Pages

ORYSENSE

Orysense
Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

::RANDOM RANT:: MOT CENCOMOT

Selepas mamat hilang, memang aku tak pernah berniat nak bela kucing dalam rumah lagi. 

Sampailah satu hari, aku terdengar anak kucing menangis di luar rymah. Sebab kesian, aku bawak dia masuk, bagi susu sampai dia boleh makan.

Dah boleh makan aku bagi wet food. Dah lama sikit, aku bagi kibbles. Sekarang dah gemuk pun si mot ni. 

Tapi dia tak sepenuhnye duduk dalam rumah sekarang. Siang kat dalam, boleh keluar masuk Malam kat luar. Memang aku latih begitu. Tapi mot ni pengganas. Gigi dia tajam kot. Habis calar-calar tangan aku. Huhu....

Sayangnya, mot dah pergi tak pesan apa2 pun... Hilang macam tu aje... Kena culik kot? Entah la.... Harap mot ok saja walau di mana pun dia menumpang teduh...

::RANDOM RANT:: MITOS KUCING DAN KESUBURAN

Korang mesti pernah dengar ni. Orang tua-tua kata kalau nak senang mengandung, jangan bela kucing. Kalau dah mengandung, tak boleh pegang atau main kucing. Nanti gugur.
Serius aku cukup berbulu dengar statement tu. Siapakah yang pandai-pandai mencipta mitos tu? Mungkin pencipta mitos tu seorang ateis? Maaflah, tapi siapa yang berpegang dan percaya mitos tu, memang tak percaya pada qada dan qadar Allah.

Keluarga aku, walaupun tak hardcore dalam meminati kucing, tetap sayang pada makhluk berbulu ni. Bela kucing macam biasa. Elok je adik beradik ada sembilan. Setahu aku, mak aku tak pernah pun keguguran. Jadi apa kaitan kucing dengan kesuburan? Dan aku, sebaik sahaja adopt si pengkot, lekat pula. Hari-hari uruskan pampers, tukar dan cuci montot dia, Alhamdulillah, masih Allah lindung kami berdua.

Yang penting, yakin. Allah takkan susahkan hambaNya. Kalau kawen da lame tapi belum dikurniakan anak walaupun dah berusaha macam2 muhasabah diri. Mungkin sebenarnya kita belum  sedia jadi ibubapa. Jangan nak jadikan kucing atau mana-mana makhluk Allah sebagai sebab ketaksediaan yang kita tak nampak-nampak tu.

p/s: kucing1st aku beranak atas badan aku mase aku tengan tidur. Kucing aku mase kat sungkai pernah pecah ketuban dalam dukungan aku. Dan ada kucing yang pernah mintak aku temankan diorang beranak.

::RANDOM RANT:: PENGKOT

Ini pengkot. Seekor mangsa langgar lari. Pemangsa mungkin seorang penunggang motorsikal. Pengkot sekarang kku( kucibg kurang upaya). Dia tak mampu mengawal pergerakan bahagian belakang badannya. Melepas pun tak terkawal. Sebab itu pakai pampers. Saya adopt pengkot sebab kesian.. Fosterer dia tak boleh terus adopt atas sebab2 yang tak boleh dielakkan. Pengkot tak pernah jumpa vet, sebab saya memang kurang mampu dari segi kewangan. Yg saya risau takut pengkot cedera dalam.. Sebab perut dia agak keras melendut ke bawah... Tapi pengkot cujup aktif, dan sangat manja.. Sangat lembut dengan naufal juga...harap pengkot baik2 saja. Maafkan ketidak mampuan mama ye... Mama cuma mampu beri pengkot rumah tempat berlindung, makan kenyang2 dan kasih sayang aje...

