Assalamualaikum. Hai.
.
Baru² ni, aku tersangkut dengan satu drama slot samarinda. Best sangat. Aku jarang nak sangkut layan drama tapi drama ni memang best!
.
Drama AKU PILIH KAMU ni bukan adaptasi novel ok. Skrip original arahan Zulhuzaimy. Pelakon² dalam cerita ni memang yang dah terbukti bakat lakonannya. Walaupun ada muka baru (Hafidz Roshdi), tapi lakonan dia boleh tahan.
.
Macam mana aku boleh sangkut dengan drama ni?
.
Aku pun tak tau. I guess i'm tired of adaptation drama yang berlambak sekarang. Tema lebih kurang je..
.
Mula² aku tengok drama ni, aku terus gugel sinopsis. First impression, macam adaptasi novel juga. Ada kawen paksa yada..yada...but still, i kept watching this drama to the end of episode without fail.
.
Drama ni, walaupun tak 100% patuh syariah*, tapi tak ada langsung babak sweet tahap kencing manis. Walaupun begitu, babak yang patutnya manis, memang terasa manisnya. Tanpa perlu sentuh² atau peluk². I even cried for one of the episode..(bukti drama ni memang worth dilayan).
.
Kepada yang terlepas drama ni dan tiba² terasa nak tonton@download drama ni lepas baca review gila drama ni, boleh la download kat
.
SINI
@
SINI
*patuh syariah tak semestinya drama islamik sahaja.
Okeylah. Till then, tata titi tutu!
Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts
::GILA DRAMA:: HATI PEREMPUAN vs BIDADARI
Hati perempuan vs Bidadari.
aku ni tak la kaki drama sangat. Tambah-tambah drama yg tayang waktu malam(bidadari bersiaran waktu malam).
Tapi kalau nak banding dua drama ni, serius, bidadari lagi best.
Aku ada la sikit menyampah dengan yuhanis. Asyik la cari pasal. Gaduh. Yang suaminya pun perahsia sangat..(nyampah2 pun hadap jugak..hahaha..)
Tapi...
kadang2 aku terfikir. Adakah aku ada 'yuhanis' dalam diri aku? Mungkin.
Aku jenis diam. Pendam. Makan dalam..suddenly 'BOOM!!' just like that..
Apapun watak fav aku ialah tengku zaqif. Comel je rambut kerinting dia. Macam naufal. Hahaha...
Heh. Merapu pulak.
Yang drama bidadari ni menarik gak. Gandingan amyra rosli dan shah jazle. Aku rasa diorang serasi berlakon sama. Yang tak best seminggu 2 episod aje.
Dalam drama ni watak suria tu kesian. Mak dia macam tak sayang dia. Bapak tiri plak lelaki tak guna. Ada abang tiri, perangai lebih kurang je ngan bapak dia tapi dia jaga la suria ni...tapi kut ada tujuan tersembunyi x tau la kan...
Kalau ada masa, layanlah drama bidadari ni. Tak la menimbulkan menyampah macam hati perempuan...+
aku ni tak la kaki drama sangat. Tambah-tambah drama yg tayang waktu malam(bidadari bersiaran waktu malam).
Tapi kalau nak banding dua drama ni, serius, bidadari lagi best.
Aku ada la sikit menyampah dengan yuhanis. Asyik la cari pasal. Gaduh. Yang suaminya pun perahsia sangat..(nyampah2 pun hadap jugak..hahaha..)
Tapi...
kadang2 aku terfikir. Adakah aku ada 'yuhanis' dalam diri aku? Mungkin.
Aku jenis diam. Pendam. Makan dalam..suddenly 'BOOM!!' just like that..
Apapun watak fav aku ialah tengku zaqif. Comel je rambut kerinting dia. Macam naufal. Hahaha...
Heh. Merapu pulak.
Yang drama bidadari ni menarik gak. Gandingan amyra rosli dan shah jazle. Aku rasa diorang serasi berlakon sama. Yang tak best seminggu 2 episod aje.
