Pages

ORYSENSE

Orysense

KEBODOHAN SEBENAR

suka hati saya la nak letak tajuk macam manapun...saya punya blog kan??
ecewah..berlagak..macam banyak orang baca la konon...
huhu...

tak ada lah...cuma sebenarnya saya susah hati sepanjang tujuh hari ini....banyak berfikir, termenung(tapi kerja jalan, okey..) tentang perasaan. tentang seseorang...

kadang terasa bodoh sebab membenarkan hati jatuh sayang. kenapa ya??sebelum bersama berjanji lembut gusi dari gigi...bila janji sudah diikat, diungkit-ungkit kembali apa yang telah diberi....hanya kerana perkataan yang saya keluarkan dengan tujuan mengusik, akhirnya menimbulkan ungkitan yang menyakitkan...saya tahu saya tak patut meluahkan disini..dalam laman blog ni...tapi saya nak luahkan pada siapa???

saya rasa bodoh. bodoh sangat kerana biar hati saya menjadi begitu lemah.....

setelah lama memikir, baru saya sedar...saya telah meletak kecintaan terhadap manusia lebih dari kecintaan terhadap tuhan. itulah kebodohan sebenar yang telah saya lakukan sebenarnya.(rasanya kebanyakan manusia pun begitu)

sekarang saya hanya mampu berdiam kerana saya sudah tidak mampu mengalah memohon maaf lagi. cukup-cukup selama ini saya merendah ego menunduk pada cinta manusia. sesungguhnya apa yang saya rasakan sekarang lebih manis. kembali belajar mencintai tuhan yang SATU. menyerah hati dan perasaan pada-Nya. dan kemanisan itu sangat membahagiakan. mengajar saya agar lebih sabar. menjaga tutur kata dan perlakuan.

2 comments:

miera said...

eh, saba2.. dont give up k.

Unknown said...

tak la putus asa tapi lebih kepada dah jemu dengan situasi yang asyik berulang.gurau sikit kate berkire...pening la.