::RANDOM RANT:: SIANG TERBAYANG-BAYANG MALAM TERMIMPI-MIMPI

anak kucing menggelupur di tengah-tengah jalan raya.

aku rasa sangat-sangat menyesal tak berhenti. bukan aku yang langgar. mungkin motorsikal. sebab anak kucing tu masih sempurna. tapi keadaan sangat tak mengizinkan aku berhenti. dengan anak yang sedang menyusu sambil aku memandu(bahayanya!) dan kedudukan jalanraya sedikit berbukit, tak mungkin aku nak membahayakan nyawa anak aku sekali, kan?

tapi akibatnya, aku terbayang-bayang....

KISAH KECIK


ini kecik. nampak normal kan? tapi sebenarnya dia sakit. memang luaran nampak tak cedera tapi sebenarnya cedera dia belah dalam. mungkin la.

kecik ni kazen kecik aku yang jumpa. katanya kesian jalan ngesot-ngesot, dia bawak la balik rumah. bila aku nampak kecik buat pertama kali, aku terus nasihatkan supaya bawa kecik ke vet. dah bawa pun.

menurut doktor, tiada tulang patah. cuma mungkin sarafnya yang cedera, membuatkan kecik tak mampu nak mengawal otot di bahagian perut dan kaki. lebih malang lagi kecik kena dibantu untuk kencing. dia tak mampu kencing sendiri. perlu dipicit pundi kencingnya. berak pun susah. kesian kan? doktor cakap kecik kena terus di'fisoterapi'kan secara berterusan, tapi harapan pulih amat tipis.

kesian kecik. aku nak sangat jaga kecik tapi tu tak mungkin buat masa ni. kalau aku jaga kecik, serupa macam aku jaga dua bayi serentak, dan aku tahu aku tak mampu. tak mampu dari segi masa dan kewangan juga. yang aku mampu ialah carikan orang yang sanggup angkat dia dengan penuh kasih sayang. jadi kalau ada yang sanggup jaga kecik, boleh contact aku ye...

p/s: kecik sangat manja tau. walaupun keadaan dia agak kekurangan, tapi dia kucing aktif.

TERBAEK THURSDAY : RUMAH MESRA KUCENG YANG OHSEM

terbaek thursday??hahaha...merepek makan kerepek ah aku ni...tapi ape yang nak aku tunjuk lepas ni memang ohsem...bagi penchenta miau lah.....

aku, kalau ada duit, memang nak sangat buat rumah yang mesra kucing. betulll...tak tipu......rumah tanpa kucing kesayangan sangat tak seronok! bagi aku la...

sila nikmati ke'ohsem'an rumah mesra kucing kat jepun ni....


 
ohsem kan?

sumber gambar dan cerita aku dapat dari blogserius. aku tak payah kasi link pun korang mesti tau blog tu kan???tapi ayat aku karang sendiri okey...

HILANG

puan kampong hilang...kesian anak-anak dia yang empat ekor tu.....dah la masih 100% bergantung pada ibu dia....hmmm.....terus rasa nak terbang balik kampung bawak naufal untuk tolong mak jage ekor-ekor tu semua......kesian....

tiba-tiba rasa nak handphone baru. boleh tak? nak galaxy note.ngehehehehe....

ATIM

masih ingat atim?
sila tekan sini

Alhamdulillah, ada orang sudi jagakan dia sementara.....sesungguhnya aku sangat lega...sebab aku rasa sangat bersalah tiap kali aku keluar dan tinggalkan atim....asyik teringat atim nangis lapar........

lepas raya insyaAllah atim akan kembali dengan aku. sebab aku nak jaga dia terus. cuma waktu sekarang ni tak sesuai untuk aku jaga sendiri...

harap-harap atim selesa dengan keluarga baru, walaupun sementara!

PANAS HATI

mamat...kalau kau tu ayam, dah lama aku sembelih buat sate.....geramnye aku!!!!!!

berani kau berak berpasirkan beras??!!!!

hari ni kau tak boleh masuk rumah...lantak kau......

grrrr.......