Dalam drama ni watak suria tu kesian. Mak dia macam tak sayang dia. Bapak tiri plak lelaki tak guna. Ada abang tiri, perangai lebih kurang je ngan bapak dia tapi dia jaga la suria ni...tapi kut ada tujuan tersembunyi x tau la kan...
Kalau ada masa, layanlah drama bidadari ni. Tak la menimbulkan menyampah macam hati perempuan...+
MANISNYA CINTA di cappadocia
Semalam, tonton filem. Kali terakhir menonton, setahun lepas agaknya. Filem Avenger kot.
Tapi aku bukan nak cerita avenger. Aku nak cerita tentang filem ni. MANISNYA CINTA di cappadocia.
Filem ni adaptasi dari novel Manisnya Cinta karya Anis Ayuni. Serius, aku sangat sangat sangat suka novel ni. Berpuluh kali ulang baca pun, aku tetap tak jemu.
Kami(aku, sakinah, dan dua orang sepupuku) masuk agak lewat sikit. Asar dulu beb..
Permulaan cerita pun dah menarik. Lawak-lawak, gelak-gelak...
Jujur, aku sangat suka adaptasi manisnya cinta. Jalan cerita diolah dengan begitu menarik. Tak banyak lari dari jalan cerita asal. Bagaimanapun perubahan ni sikit pun tak mencacatkan kemanisan yang aku rasa semasa membaca novelnya.
Jujur, aku sangat suka adaptasi manisnya cinta. Jalan cerita diolah dengan begitu menarik. Tak banyak lari dari jalan cerita asal. Bagaimanapun perubahan ni sikit pun tak mencacatkan kemanisan yang aku rasa semasa membaca novelnya.
Aku ucap syabas, kepada krew produksi, terutamanya penulis skrip, sebab kamu semua mencantikkan manisnya cinta dengan baik sekali. Aku memang tak expect banyak dari filem melayu tapi, manisnya cinta berjaya dan berbaloi ditonton seisi keluarga.
REVIEW : CAPTAIN AMERICA
sebenarnya aku langsung terlupa dengan kewujudan cerita ni di pawagam.
(mungkin sebab aku belum menonton harry potter)
tapi semalam aku keluar dengan encik tunang dan secara tak sengaja ternampak poster cerita jadi...the rest is history..
okey. berbalik kepada topik asal.
aku bukanlah peminat tegar superhero tapi...
legasi super hero dari marvel tak pernah mengecewakan!!!
kekecewaan terhadap T.D.O.T.M terubat sedikit.
ada sedikit humor, aksi sudah tentu!!
tapi pengajarannya, tak kira kita ni lemah atau kuat,
kita kena ada azam yang kuat dan hati yang baik, baru boleh kena suntik dengan serum kuat..
boleh jadi ketul-ketul macam ni...
encik tunang, boleh tak encik pergi gym dan workout sampai macam ni??hehe
haha..bergurau..bergurau!!
penilaian aku?
markah penuh!!
pesanan penaja: nantikan THE AVENGER MAY 2012 !!!
::RANDOM RANT:: KARIPAP-KARIPAP CINTA, NOVEL vs FILEM
eh?cerita belum keluar pun nak review ke??
entah apa-apa.
aku bukan nak ulas filemnya.
aku nak ulas pemilihan pelakonnya.
jujur..aku kecewa dengan penampilan pelakon yang membawa watak sarah.
kecewa sangat-sangat.
kamu dah baca novelnya ke belum?kalau belum sila baca.
tak rugi pun. ceritanya betul menarik.
aku boleh ketawa-ketawa baca novel tu.
novel
vs
filem
bandingkan penampilan 'sarah', versi novel dengan 'sarah' filem.
macam karipap dengan cekodok.
langsung tak sama.
aku percaya, pembaca yang tertunggu-tunggu nak tengok filem ni turut sama kecewa sama seperti aku.
p/s:siapa belum baca, pergi beli dan baca.
