Pages

ORYSENSE

Orysense

PENAT TERAMAT

ya...aku sungguh penat yang teramat sangat hari ni. selepas mandi malam-malam kali kedua sebab kepanasan melampau, tiba-tiba mata aku memberat seolah-olah ada seekor kerbau diikat pada bulu mata lentikku itu...hahaha..lelebih pula aku kan.....

aku kepenatan sebab dengan gagahnya aku pergi ke parenthood expo kat mid valley hari ni.

kenapa aku kata gagah?

sebab aku pergi seorang.lalalalalalala....seorang diri dengan perut boyot 32 minggu. gagah kan mak?

aku memburu breast pump sebenarnya...sebab aku nak bekerja semula lepas deliver ini budak...ehehehe....yela..sian encik suami kan....

akhirnya, aku beli breast pump jenama US BABY. pernah dengar tak??? pernah tak??? serius aku pun baru ni la dengar. selalunya orang akan beli jenama yang lebih terkenal macam medela, spectra, tommee tippee, avent.....

sebenarnya aku nak tommee tippee...tapi tak ade booth tommee tippee kat fair tu...BP ade tapi untuk BP sahaja dah RM 499(hampir 50% less tu). belum benda lain...akhirnya aku dengan berat hati terpaksa ucap selamat tinggal pada tommee tippee.....

kemudian terserempak dengan jenama mebby dari italy. okey jugak(aku test kat sana). tapi  masih mahal walaupun dengan harga pakej. item yang ditawarkan dalam pakej mebby tu sikit sangat. beli electric BP dapat manual BP, 1 botol susu, 3 gelas penyimpan susu, 2 keping ice pack. itu je. dengan harga RM 498.

aku pun pusing lagi.....tu yang terserempak pula dengan US Baby ni. jadi aku pun beli selepas menimbang masak-masak...dengan harga pakej RM 480, aku dapat:
  1. breast pump elektrik(bateri pun boleh)
  2. 1 botol susu 4oz
  3. 2 botol susu 5oz
  4. 1 botol susu silikon 8oz(selepas aku mintak tukar 3 kotak disposable breast pad)
  5. teat
  6. baby wipes
  7. alcohol wipes
  8. plastik storage bag 2 kotak
  9. disposable breast pad yang datang sekali dengan BP tu.
  10. berus basuh botol
berbaloi tak?

aku rase berbaloi. cume aku tak pasti sama ada BP ni akan berjasa penuh atau tak. yang aku dah cuba guna bateri, suction tak berapa kuat. mungkin aku yang tak pandai kot. tapi kalau guna elektrik tak ada masalah pun...sama je dengan BP mahal-mahal tu...cuma ada bunyi bising sikit lah.....

gambar? aku kan pemalas? heehee...nanti lah...lain kali...mesti la  nak letak gambar BP kiut tu...

p/s:oh..dan aku rasa aku terberselisih bahu dengan BEN ASHAARI tadi. nak tegur takut salah orang. :)

TABUNG

dulu aku rajin menabung. betul...masa aku sekolah rendah, mak aku kasi duit belanja 50sen sehari. selalunya aku akan belanja 30sen kat sekolah. jadi baki 20sen tu aku masuk dalam tabung.

bila penuh, pecahkan..masuk dalam tabung haji...dapatla replika tabung haji tu....

tapi sekarang, aku rajin korek tabung. kuikuikui...susah nak menabung dah...lagi-lagi kalau bank tempat menabung tu ada akses kad atm....laju je aku menyedut....

aku rasa, aku kena menabung syiling, baru boleh berjaya kot....

p/s: nasib baik KWSP tak boleh korek...kalau tak mesti kena korek juga....

PATAH SEMANGAT

tidak bernafsu untuk makan. aku makan hanya untuk si kecil dalam kandungan. rasa nak pergi menyedut udara pantai. menanam diri dalam pasir. membiar badan dihempas ombak.

p/s: emotianally unstable. sekian terima kasih.