*MODE MARAH TERLAMPAU*

AKU DITINGGALKAN LAGI...

baru seminggu lepas, kena tinggal...minggu ni kena tinggal lagi.............sedihnya!!!!!

nasib baik ada mamat perasan kachak tu..ada juga kawan..plus, baby atim yang makin mulat peyotnya....rasa sayang pula nak bagi orang, tapi aku memang tak boleh bela anak kucing buat masa ni...

yelah..2 bulan ni adalah masa kritikal anak kucing, dan juga untuk aku...aku kena kerap check up, kerap keluar untuk beli barang baby, dan maccam-macam lagi...kadang2 aku kesian gak gak atim..sebab masanya lebih banyak dalam cage berbanding luar cage...nak litter trainkan lagi....huhu......

bertabahlah nik!! kalau ditakdirkan atim terus dengan aku, aku akan jaga sebaiknya....

DASAR FANATIK KUCING

shomel kan???shomel kan????? tak tahan tengok terus beli.....hakhakhaktui.....kopak mak....

aku nak beli baju baby...sumpah kaler pink lawa-lawa coraknye...tapi..memandangkan aku tak taw aku ni bawak baby girl ke boy..maka hasrat suci murni itu terpaksa kupendam jauh di lubuk hatiku ini..ecewah!! bahasa nak sastera sangat kan???

lepas ni misi memburu baju sepadan pulak..hahahahahahaha!!

PATUTLAH...

aku rasa aku tahu, kenapa orang lebih suka shout pada mana-mana page animal lover daripada rescue sendiri kucing atau anak kucing terbiar yang sakit....

sebab kalau diorang rescue, diorang cuma akan dapat pujian, paling sadis, bila rescuer ni minta bantuan untuk pelihara/foster kan haiwan tu, ada pula yang boleh kata, 'apa kata awak jaga sendiri?'

kalau rescuer tu tak ada masalah nak jaga, dia tak akan minta bantuan, percayalah. setiap orang ada kesulitan tertentu, yang mungkin kita tak tahu pada masa bantuan diminta. aku yakin, sebab aku dalam situasi tu.

aku ada kesulitan aku sendiri. kesulitan ni buat aku tak mampu, tapi pada masa yang sama, kasihan..

tak perlu ayat penyedap hati..cuma kasihan atim...asyik menyondol nak puting ibu kucing....kesian atim....

TOLONG

baru selamatkan seekor anak yatim yang keseekoran...meraung-raung sambil berjalan terdengkot-dengkot...dua kali jatuh dalam longkang....nak tinggalkan tak sampai hati...bawak balik, memang tak ada yang sudi yang jaga

aku angkut juga masuk kereta. bawa balik, mandikan, bagi susu....

tapi serius, aku memang tak berkemampuan untuk pelihara anak kucing ni, memangdangkan aku dah nak masuk trimester ke-3. kalau aku terbersalin awal, tak ada orang dari family aku boleh jaga anak yatim belum cerai susu ni....

jadi, aku minta sangat, kalau ada dalam kalangan pembaca atau follower blog aku ni pencinta kucing, yang ada ibu kucing yang masih menyusukan anak, atau berpengalaman bottlefeed anak yatim, berada di area yang berdekatan dengan sungai buloh, tolong aku jagakan kucing ni sampai dia bercerai susu...nak angkat trus pun boleh...sebab masa aku berpantang nanti, aku lagi tak mampu nak jaga seorang dan seekor, memandangkan aku hanya seorang dalam perkara ni....

sementara mampu aku boleh foster, tapi tahulah, dah trimester ke-3, bila-bila je boleh terberanak....

aku akan upload gambar anak yatim ni kemudian...

sesiapa berminat boleh pm aku di facebook, atau email aku nuribudakcomel@gmail.com

taknak jaga terus tak apa, lepas aku habis pantang aku ambil balik...

tolongya kawan-kawan....