REVIEW:TRANSFORMERS DARK OH THE MOON.
hmm....hmmm...hmmmmm...
siapa rasa cerita ni best? angkat tikus!!!!
pada aku ini transformers yang paling teruk!
pengganti megan fox yang cuba berlagak seksi macam megan fox tapi tak menjadi.
tergedik-gedik...geli aku. tak ada pun tak rosak jalan cerita.
banyak watak robot yang tak ada.
malas nak review panjang-panjang ni.
2 jam 45 minit yang...kurang berbaloi.
download torrent lagi baik.
markah : 2 dari 5
MONTE CARLO
aku tengok cerita ni tadi. kat alamanda. seorang diri, sebab jalan sesak gila menuju kl. dah aku tak dapat pergi kenduri umah farah....hmmm...
okey ketepikan semua yang mengarut.
yang aku nak ceritakan adalah tentang filem ini.
cerita tentang grace(selena gomez) yang bersungguh-sungguh kerja sampingan sebab nak kumpul duit pergi bercuti ke paris selepas tamat sekolah tinggi.dia berkawan dengan emma(tak tau nama pelakon ini), waitress yang sama-sama bekerja dengan dia, yang akan sama-sama ikut dia pergi bercuti.
grace ni ada ayah dan kakak tiri. nak dijadikan cerita mak grace, dengan ayah meg(kakak tiri) suruh meg ikut grace dan emma pergi paris. ironinya, grace dan meg tak rapat, dan tak sebulu. tapi mereka pergi juga bersama-sama selepas dipujuk oleh orang tua masing-masing.
nak dijadika cerita lagi, percutian impian jadi percutian yang tidak menyenangkan. hotel tak selesa, pemandangan / perjalanan yang tak dapat dinikmati dengan sempurna, sehinggalah akhirnya membuat grace betul-betul terkilan.
dari sini, disaster berubah menjadi wonderful. nak tahu? tonton sendiri.
sebab cerita ini menarik pada aku. macam tengah baca novel rasanya.
dari 5 aku bagi 3.5
kenapa?
sebab cerita ini cerita yang boleh dijangka penamatnya.
tapi, aku rasa tak rugi pun tengok cerita ni. aku terhibur, penonton lain pun terhibur, sebab aku dengar kebanyakan penonton ketawa bila ada situasi-situasi yang mencuit hati.
rasa-rasa nak tengok cerita ni untuk rehat-rehat otak, boleh lah. kalau mengharap sesuatu yang vavavoom, baik kamu semua tempah tiket harry potter awal-awal. okey. daa
NUR KASIH THE MOVIE
aktiviti berlaku semalam. bersama-sama norien arshad.
dengan penuh rasa teruja, kami beli tiket wayang dekat kaunter tgv bukit raja.
penilaian aku pada cerita ini..err...so-so kot?
aku ingat aku akan menangis tersedu-sedu dalam panggung sampai tak cukup tisu..
tapi tak. langgsung tidak.
aku tak tau nak cakap macam mana.
mungkin skrip tak cukup kuat? atau pengarah nak penonton berkerut-kerut kening memikir?
kalau nak bandingkan drama dengan filem..aku undi drama.
tapi.
visual filem ni sangat cantik..dan dramatik. kabir memang the best untuk cantikkan scene.
cuma cgi kartun tu...tak perlu pun tak apa.
keseluruhan..aku bagi 2.5 dari 5.
ini apa yang aku rasa. agak-agak orang lain tak setuju...masing-masing ada pendapat sendiri.
