Pages

ORYSENSE

Orysense

KISAH NAK BERPANTANG..LAGI

Assalamualaikum!

Mesti korang cemuih nak baca cerita aku ni lagi. Tak habis-habis pasal beranak. Mehehehehe...

Tapi aku tak peduli, aku nak cerita juga!

Aku dah mula mengumpul barang untuk berpantang nanti. Macam..awal kan? Bukan, kumpul sikit-sikit, tak la rasa macam selepuk nak keluar duit.

Pantang kali ni aku banyak fokus untuk diri sendiri, dengan azam untuk kurus macam anak dara balik. Hahahaha...

Aku pantang kat kampung. Sebab kat sungai buloh ni nanti tak ada orang boleh tolong aku jaga naufal. Nak pantang sendiri? Huh, confirm ke laut ah..! Sebab kebanyakan masa cuma aku dan naufal dan adik baby je nanti. Ayah diorang stayback. Tak sanggup aku. Kot naufal tu dah besar tak apa lah..

Kali ini serius, memang aku banyak fokus untuk diri aku sendiri. Aku nak cepat sembuh luka jahitan, nak menyusukan anak tanpa TEKANAN, sebab pengalaman lepas sangat banyak tertekan. Tinggal tak meroyan aje.

Untuk baby? Aku guna barang naufal aje. Naufal pun guna barang sepupu dia. Kuikuikui...bukan tak teruja, tapi berjimat. Mana boleh guna, guna. Yang tak ada baru beli..

Okey setakat ni dulu. Lain hari sambung..

p/s: percaya tak, pil kacip fatimah dan manjakani masa bersalin naufal dulu tak luak lagi? Hahaha...

SEBULAN BERSAMA DOUBLE STEM CELL

Phytoscience double stem cell. Meletop-letopss produk ni sekarang tau. Bukan sahaja supplement kecantikan, malah kesihatan juga! Dan paling best boleh jana pendapatan!

Aku pun turut menjadi mangsa letupan.. Hehehehe...

Dah sebulan aku guna produk ni...jangan nak pelik, double stem cell ni sesuai untuk wanita mengandung(2nd trimester onward), berpantang dan menyusukan anak okey!

Oleh sebab aku ni tak ada la penyakit kronik, aku tak ada mengalami healing crisis yang ketara, boleh kata x ada langsung. Tapi kesan-kesan macam ni bergantung pada keserasian badan seseorang..

Awal pregnen dulu, teruk jugak aku muntah-muntah. Aku tak boleh langsung gosok gigi guna ubat gigi..bau pun tak tahan. Selera makan tak ada, bau suami pun aku tak suka..(maafkan dinda wahai kanda!)

1st check up 2 bulan berat aku 68kg. 2nd check up 3 bulan berat aku turun 4kg! Masa ni aku belum amalkan lagi dsc..so aku pun bercadang untuk amalkan awal dari waktu cadangan..2 minggu lepas amalkan dsc, aku kena buat mgtt. Seram sebenarnya mgtt ni. Trauma tau! Masa ni berat aku x berubah, masih 64kg. Tapi hb aku low, sampai kena buat fbc lagi. Patutlah aku selalu pening-pening.

2 minggu lepas tu check up lagi. Amekaw! Berat naik 2kg! Heheh..Alhamdulillah bebas gdm buat masa ini..dan hb aku turut meningkat sedikit..(sebab tu aku kena pergi klinik 2minggu sekali)

Sepanjang aku amalkan dsc, aku lebih bertenaga, kulit tak berminyak tak tentu hala walaupun aku keluar rumah tanpa mekap! Tapi jangan expect kulit aku jadi flawless pula, sebab hormon wanita mengandung tak sama dengan wanita tak mengandung. Tapi bila mekap, memang best, sbb foundation senang rata...sebab pori jadi kecik..

Kalau nak diikutkan, harga dsc ni memang mahal, tapi perasaan merasa sihat itu lebih mahal lagi. Bagi aku pelaburan berbaloi dengan dsc.

Bagi sesiapa yang berminat, boleh sms/whatsapp aku 0192547554.

JALAN-JALAN BABY FAIR MID VALLEY

Semalam pergi baby fair. Saja-saja tak ada tujuan khusus punnn...nak melayan kehendak diri di hari kelahiran je.. Ehehehe
.

Adalah pancing beberapa barang..
.
Krim telon herba dan head to toe natural bubble wash haruman happy(aprikot). Dua-dua jenama tropika.
.
Krim telon tu serius best. Tak tinggal kesan minyak pada kulit. Tahap kepanasan sederhana. Bukan setakat bayi je boleh guna. Mak bayi pun boleh. Sangat bagus sapu pada tempat yang rasa ada ketegangan otot, lenguh-lenguh...sebab seller tu sapu kat belakang leher aku, memang rasa lega sangat. Siap tak jadi pening kepala lagi(aku memang selalu sakit kepala bila jalan-jalan)
Siapa tak kisah invest duit untuk beli krim telon ni boleh la. Harga RM39.90 (quite pricey eh?)
.
Barang lain?
.
Mainan naufal. Xylophone. Aku happy dapat beli xylophone tu, tapi jadi sikit tak happy bila ketuk tune tak doremi. Huhuhu..(nampak sangat sebenarnya maknye yang berlebih nak main kan?) hahahahah!!!
.
Lain?
.
Susu. Enfamama dan Enfagrow. Susu Enfagrow tu dapat mainan free. Flash card. Sebenarnya aku beli Enfagrow tu sebagai satu usaha untuk tambah berat badan naufal..
.
Tapi....
.
Susu enfamama(untuk ibu mengandung dan menyusu) tu ada sikit menyesal..siapa nak beli? Aku tak buka kotak pun lagi..
Lupa pula. Aku ada beli coklat the milk story. Sedap wei. Aku beli sebab sedap je pun.. 3 bar RM10. 1 bagi ijan.
.
Heheh, banyak beli untuk naufal je. Tak beli barang persiapan bersalin mahupun barang bakal adik naufal. Entah rasa macam awal lagi. Tapi barang pantang aku dah beli sikit-sikit. Supaya tak terketar nak keluar duit selepuk..
.
p/s: thanks ijan sebab sudi belanja ai makan laksa yang sedap..air cha yang sedap..belanja rotiboy..air 100 plus... Syoknya jadi birthday girl! Hahaha... Thanks again!

DILEMA SET BERPANTANG

Assalamualaikum!

Tak habis-habis cerita set bersalin ni..
Erk...yang sebenarnya aku tak la dalam dilema sangat pun..sebab aku dah plan nak beli loose item sahaja..

Taapiii....
Jadi dilema bila... TruBellai buat clearance sale woi!

Set bersalin less 50%!!! Loose item pun less 50% hoi!!!

Mau tak jadi dilema hakak ni...

Jadi mak buyung, boleh la kalau nak beli set atau item tertentu sahaja, terjah page facebook trubellai https://m.facebook.com/Trubellai

Promosi berakhir 31 disember

SAYA BUDAK BARU BELAJAR

Salam semua...
Belum lewat untuk ucap selamat tahun baru hijrah kan?
Sebenarnya... Aku baru je memulakan langkah untuk berniaga... Baru setup page pesbuk... Dan baru shaja mendaftar ssm! Yay!!!
Harap sokongan padu kawan-kawan semua...
Like page nurisa collection ya... Nanti aku update link hokey?
p/s: sebenarnya mencabar sungguh bekerja di rumah. Dengan anak yang cemburu ni lagi, ketja rumah lagi.. Rasanya lebih mudah fokus bekerja di pejabat.