KUCING OH KUCING

aduhai baby cincau..
kusangkakan kau masih anak dara..
rupanya...
aduhai mamat, berani kau kawen tanpa kebanaran aku ye?
aku tinggal ko sebulan ntok ko berkawan dan merasa jadi kucing kampung sekejap,
sementara aku lepas dari episod "sakit pagipetangsiangmalam" aku tu...

baby cincau disyaki bunting, tapi tak pasti betul bunting ke tak. ikutkan baby cincau masih muda, lebih kurang 7 bulan la kot...harap-harap tak lah.

sekarang dedua ada dengan aku, memandangkan penyakit pagipetangsiangmalam aku dah berlalu.
ada aku kawan nak bergolek kat katil, tunggu depan tandas masa mandi, makan kat dapur masa masak....seronok ada kucing woo...

rugi siapa tak suka kucing.hehe.apapun, tak suka tak apa. jangan benci-benci seksa-seksa sudah.
lalala..

p/s:maaflah. gambar mereka tak dapat di attach di entri ini. internet rumah ni suka dengki pada saya!

SARAPAN

Sarapan aku hari ni roti telur dan teh ais. Pagi-pagi dah minum ais. Gila kan? Bukan apa..saja nak tukar selera.memandangkan aku tidur lena malam tadi. Hehe..dapat katil baru katakan..aku ada cerita menarik semalam. Nak tau tunggu malam nanti. Si Dora mendajal aku hari ni. Netul la beliau ni..kurung kesian. Lepaskan yayak depan pintu..haish.....

WAAA...RINDUNYA NAK TULIS PANJANG-PANJANG!!!!

aku nak tulis panjang-panjang kali ni...sepanjang mana..aku pun tak tahu...hehe..
memang banyak sangat mahu cerita tau..
lebih-lebih lagi aku tak banyak online sepanjang dua minggu ni..

minggu lepas adalah minggu yang....banyak dugaan.banyak habis duit dan macam-macam lagi..
aku rasa aku dah travel dari selatan ke utara, gara-gara mencari benda ini.
i-mobile i note.
menyumpah juga nak cari tapi bila dah dapat, kepuasan yang amat sangat!
nak baca review boleh klik sini.

malamnya pula pergi mengunjungi HERO a.k.a IYO
lewat juga aku dengan adik aku pergi sana.
tapi sebab nak ambil sticker IYO, sampai juga kami ke sana.
(itu pun tersalah jalan juga ><)
iyo yang bad mood(aku selalu datang salah time...><)

ingat tak cerita anak kucing yang aku baru kutip tu?
tekan sini

sekarang mereka sudah tak takut-takut lagi. cuma rangga la yang garang sikit...
tapi sekarang ni..masa aku tengah menaip ni...mereka sedang menyusu dengan rangga..
YESS!!
mulan.muka masih takut..tapi serupa kan mulan dengan model whiskas junior ni?

macan belum ada gambar lagi..sebab masa tu garang sangat...hehe

okeylah..biar aku simpan dulu cerita lain...nanti kamu semua bosan pula nak baca

TATA!!

BUSUK PUNYA ORANG. B***I LAGI WANGI.

maaf lah kalau tajuk entri macam kasar.
tapi aku baru je sampai semenyih ni..bukak internet dan wooo....nampak entri dari meowmania tentang petboarding yang tak bertanggung jawab.
memang C****A punya manusia.

sedih...sampai ada yang mati...mesti yang lain trauma habis....

buat masa ni misi menyelamat masih dijalankan.
aku memang tak dapat buat apa-apa, memandangkan aku seorang.
nak keluar semula bukan dekat semenyih-pj.
dan kucing aku sendiri tengah cuba adapt suasana baru kat semenyih ni..

update terkini boleh jenguk page KTAJ

harap-harap semua berakhir dengan baik...bagi owner yang kehilangan..banyak-banyak bersabar...