CHECKLIST HOSPITAL EPISOD 2: BEG MAMA

ini adalah list aku sendiri, dengan rujukan dari mak, kakak, kawan-kawan dan sudah tentu awesome mommy blogger!

  1. kain batik-3 helai
  2. stokin-2 helai
  3. disposable panties-6 helai.(tak tau la cukup ke tak. tips:lepas beranak darah banyak.mak-mak baru bersalin confirm tak larat nak sental panties. kakak aku kata pad pun nurse pakaikan.)
  4. selipar getah yang senang disarung kalau pakai stokin
  5. t-shirt / blouse-4 helai (bawa yang sesuai untuk nursing baby okey)
  6. tudung senang sarung-2 helai
  7. baju sejuk-1 helai
  8. pad maxi night(i hate gel pad) / maternity pad-1 pek
  9. nursing bra-5 helai
  10. breast pump(sesetengah hospital ada)
  11. disposable breast pad
  12. tuala
  13. toiletteries(kalau nak jimat ruang bawak head to toe yang baby punya je. mama boleh guna, baby pun boleh guna)
  14. termos
  15. 3 dalam 1 punya air sedap mengikut kesukaan masing-masing.
  16. makanan(roti, biskut, kurma...mana-mana korang suka lah.)
  17. minyak angin
  18. hand sanitizer botol kecik(aku tak suka hospital punya)-1
  19. beg plastik/laundry beg
  20. grooming kit(sikat, eyeliner, eyeshadow, blusher, lipstick....)
  21. majalah/buku-ini terpulang.aku bawa.
  22. kamera kecik. kalau tak ada, kamera henpon pun boleh...boleh camwhore ngan baby kan? jangan bawak dslr sudah. hilang nangis aku tak tau...
okey. setakat ni tu jela list aku. banyak barang mama daripada barang baby.hihihi....barang lain yang aku tak sebut macam henpon, buku merah, ic..tu semua barang dalam handbag. korang takkan simapan dalam beg baju gedabak okey. apa-apa penambahan tu kemudian la..

p/s: aku masih tak sedia barang aku....

BARANG BABY: CLOTH DIAPER

setakat ni , barang baby paling mahal aku beli ialah cloth diaper(CD). mesti orang pelik, buat apalah orang pemalas macam aku ni nak guna CD? pakai ajela pampers pakai buang. kan senang?

heh. memang senang pakai dan buang ni, tapi, aku kalau boleh nak tolong suami aku berjimat. yelah. aku ni dah la tak ada punca pendapatan(buat masa ni), lain la kalau blog ni bagi aku ribu-ribu sebulan, aku rela aje duduk rumah jadi permaisuri,.hikhik!!
okey hentikan repekan!
CD ni ada banyak banyak jenama. dari yang murah sampai la yang mahal gila. aku beli yang sedang-sedang je, selepas menimbang harga dan keberbaloian(ada ke perkataan ni?) membeli dari penjual tertentu.

dalam membeli, banyak perkara perlu diambil kira. kualiti, kuantiti, harga dan kecomelan item..hehe..comel itu harus okey..dan setelah aku menimbang sebaik mungkin, aku membeli dari website
  
(boleh klik badge kat bawah heart beat tu okeh?)
ikutkan agak mahal la sikit dari blogshop lain, tapi masih lebih murah dari lunatots(bila ada duit aku nak juga beli 1-2 keping dari lunatots).

mula-mula aku nak beli yang pakej MummyLuvU(6 CD), tapi selepas berinteraksi ngan tokeikedai, dia cadangkan aku ambil pakej eco-gold. katenye perfect untuk mama yang baru pertama kali nak cuba berCD-ing. dalam pakej eco ni ada 3 CD, 2 CD yang fit untuk saiz S-L, dan 1 CD yang boleh fit sampai XL. tiap CD ada extra 1 insert, cuma insert bagi CD yang sampai saiz XL tu lain sikit. insertnya mcdonaldchickenfoldover foldable-boleh lipat. bagus juga sebab cepat kering bila jemur. insert yang foldable ni dari bamboo punya fiber, yang dijahit sekali dengan microfiber, yang mana lebih daya serapan dari insert microfiber yang biasa. itulah ceritanya.

