Pages

ORYSENSE

Orysense

TAK TAU NAK KATA APA LAGI DAH

beli kosmo pagi tadi. tajuk utama:gadis 19 tahun campak anak.

serius.gila ke apa?
kau berzina. satu dosa. kau mengandung. tapi kau tak bertaubat. kau campak anak kau begitu sahaja. kau ni manusia ke binatang?

aku dengan kawan pejabat aku geleng kepala je. serius. masalah mcam ni akan terus berterusan selagi manusia menidakkan undang-undang yang Allah dah tetapkan untuk kita. sedangkan kawan pejabat aku(dia hindu) pun setuju kalau negara kita ni mencontohi negara arab yang melaksanakan hudud(impressed, kan?)

kami berbual dan bertukar pendapat dengan minda terbuka.
macam-macam perkara kami bangkitkan. sampai la masuk kepada isu pendidikan seks di sekolah-sekolah. sensitif kan isu ni?

aku dengan dia sama-sama setuju, pendidikan seks wajar diajar di sekolah, tapi ia mesti diajar bersama-sama pendidikan islam(untuk muslim) dan pendidikan moral(untuk bukan islam)

mungkin ramai tak setuju dengan pendapat kami tapi, kami melihat dari sudut positif, memandang kami pernah menjadi remaja zaman moden dan kami pernah melalui zaman-nak-tahu-tapi-malu-nak-tanya. pernah dengar curiousity kills the cat? itulah perumpamaan yang paling tepat untuk remaja nak-tahu-tapi-akal-pendek. aku bernasib baik. aku mencari melalui sumber-sumber yang betul.dan perasaan ingin tahu tu tak membunuh aku. malah menolong aku lebih faham apa yang patut dan apa yang tidak. inilah yang penting untuk didedahkan kepada remaja sekarang.

seronok hanya sekejap, dan yang sekejap itu meyebabkan duka berpanjangan.

4 comments:

The day we meet said...

betul tu..sekarang ni manusia mengagungkan nafsu..agama pulak diketepikan..

Unknown said...

@♥ norlida ramli ♥yup..tak malu dengan tuhan kot?

meowwmania said...

tak takut ngan Allah agaknya...nauzubillah

Unknown said...

@meowwmaniaiyelah..