CORALINE
baru lepas tengok coraline?siapa pernah tengok mesti tau cerita tentang apa kan?
okey..saya cerita sikit..
cerita ni mengisahkan satu keluarga yang baru je berpindah kat pink palace apartment.budak ni boleh dikatakan tak begitu gembira dengan persekitaran baru. jiran yang pelik, budak lelaki stalker yang banyak cakap.....ibu bapa yang tak dapat memenuhi permintaannya...kesian...
sehinggalah satu hari dia menemui satu pintu kecil dirumahnya.bermulalah pengembaraan pelik yang menyeronokkan bagi coraline.ibu bapa 'lain' yang cool.permintaan yang dipenuhi...siapa tak suka kan?
namun coraline tak sedar, dia sebenarnya dalam bahaya.
hehe...mana boleh cerita habis......beli la..download ke....dan tontonlah sendiri..
point penting yang saya nak sampaikan di sini...kita harus sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada di dunia. mungkin apa yang kita ada tidak sempurna dan tidak memenuhi impian kita tentang kehidupan namun apa yang kita ada itu adalah paling berharga.
jadi...belajarlah untuk
BERSYUKUR
SAJA MAHU CERITA TRAILER SERAM
kalau kamu baca review merong mahawangsa mesti kamu tahu kan, saya menonton sendirian.
eh..mesti rasa "sunyinya perempuan ni..mesti takde pawe ni.."
atau macam-macam komen lain..
tak kisah..
hehe..yang sebenarnya saya bukan nak cerita pasal tengok wayang sendirian tu..saya nak cerita pasal tariler-trailer cerita yang bakal ditayangkan..
setiap kali menunggu wayang bermula, biasa la..mesti ada trailer kan...tapi sebenarnya saya ada sedikit fobia dengan trailer. saya takut sangat kalau ada trailer cerita hantu.huhu..tak boleh langsung.mau mimpi ngeri tau.
pulak tu masa saya menonton tu memang ada trailer cerita seram. KARAK. bakal ditayangkan penghujung mac ini kalau tak silap.
hui..tengok trailer boleh tahan seram(padahal saya tutup mata)tapi audio ini takkan lupa punya..
"tak kan takut..kata, orang beriman......"disertai ketawa mengilai...dalam hati menyumpah saja..bodohbodohbodoh.
haha..pentakut sungguh
ok..kaki cerita seram boleh lah serbu wayang untuk cerita KARAK keluaran KRU PRODUCTION ya..
jangan fobia nak lalu karak sudahla..
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
ya..ya..saya tahu saya dah ketinggalan kapal terbang..
saya lambat tengok cerita ini berbanding kamu-kamu yang lain...tapi saya nak cerita jugak..nak review jugak.tak kira!
ok.pandangan pertama saya bila tengok trailer...WOW. ini kerja anak tempatan?? COOL ok....
selepas menonton keseluruhan cerita...
- skrip boleh tahan
- mungkin ada yang rasa stephen kurang sesuai jadi merong tapi pada saya wataknya adalah tepat. kenapa? sebab merong dikatakan waris Alexander The Great.
- ok ada lagi yang kata kelakar dengan stephen rahman berbahasa melayu.hello..dalam cerita pun sudah sebut "sejak setahun jagung dua belas hamba sudah dibawa berlayar".maknanya, hidupnya lebih banyak merantau berbanding tetap mentap di satu-satu tempat. hanya pulang ke semenanjung emas kerana menjaga keselamatan putera marcus.
- askar merong kurus-kurus.bukan?tapi saya tak pasti sama ada orang-orang yang menonton cerita ini perasan atau tidak, penduduk dua kampung ini kebanyakannya adalah golongan petani. hidup dalam ketakutan kerana angkara puak garuda yang ganas.mana mungkin mereka dapat mengukuhkan pertahanan dan menajamkan kemahiran bertarung, tanpa ada kepala yang memimpin?
secara keseluruhannya, saya sangat-sangat puas hati dengan Hikayat Merong Mahawangsa. walaupun masih ada kekurangan, tapi tak apalah. yang penting filem melayu semakin menunjukkan kematangan!
p/s:saya tengok cerita ni sendirian.COOL kan?
OMO..OMO..OMO!!!
BREAKING DAWN PART ONE WILL BE ON THE CINEMA THIS COMING NOVEMBER!!!!
YATTA!!!!
*picca from here
hehe...saya memang peminat tegar twilight saga.sangat tak sabar ok..