Photo0160
Photo0162
Photo0161
jahitan tepi tak betul. any defect CD yang bukan sebab salah kita, boleh tukar okey.tak ada caj tambahan. TUKAR. jadi check dulu sebaik sahaja item sampai. Smile

harga untuk pakej yang aku beli ni RM 92(ada free stokin comel!), tak termasuk pos. dan aku tambah dengan sehelai lagi CD yang sampai saiz XL tu. dan total semua aku beli dari dia RM 147.60, termasuk pos.

p/s: basuh insert sekurang-kurangnya 3 kali sebelum guna untuk mengajar fabrik menyerap kebasahan okey. untuk cover, aku tak pasti. tapi aku basuh sekali je. insert je aku tengah nak basuh kali ke-2 ni…

HARI PERTAMA RAMADHAN

selamat berpuasa kepada semua pembaca. macam mana sahur tadi? makan apa? seronok?

aku? kurang seronok. sebab tak ada telur masin yang mak aku buat tu. aku tak suka telur masin kedai. masin sangat sampai tak boleh nak habis. huuu......

selain tu. makan sorang. encik suami tak mahu sahur. -_-

petang ni apa rancangan berbuka korang semua?

p/s: lain kali aku nak sahur nestum ngan roti ajelah. penat bangun awal masak kalau aku sorang je yang makan.

NAPKIN BAYI UNTUK DIJUAL

aik?baru beli nak jual balik??merepek betul aku ni kan? mesti korang fikir aku beli banyak sangat tak beragak.

tak. bukan sebab tu aku nak jual balik.

aku jual balik sebab kakak aku pun bagi napkin yang sama, anak dia punya. banyak pulak tu. jadi aku nak jual balik yang aku dah beli.

1 pek 10 helai, 76cm x 76 cm, RM 20 termasuk pos.(pos biasa, bukan pos laju okey.) plain je, takde corak-corak.

napkin(orang jawa panggil popok) ni boleh guna jadi bedung, selimut, diaper, tuala, lap muka, mahupun lap kaki(bila dah tak mau guna lagi la)

maaf la, tak ada gambar. tapi aku dah buka dari sarung plastik tu, dan dah basuh. jadi kalau korang beli dari aku, dah selamat tak payah basuh lagi dah. lagipun, harga pasaran paling murah pun RM 21.90. aku cas RM 20 je...kira 2nd hand juga la walaupun tak pernah pakai kan...

bakal mak, yang tengah nak buat persiapan, yang nak beli napkin ni, boleh pm aku kat FB salhah suhot, atau email aku nuribudakcomel@gmail.com atau sms je aku 0192547554, kalau nak cepat. okey?(aku prefer sms aku terus.takut aku tak on9)

yang betul-betul nak je baru aku bagi nombor akaun okey. aku guna maybank,ambank,rhb,bsn. pilih la mana korang suka. okey?

WW: ADUHAI ANAK!

mama nak jumpa anak mama!

SET BERSALIN, SUDAH DITENTUKAN!

korang rasa aku beli yang mana?? cubalah teka...hihihi...apa pun yang aku beli, biarlah rahsia dulu. sampai masa, aku akan review selepas guna, boleh?

dah lama tak buat entri review. phew......

MAK BEDAL

aku balik kampung hari tu...mak cik aku buat kenduri untuk anak dia, nak bersunat katakan...sambil-sambil tu mak aku pun buatkan rujak untuk aku gak...sempena dah 7 bulan...berapa ramai tanya gender anak aku ni..menyampah pulak rasanya...hahaha....

tapi itu cerita picisan je...paling best kenduri kali ni...sembelih kambing oit!!! hui...buat gulai ala mamak pula tu.....maka aku jadi mak bedal sepanjang 2 hari tu...hihihi...ade makcik aku yang buat cup cake coklat...hoh...aku sorang je pun boleh habiskan....

sesungguhnya aku memang mak bedal sejati!

balik sungai buloh, tiba-tiba sakit perut, dan muntah..nasib baik sekali je..kalau tak, haaruslah ke klinik. lega mak...

gambar-gambar jangan tanya. sebab aku taknak ada orang cemburu sebab gulai kambing tu memang super sedap!

