Pages

ORYSENSE

Orysense

SEBAB MAHU BERBLOGGING

ternampak status mukabuku kawan aku. katanya kagum dengan penulis blog.
tiba-tiba aku tersengih...hehe...yalah...maknanya dia kena kagum pada aku lah kan...sebab aku pun menulis juga...walaupun biasanya aku menulis secara rawak...apa yang aku mahu kongsi dengan pembaca. tak kira catatan harian, ulasan novel, maklum balas alat kosmetik, ulasan filem, video-video kelakar atau anak-anak bulus kesayangan.

aku bukan blogger yang terkenal tahap artis. tak punya trafik beribu, pendapatan iklan berkepuk atau follower yang tak putus..

aku cuma sekadar menjadi aku. yang menulis untuk berkongsi apa sahaja yang boleh dan patut dikongsi bersama-sama. sebab tu, aku tak meletak apa-apa tema atau slogan konkrit yang menunjukkan kenapa aku berblogging. aku cuma mahu berkongsi rasa, pendapat dan cerita. kadang-kadang melepaskan kemarahan mungkin?

banyak sebab kenapa ramai yang menulis blog.
1. duit.(nuffnang,adsense,innity,Blogshop)
2. mahu dikenali ramai
3. meluahkan perasaan(tak kira sedihmarahkecewagembiramerajuk)
4. nak jadi tutorial master
5. nak jadi michelle phan...err...maksud aku beauty guru
6. nak jadi pengintip(stalk EXpired boyfriend atau girlfriend)
7. nak jadi penulis novel
8. nak jadi fashion guru
9. nak tunjuk comel
10. nak menghebohkan hubungan cinta-tak-tentu-kahwin kepada orang(dush...terkena batang hidung)

tak kira apa sebab pun, yang penting jadi diri sendiri.menulis mengikut keselesaan.jaga sensiviti.dan jangan menulis membuta-tuli kalau nak bergossip sekalipun!!

2 comments:

meowwmania said...

jejebon yg paksa sy berblogging hikhik...

Unknown said...

@meowwmaniahehe..tak kisahlah sebab ape pun.asalkan menarik..ye tak?