly, the oil control was good. At least, untuk aku lah. Oh, almost forgot. Aku rasa krim ni absorb lagi cepat lepas aku guna losyen minuman wajah safi rania gold. Betul ni.
.
Krim ni boleh digunakan siang dan malam. Atau korang boleh gunakan as beauty cream, macam beauty cream safi tu la..aku memang guna siang malam. Kadang² malam je..aku suke sebab bangun tidur muka aku rasa best. Tak berapa berminyak macam dulu. Kalau tak selalunya pagi² tu minyak kat t-zone tu kalau kumpul boleh buat goreng telur.
.
Kalau menurut seller, krim ni boleh jadi
  • Moisturizer
  • Primer
  • Uv foundation
Tapi bagi aku, nak jadi foundation tu tak la kot. Tapi, moisturizer ngan primer tu agree sangat lah.
.
Tapi dalam sebulan ni ada la nampak sikit perubahan. Less visible pores, less oily t-zone(yay!), more moist kat u-zone, lepas tu rasa macam makin berseri pula..hihi..perasan betul..dan satu lagi. Hari tu saja² test foundation...dan tone yang biasa aku guna dah jadi gelap sikit dengan kulit aku sekarang...(whaaaattt???)
Selepas satu minggu, less visible pores. Dan aku tak kena sunburn teruk walaupun baru sudah mandi laut.
.
Aku tak la harap aku jadi cerah, sebab aku memang dah naturally fair. Alhamdulillah. Yang aku nak sangat, kulit yang cantik, dan sihat. Tu je.
.
Sorry aku takde gambar terkini yang pakai tudung. Sebab aku kurang suka bergambar. Lebih suka tengok suasana 
.
Krim ni korang boleh beli daripada link kat bawah ni atau direct pm/whatsapp seller.
.
Okeylah. Till then, tatatititutu!!

::REVIEW:: SAFI RANIA GOLD

Assalamualaikum. Hai.

Akhirnya...entri review...lagi. hahaha....hadap je la ye kome. Aku ni tak idea sangat nak cerita itu ini.
.
Yelah..duduk rumah sejak sekian lama...tak da benda menarik sangat pun...takkan nak entri emo sepanjang masa? Kan?
.
Aku rasa korang ingat lagi kan, yang aku ada up entri pasal aku guna safi rania gold, kan...cepat gila aku buat entri kan?
.
Aku dah guna lebih kurang 2 minggu. Rasanya macam dah cukup lama la tu untuk produk penjagaan kulit, kan?
.
SAFI RANIA GOLD CREAM CLEANSER.

 Macam yang dah aku cerita sebelum ni, aku beli sebab ephyra dah habis, kan? Dan aku pun nak cleanser yang bukan setakat cuci muka sahaja. Aku nak pencuci muka yang juga boleh cuci solekan..setidaknya sisa solekan. Sebab aku sentiasa double cleanse muka aku punn.

Aku suka feeling lepas cuci muka guna ni. Memang rasa lembut je kulit. Dan bersih. Dan kulit stay moist. Memang tak kering kulit.

Tapi, aku rasa cleanser ni tak cukup serasi dengan kulit aku. Jerawat kecik naik tepi hidung. Masalah yang dah lama tak ada sejak guna sabun ephyra.
Jerawat kecik cam ni. Tapi ni bukan hidung aku la. Credit to encik gugel.

Overall, aku puas hati juga dengan cleanser ni, sebab it does as its claim. Remove light makeup easyly. So, aku akan terus pakai bersama sabun ephyra nanti. Tapi aku tak akan repurchase.
.
SAFI RANIA GOLD SKIN DRINK LOTION.

Kalo tengok kat website safi, skin drink lotion atau orang melayu panggil losyen minuman wajah ni termasuk dalam kumpulan toner. Tapi ini bukan toner. Kira macam emulsion kot.

Losyen ni membantu mengekalkan kelembapan kulit seumpama korang minum air yang cukup dalam 1 hari. Selain itu, losyen ni umpama prep, sebelum korang apply serum dan pelembab sebab fungsi dia membantu kulit menyerap khasiat2 dalam krim lain.

Tektur cair. 3-4 titis dah cukup untuk seluruh muka dan leher.

Aku tak de komplen tentang losyen ni, sebab, jujur, aku suka losyen ni. And..i will gladly repurchase this lotion. Yay!!
.
Kesimpulannya kat sini, dalam satu jenama, kalau satu produk serasi dengan kulit kita, tak tentu yang lain pun akan serasi. It is all about try n error tho.
.
Okeylah. Till then. Tatatititutu!!