CHECKLIST HOSPITAL EPISOD 1: BARANG BABY

  1. baju+seluar 4 pasang(2 pendek 2 panjang)
  2. mitten+booties 4 pasang + topi 1 helai
  3. barut 5 helai
  4. selimut 1 helai
  5. kain napkin(untuk bedung) 3 helai
  6. tuala 1 helai
  7. diapers 6 keping
  8. wet tissue 1 pek(untuk bwk hospital guna travel size punya ye mak-mak to be)
  9. toiletteries
  10. minyak telon
  11. botol susu(spare lah kot susu tak keluar 1st 2 day tu..)
setakat ni tu jelah checklist barang baby yang nak dibawak ke hospital nanti. yang belum bergaris tu belum sedia lah maknanya. heehee.....

::RANDOM RANT:: CERITA NAK KAHWIN

macam balik ke masa silam pulak....

aku melawat nuffnang dan tengok keyword...ada juga yang cari pasal barang pengantin kat blog aku ni...padahal aku bukan ada letak tip penjimatan ke apa ke...

dan aku baca salah satu blog yang aku follow berkenaan majlis akad nikah dengan majlis kenduri...dia tanya, elok buat majlis asing-asing atau sekali? dia tanya kawan-kawan dia, ada yang jawab kalau lambat sangat nanti jadi pengantin basi dan macam-macam lagi.

kalau ditanya pendapat aku, aku akan jawab, bergantung kepada bajet sendiri. mampu atau tak buat dua majlis yang berlainan?

selalu orang buat majlis akad seminggu sebelum kenduri yang besar. tapi, bila buat asing-asing ni, bajet pun jadi lebih sikit. yelah, pengantin sekarang, bertunang pun nak berpelamin mini, kalau nak nikah mesti nak pelamin juga.....betul tak? nanti kenduri besar nak pelamin juga...kan?

nak jimat, buat satu majlis, tapi akan ada pula risiko lain. macam waktu majlis aku dulu, aturcara menjadi kelam kabut. kesian mak dengan abang aku...laju-laju balik rumah lepas nikahkan aku sebab kat rumah orang dah bising-bising cari diorang...aku pulak sebagai pengantin jadi terkontang kanting menguruskan diri sendiri. tak ada orang berpengalaman temankan aku, guide aku apa patut aku buat.

even masa nak mekap untuk nikah pun kelam kabut, kejap-kejap mak aku ketuk pintu, tanya dah ke belum....aku rasa perut kakak andam tu pun dah kecut-kecut tengok betapa kalutnya mak aku...

jadi, aku prefer buat nikah pada waktu malamnya, atau sehari sebelum majlis. buat majlis akad di masjid, dan hanya panggil saudara terdekat termasuk saksi(itu wajib!). kalau buat di masjid, kita tak perlu susah-susah buat majlis di rumah, jadi tak perlu masak dua kali. tak perlulah pelamin akad nikah bagai... yang penting pasangan selamat dinikahkan.

masa kakak nombor dua aku nikah tu lagi la...dia tak ikut pergi masjid pun...suami dia je kat masjid..selesai akad, baru datang ke rumah sarung cincin.

kakak sulung aku pulak buat nikah gantung. lepas enam bulan baru buat majlis besar. tak ada pulak orang cakap dia pengantin basi...

apa pun, pilihan ditangan masing-masing..nak organize sesuatu majlis bukan kerja yang mudah tau! jadi, rancanglah betul-betul....

