Pages

ORYSENSE

Orysense

NUR KASIH THE MOVIE

aktiviti berlaku semalam. bersama-sama norien arshad.
dengan penuh rasa teruja, kami beli tiket wayang dekat kaunter tgv bukit raja.
penilaian aku pada cerita ini..err...so-so kot?
aku ingat aku akan menangis tersedu-sedu dalam panggung sampai tak cukup tisu..
tapi tak. langgsung tidak.
aku tak tau nak cakap macam mana.
mungkin skrip tak cukup kuat? atau pengarah nak penonton berkerut-kerut kening memikir?
kalau nak bandingkan drama dengan filem..aku undi drama.
tapi.
visual filem ni sangat cantik..dan dramatik. kabir memang the best untuk cantikkan scene.
cuma cgi kartun tu...tak perlu pun tak apa.
keseluruhan..aku bagi 2.5 dari 5.

ini apa yang aku rasa. agak-agak orang lain tak setuju...masing-masing ada pendapat sendiri.

PENGALAMAN PERTAMAKU PAKAI KANTA LEKAP

ha..apa? jangan fikir bukan-bukan okey...
cuma ini kali pertama pakai kanta lekap..hehehe...
entah kenapa aku beli juga kanta lekap warna warni yang buat mata jadi besar ni..
freshkon alluring punya. warna magnetic grey.
tak la nampak jelas sangat warna...agak selesa juga pakai...cuma...susah betul nak tanggal dan mata saya cepat kering. saya tak boleh pakai dengan kerap sebab mata jadi kering dan agak menyakitkan.huh.(mungkin saya yang tak biasa...tapi saya tetap mahu mencuba yang lain juga...lalala)

RUMAH BARU

ok..secara rasminya aku dah tak duduk rumak pak cik aku lagi.aku sekarang duduk kat rumah sewa company.
share bilik dengan office mate.
tapi aku suka rumah ni.luas. memang la dah renovate, tapi rumah yang original pun ok la..not bad.ruang agak besar juga.
sewa kalau kena bayar sendiri kongsi-kongsi RM1800.00.nasib baik tak perlu bayar kecuali untuk bil dan sekuriti.
(kucing pun banyak!i like!)

OSAMA BIN LADEN MATI DIBUNUH

entah kenapa aku rasa terpanggil untuk mengulas pasal isu yang buat aku terperanjat pagi-pagi..
aku bukan nak mengupas isu ni secara mendalam..cuma ini adalah pendapat peribadi aku sendiri.
kita semua tahu, baru-baru ni askar us bermati-matian nak membunuh muammar gaddafi.
memang..muammar gaddafi ni diktator, membunuh rakyatnya sendiri. tapi kenapa us nak campur tangan?

sekarang presiden obama dah mengesahkan kematian osama.yang mana rakyat-rakyatnya bersorak gembira.
tapi yang paling aku tak setuju, jenazah osama dibuang ke laut. SOOO WTH!
ini satu penghinaan besar terhadap umat islam aku rasa. jenazah yang boleh disemadikan dalam laut hanya mereka yang meninggal dunia semasa pelayaran.
dan kata pihak us, tak ada negara nak terima untuk menguruskan jenazah osama..WTH again.
mengurus jenazah adalah fardhu kifayah.
kalau negara yang berhampiran tempat matinya osama tu ada orang islam, tapi tak mahu terima sebab osama pengganas..kamu semua fikirlah sendiri...satu negara tanggung dosa. aku bukan alim ulama nak menentukan hukum. ini cuma dari apa yang aku tahu.
infact, kalau betul osama yang merancang 11 september yang membunuh 'thousands of innocent people-barrack obama' jadi macam mana dengan 10kali ganda jumlah yang askar mereka bunuh di iraq,afganistan?

pm kita kata dunia akan jadi lebih selamat dengan kematian osama..i wonder..which one is more dangerous? osama or us force??renung-renungkan dan selamat beramal!

*itu pun kalau betul wujud encik osama ni.dengar-dengarnya taliban, al-qaeda dan osama ni hanya rekaan us semata. teori aku? mereka sebenarnya nak mencari dan membunuh imam mahdi.

HARI INI SUNGGUH PENAT

aku penat sangat hari ni...kemas-kemas..packing..naik turun tangga lepas tu drive dalam jalan yang agak jam...fuuuh!!!dengan mengantuk lagi....aduh....
akhirnya sampai juga dengan selamat.

ok.bebel itu sahaja.
selamat malam!