betul la kata pepatah....
mak ayah boleh jaga 12 anak, tapi 12 anak nak jaga mak ayah bukan main susah!
kenapa aku kata macam tu?
sebab perkara macam tu sedang berlaku dalam keluarga aku.
dan buat aku sakit hati.
dulu aku rasa macam tak setuju pepayah tu sebab ayah aku jaga orang tua dia(mbah lanang dengan mbah wedok aku la) baik punya. aku ingat lagi masa arwah mbah lanang aku sakit kuat masa aku sekolah rendah...kami..ya..KAMI SATU KELUARGA kena angkut balik kampung SETIAP HARI yang mana perjalanan ambil masa 2jam.
petang lepas sekolah balik kampung, pagi-pagi buta pukul 4 balik bota.
setiap hari...seingat aku adalah dua minggu..atau lebih kot.
dan kami sekeluarga TAK PERNAH dapat pergi bercuti kerana komitmen arwah bapak aku kepada orang tuanya.(kalau ada pun pergi teluk batik, atau segari..itupun sebab sekolah dia buat aktiviti kat sana)
aku harap arwah bapak aku diberi ganjaran yang sepatutnya dia dapat sebagai anak yang taat.AMIN.
tapi itu ayah aku. setiap manusia berbeza.
sekarang mak aku menjaga ayah dia(atuk aku lah) full time, dekat rumah atuk aku.
aku tak kisah. mak aku pun dah tak ada tanggung jawab lain(selain kepada anak-anak dia; kami adik beradik) tapi...sampai mak aku tak balik-balik rumah.
sampai aku rasa, wah..mentang-mentang mak aku sudah tak bersuami, senang-senang je ke lepas tangan??? hello..mak aku pun ada anak-anak yang nak perhatian juga la..beri lah mak aku rehat hujung minggu, balik rumah, pergi jalan-jalan dengan anak-anak....ini...24/7, sepanjang tahun...orang lain pantang cuti sekolah awal-awal dah tempah hotel pergi bercuti...apa tu????
balik la..jenguk atuk yang nak perhatian anak-anak..yang tak berapa sihat...sudahlah cuti hujung minggu pun jarang sangat balik...huh.tak puas hati.aku rasa marah.
aku tahu setiap orang ada komitmen. tapi bila mengenangkan arwah bapak aku, seorang pengetua, ayah dan anak sangat komited dengan komitmen terhadap pelajar sekolah dia, orang bawahan dia, kena pantau kewangan sekolah, anak-anak dia yang nakal tak ingat, tapi pada masa yang sama TAK PERNAH CULAS ATAU LEPAS TANGAN semasa menjaga orang tua. dan itu yang selalu aku ingatkan kepada adik-adik aku...kerana mereka lelaki. sebab tanggung jawab utama mereka adalah terhadap orang tua.
aku bercerita bukan membuka pekung tapi sebagai peringatan terhadap kita sebagai anak-anak. sebab apa yang kita buat terhadap orang tua kita akan menjadi ikutan anak-anak kita nanti. baik kita jaga orang tua, baik lah kita akan dijaga oleh anak-anak kita nanti.
*lega*
No comments:
Post a Comment