ATIM

masih ingat atim?
sila tekan sini

Alhamdulillah, ada orang sudi jagakan dia sementara.....sesungguhnya aku sangat lega...sebab aku rasa sangat bersalah tiap kali aku keluar dan tinggalkan atim....asyik teringat atim nangis lapar........

lepas raya insyaAllah atim akan kembali dengan aku. sebab aku nak jaga dia terus. cuma waktu sekarang ni tak sesuai untuk aku jaga sendiri...

harap-harap atim selesa dengan keluarga baru, walaupun sementara!

PERIUK PEMANGGANG AJAIB

erk...ini bukan entri promosi. aku tak jual benda ni. tapi kalau nak beli, mak aku ahli, boleh la kalau nak....

maaf...aku malas nak upload gambar. semua pun tahu kan, modem umah aku ni bosngoks. nak tahu rupa periuk yang ajaib sangat tu, boleh google je.

apa yang ajaib sangat tu??

korang boleh memanggang dengan senang bila ada periuk ni. sumpah senang..dapur tak kotor, tak bau asap dan paling ajaib, cepat masak! sumpah..aku masak ayam bakar malam tadi, ayam siap dulu dari nasik!! ajaib kan????

okey..wanita-wanita...periuk ni adalah benda yang berbaloi ada kat dapur korang..bakal pengantin, request kawan-kawan korang hadiahkan periuk ni untuk korang. bagi yang dalam pantang lepas bersalin, periuk ni akan banyak bawa kebaikan untuk korang(termasuk aku). sebab masa pantang kan nak makan benda bakar-bakar? heehee......

okey..aku bukan promosi. tapi aku dah guna periuk ni, mak aku belikan untuk aku. best tak mak aku??

dan aku akui, periuk ni adalah salah satu benda dapur kesukaan aku!(sebab senang gila nak basuh!)

PANAS HATI

mamat...kalau kau tu ayam, dah lama aku sembelih buat sate.....geramnye aku!!!!!!

berani kau berak berpasirkan beras??!!!!

hari ni kau tak boleh masuk rumah...lantak kau......

grrrr.......

*MODE MARAH TERLAMPAU*

::REVIEW:: SOLUSI PERUT GATAL; PALMER'S SOOTHING OIL

aku rasa ramai mak buyung-mak buyung di luar sana mengalami masalah kegatalan perut disebabkan oleh stretch mark, kan?

aku salah seorang daripadanya.

patutnye dari awal mengandung, kenalah rajin sapu lotion ke, bio oil ke....ini dah terhantuk baru terngadah...hehe..tu lah..aku ni memang agak culas sikit...

tapi sebenarnya, bukan aku tak guna sebarang lotion...ada...aku guna lotion baby yang biasa je...sekadar nak lembutkan kulit..itu pun kadang-kadang aku lupa....sampai la masuk 6 bulan, aku dah tahan sebab perut yang gatal ni...asyik tergaru-garu....sampai encik suami tak tahu nak tolong bila aku mula merengek mengadu sebab perut gatal..

tak tahan punya pasal, aku pergi guardian(dah kat watson tak ada benda yang dihajat). mula-mula aku nak beli yang khusus untuk stretch mark...tapi beli yang lain pula...
Palmer's soothing oil
sorry..dah lebih tiga kali aku nak upload gambar, asyik putus je...modem tu memang patut kena campak dalam longkang!!

nama pun soothing oil...jadi jangan expect minyak ni boleh reduce stretch mark tu okey....tapi minyak ni betul-betul membantu melegakan kegatalan yang aku alami ni!! bukan tu je, minyak ni sangat sesuai untuk melembabkan kulit yang kering, terutamanya pada siku dan lutut. baunya sedap!! macam coklat!

paling berkesan bila pakai lepas mandi..spray masa kulit tengah lembab-lembab tu...biar kejap 2-3 saat..lepas tu sapu sampai minyak meresap dalam kulit...senang. jadi minyak ni memang aku letak kat bilik air, senang boleh terus pakai lepas mandi! jadi tak la aku culas-culas lagi...oyeah!

jadi..mak-mak kat luar sana yang perutnya gatal-gatal tu..boleh la cuba palmer's soothing oil ni ye..harganya pun berpatutan...peringatan: salah satu sebab strecth mark terhasil sebab kita asyik menggaru perut..ingat pesan mak ni ye...