IRYU a.k.a TEAM MEDICAL DRAGON
seperti yang dijanjikan, ini update dari iryu yang dalam proses muat turun tu...
saya baru selesai muat turun musim yang ke-2.
musim yang ke-3 masih dalam proses rompakan..haha..
iryu mengisahkan tentang seorang pakar bedah jantung yang genius tapi rebellious(betul ke saya eja?).nama dia asada ryutaro
oleh sebab pe'el rebel dia ni..tak ada satu hospital pun di jepun nak ambil dia bekerja.
tapi seorang pembantu profesor telah mengambil risiko dengan mengambil asada untuk mejadi ketua bagi pembedahan Batista.
pelbagai cerita menarik dan kadang-kadang ada sedikit mendebarkan...saya tengok cerita ini 2 hari berturut.
1 hari untuk satu musim.
gila kan??
sinopsis yang saya tulis diatas untuk musim yang pertama sahaja...
tapi setelah kamu menonton yang pertama, kamu pasti mahu menonton yang kedua dan ketiga..
(untuk yang meminati cerita serius sahaja)
*doktor asada sangat bergaya..=3
IRYU
dalam proses muat turun.
cerita ini ada tiga musim.
apa pun nanti saya update lagi ya.
nak keluar dulu
SANCTUM
saya baru balik dari tengok cerita ini..
agak thrill.sikit.
tapi tak ada monster,jerung atau hantu..yang mana sangat melegakan..
tapi point cerita ini..
bagaimana kamu mahu survive,bila jalan keluar belum tentu dapat ditemui?
dengan kekangan masa, kekurangan peralatan..
dan kemungkinan terpaksa meninggalkan rakan untuk mati.
sayang pelakon-pelakon cerita ini kurang dikenali..
skrip pula agak longgar bagi saya tapi ia masih berbaloi untuk ditonton.
bila difikir-fikir agak mirip dengan unstoppable tapi unstoppable lebih baik dengan skrip yang mantap.pelakon pun boleh tahan terkenal.
oh.saya cadangkan jangan tengok trailer,sebab terrrrrlalu banyak spoiler.
THE GREEN HORNET
woa...sesungguhnya saya tak sabar mahu menonton filem ini..oyeah...harap-harap ada masa lapang untuk muvi okey..
RAMBUT KUSUT

mula-mula sekali saya nak minta maaf banyak-banyak dari noen..sebab saya dah tengok tangle..ehehe..harap dimaafkanlah...lalalala...tengok sebab bawa anak buah yang menangis-nangis nak tengok.....tapi jangan risau ya...saya tetap akan pergi dengan kamu...kamu kan teman tengok wayang saya?
cerita tu..memang menarik..ada part yang kelakar, dan buat saya terharu pada akhir cerita....
eeh...mana boleh bocorkan cerita..tengoklah sendiri di pawagam....
apapun fairytales dari disney memang saya suka...err..walaupun dikatakan ada membawa unsur freemason...hmm...
TONTON WAYANG
aha....minggu ini sahaja sudah dua kali menonton wayang.....
yup...wayang pertama MAGIKA.
yup...wayang pertama MAGIKA.
wayang kedua LEGEND OF THE GUARDIAN

cerita yang menarik.mungkin akan ada sekuel memandangkan ini baru adaptasi dari novel yang pertama.
- visual yang baik
- pelakon suara yang mantap
- skrip yang bagus
- sesuai untuk tontonan seisi keluarga
- membuat saya rasa mahu terbang!
- enjoy this trailer
watak-watak penting

apapun..watak-watak cerita ini mengingatkan saya kepada burung hantu yang selalu bertenggek dipelepah pokok kelapa pandan di tepi bilik saya semasa saya kecil dahulu.
macam menunggu saya untuk tutup tingkap bilik.saya suka berbual dengan burung hantu tersebut. serius..saya rasa burung hantu sangat comel err...walaupun sedikit menakutkan...
Subscribe to:
Posts (Atom)