AKU DITINGGALKAN LAGI...

baru seminggu lepas, kena tinggal...minggu ni kena tinggal lagi.............sedihnya!!!!!

nasib baik ada mamat perasan kachak tu..ada juga kawan..plus, baby atim yang makin mulat peyotnya....rasa sayang pula nak bagi orang, tapi aku memang tak boleh bela anak kucing buat masa ni...

yelah..2 bulan ni adalah masa kritikal anak kucing, dan juga untuk aku...aku kena kerap check up, kerap keluar untuk beli barang baby, dan maccam-macam lagi...kadang2 aku kesian gak gak atim..sebab masanya lebih banyak dalam cage berbanding luar cage...nak litter trainkan lagi....huhu......

bertabahlah nik!! kalau ditakdirkan atim terus dengan aku, aku akan jaga sebaiknya....

::RANDOM RANT:: JANGAN MARAH

maaf la..entri aku belakangan ini banyak cerita pasal mak-mak je...dah tak berape nak ade post pasal mekap-mekap..hihihi....

memang sejak mengandung ni aku tak berapa bermekap, lagipun aku kat rumah je...malas nak mekap-mekap...siapalah nak tengok(suami aku selalu stayback) selain mamat si lenguh yang perasan kachak tu....
 *hoh? memang mat ni kachak...mama jelez la sebab gemok macam ular sawa telan kambing!

InsyaAllah, sabtu ni akan ke cheras, ambil parcel yang berkurun dekat ofis lama tu..haha..dah nak basi baru nak ambil..ape daa....dan lepas  tu aku bercadang nak buat 1 contest..tengok la macam mana nanti..semuanya pun bergantung pada kemampuan aku nanti. doakan aku sihat-sihat saja sepanjang 2 bulan akan datang ni okey?

saja nak letak muka aku besar-besar..ini kali terakhir aku mekap sungguh-sungguh..masa kenduri kawen kakak ipar aku di melaka.
base: biore aqua sunblock (yang waterbase punya)
foundation: naturactor coverface (siapa nak beli dengan aku boleh klik sini)

dah lama tak mekap rasa janggal..

PERSIAPAN YANG AMAT SANGAT TAK SEBERAPA


orang lain menyambut anak sulung biasanya persiapan besar-besaran...aku..nak kata kecil-kecilan pun entah layak ke tidak ni...kuikuikui.....

  1. silicon breast shield - ni guna kalau nipple melecet masa BF baby...tak tau la berguna ke tak nanti....brand doctor baby...dalam orang lain jenuh nak cari brand ni sekarang, aku jumpa kat econsave.
  2. topi, mitten & booties - aku beli sebab aku suka warnanya..lagipun ada gamba kuceng...aku kan penchenta miau?
  3. kain bedung moden - brand baby love. corak itik...corak kuceng tak ada..aku beli sebab gaya cam senang je nak bedung baby..aku pandai la bedung baby style tradisional...cuma saja nak jadi moden juga..kuikuikuikui..
  4. safety pin - hmmm...guna la kot..kan?
  5. baby wipes - orang kata pigeon bagus..tapi aku rasa lagi berbaloi beli anakku ni...
  6. mitten & booties - sekali lagi...semuanya kerana gambar kuceng itu..hahaha.....
semua item di atas memakan belanja lebih kurang RM 100.. T-T benda ciput..nota besar(ke aku yang bongok tak pandai berbelanja?) cuba teka mana yang paling mahal?

selain item dalam gambar, aku ada beli cloth diaper(CD) secara online...cuma belum dapat lagi..yela..baru je bayar hari ni..nanti bila dah ada boleh la tangkap gambar mereka..huhui!

NAK REBUS MODEM

entri ini ialah entri lepas geram...

HAHAHAHAAHHAAHHA!!

geram sungguh aku dengan modem internet ni...asyik putus aje....apa pun tak boleh....

DASAR FANATIK KUCING

shomel kan???shomel kan????? tak tahan tengok terus beli.....hakhakhaktui.....kopak mak....

aku nak beli baju baby...sumpah kaler pink lawa-lawa coraknye...tapi..memandangkan aku tak taw aku ni bawak baby girl ke boy..maka hasrat suci murni itu terpaksa kupendam jauh di lubuk hatiku ini..ecewah!! bahasa nak sastera sangat kan???

lepas ni misi memburu baju sepadan pulak..hahahahahahaha!!

SHAKLEE @ TANAMERA

aku di persimpangan lagi....

tu la...internet ni banyak buat aku  berada di persimpangan dilema betul....tak pasal-pasal jumpa produk untuk berpantang yang menarik jiwa raga ku ini...

shaklee

tanamera

dua produk ni yang aku jumpa memang bebas jamu. aku tak mau berjamu-jamu(bukan menentang tradisi) cuma aku tak mau anak aku jaundice a.k.a kuning.(adik-adik aku dulu semua ada kuning)

lagi pulak aku ni peserta sembelit tegar(opps!!). banyak aku jumpa cerita(internet lah ni) yang berpantang dengan jamu semua sembelit..(ade je yang okey), which is...mimpi ngeri bagi orang berpantang kalau sembelit terbelit. aku tak mau ambik risiko..

dua-dua produk aku rasa bagus...

mungkin aku boleh guna dua-dua sekali kot? sebab tanamera lebih pada penjagaan luaran produknya manakala shaklee lebih pada penjagaan dalaman..(pada aku lah)

adess...pening aku...

LAMPIN MODEN KE PAKAI BUANG?

kali ni entri mak-mak pulak okey..
(adoi..sakit tulang rusuk aku asyik mengiring aje..)


aku tengah berfikir-fikir dan menimbang-nimbang...aku nak pakai cloth diaper(CD) ke disposable diaper?

ikutkan, aku ni tak la rajin sangat nak basuh membasuh..dan harga sehelai CD boleh tahan mahal gak...tapi jimat untuk jangka masa panjang...tambah lagi sekarang ni ada satu saiz untuk semua(newborn-3 thn)

banyak review bagus tentang kebaikan CD selain dapat berjimat, salah satunya baby susah nak kena ruam lampin sebab CD ni bebas bahan kimia...

aku pun geram juga tengok CD sekarang comel-comel!!(rasa nak sendiri pakai je...tapi tak boleh..XDD)
baby pakai CD..kawaii ne?

tapi aku memang dah plan, nak cuba dulu..mungkin secara separuh masa dulu..siang CD, malam DD..depend on budget ni..kukuku

ADEK ATIM

nak mak...tanak botol.......cakar dia..cakar dia...

PATUTLAH...

aku rasa aku tahu, kenapa orang lebih suka shout pada mana-mana page animal lover daripada rescue sendiri kucing atau anak kucing terbiar yang sakit....

sebab kalau diorang rescue, diorang cuma akan dapat pujian, paling sadis, bila rescuer ni minta bantuan untuk pelihara/foster kan haiwan tu, ada pula yang boleh kata, 'apa kata awak jaga sendiri?'

kalau rescuer tu tak ada masalah nak jaga, dia tak akan minta bantuan, percayalah. setiap orang ada kesulitan tertentu, yang mungkin kita tak tahu pada masa bantuan diminta. aku yakin, sebab aku dalam situasi tu.

aku ada kesulitan aku sendiri. kesulitan ni buat aku tak mampu, tapi pada masa yang sama, kasihan..

tak perlu ayat penyedap hati..cuma kasihan atim...asyik menyondol nak puting ibu kucing....kesian atim....