Pages

ORYSENSE

Orysense

BAJU RAYA

me on week 36th

baju ni superb selesa! beli dari

BlingBuubies Nursing Wear

PUASA : TURUN DAN TIDAK BERTAMBAH

heh. kalau time nak kurus seronok la berat turun tak mau naik...

tapi kalau time mengandung ni ngeri kalau berat tak naik tau....

sepanjang bulan puasa, berat aku turun 1 kg, dan tak bertambah langsung. aku cuak, tapi nurse-nurse kat klinik relaks je, tak bebel-bebel, jadi aku beranggapan semua okey.

raya berat aku naik 2 kg. cuma bertambah 0.1 kg dalam masa 7 hari.

yang buat aku cuak bukan berat aku. berat baby aku ni.....

okey, aku dah scan masa 31 minggu, doc cakap baby besar, berat 2.1 kg. tapi scan lagi sekali masa minggu 37, baby kecik dengan berat 2.3 kg?? aku dah mula cuak. 0.2kg je naik dalam masa 5 minggu? biar betul?

sepatutnya dalam berat baby dah mencecah 2.8 kg, ataupun paling tak 2.5 kg lah kan...

ya..aku cuak. takkan sebab aku tak bertambah berat, maka baby pun tak berat?

aku memang kurang makan nasi sepanjang mengandung, kadang-kadang skip minum susu...lagi-lagi aku selalu sendiri kat rumah...dah la bulan puasa hari tu aku stress sangat..lagi la aku hilang selera makan. aku pernah aje sahur dan berbuka dengan kurma dan air kosong je. selama seminggu...sian anak aku...

pada masa tak stress pulak, aku cuma makan roti, susu, mestum, kurma. itu kalau sendiri. kalau encik suami ada baru aku masak...

bila aku cakap kat mak aku aku risau baby ni ringan mak aku boleh relaks je..siap cakap aku ni fikir banyak sangat.. =.="

aku sangat berharap mesin tu salah...bukan la aku berharap baby besar 3-4 kg...tapi aku nak dia sihat dan bertumbuh(?) sesuai usia...

ada sesiapa ada masalah macam ni tak?

p/s : aku kena qada puasa 2 hari

MENGHARAP KESAKITAN ITU CEPAT DATANG

lama tak hapdet kisah mak yong...ngehehehe....saja nak tulis sementara ada idea ni...

kenapa aku nak sakit? sakit apa yang aku nak?

aku nak cepat sakit bersalin. sebenarnya, kira-kira 2 minggu sebelum raya, aku ada turun tanda. sikit lendir bercampur darah. tapi setakat itu ajelah. tak disertai lain-lain tanda dah selepas tu. masa pergi klinik, nurse bagitau aku, tak ada apa-apa kalau tak keluar air ketuban. jadi aku tak perlu risau.

tapi selepas turun tanda yang sedikit tu, aku selalu sakit perut. asyik nak ke tandas. sakit di bahagian ari-ari jangan cakap...sakit pinggang lagi..sampai aku ingat aku dah sampai masa nak bersalin, padahal masa tu aku baru 34 minggu.

sekarang aku dah masuk 37 minggu. tapi masih belum bersalin. aku dah buat macam-macam untuk cepatkan bersalin. berjalan, telan air nanas, buat kerja rumah(mana terdayalah, sebab tak tahan sakit belakang yang mencucuk), tapi langsung tak berkesan.

ironinya, kawan aku yang tak pernah ada sakit belakang, or even false alarm pun, dah bersalin dulu dari aku...(aku dan dia sama-sama usia kandungan okey.)

sebab tu, aku yang asyik merasa sakit bersalin tipu ni, sangat berharap sakit bersalin sebenar cepat datang..sebab walaupun tipu-tipu punya, sakit tau!

doakan aku cepat-cepat sakit bersalin. selamat bersalin secara normal.

HIJAB

ayat di bawah bukannya ayat yang saya karang sendiri. tapi, ada kebenarannya.

"Before you go on and spread around that this is not the correct hijjab, take a look at the surrounding. Not every muslims wear hijab. At least she wears hijab, and covers her aurat.

She also inspires the teens to wear it, and she proves that islam is a simple religion and it's not strictly or plain boring. Unless every muslim around wears hijab, then you can start contrasting which is the right kind of hijab and which is not :)"
jadi, beri tunjuk ajar dengan baik kepada gadis-gadis muslim yang baru mula berjinak-jinak dengan hijab, ajar cara yang betul untuk mentup apa yang terdedah dan pada masa yang sama, jangan terlalu mengkritik dengan kejam apa yang salah. sebelum sibuk membetulkan orang lain, muhasabah diri, dan pastikan diri sendiri juga berjalan dengan betul.

p/s: aurat bukan hanya untuk perempuan. LELAKI pun kena beringat!

CENGENG

aku kuat menangis sekarang.

sikit-sikit nangis.

selalunya sebab rindu. rindu encik suami. sangat tak sama perasaan rindu tu semasa bercinta sebelum kawen dulu.

hanya dapat beraya empat hari bersama encik suami. sedihnya nak lepaskan encik suami balik ke sungai buloh tadi. mungkin sebab agak  tiba-tiba....patut balik malam, tapi tiba-tiba balik sebelum zuhur. dan aku seperti tak sedia lagi nak berjauhan kembali dengan encik suami.

anakku, cepatlah tengok dunia...nanti boleh cepat-cepat jumpa ayah lagi..!

ROTI YANG SEDAP LAGI SIHAT



sedap gak roti ni. lembut ala-ala roti putih, pada masa yang sama berserat. cubalah!

NAK SENANG BERSALIN

Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Nor ada amalkan semasa mengandung anak pertama.  Alhamdulillah mudah bersalin.

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan


2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan.  Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.


3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan


4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri


5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.


6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.


7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :).  Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan.  Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.


8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi.  Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.


9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.


10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor.  Salah satunya seperti di bawah :


1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran. 
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .  

entri dipetik dari http://www.norazizah.org/2012/04/10-cara-mudah-bersalin-normal.html

p/s: yang aku highligt tu la yang paling aku tak dapat sekarang...

::MAKAN SEDAP:: MASAK SELON YANG SEDAP! AUM!

semalam. aku masak daging masak selon untuk kali pertama. teringin sangat nak makan. nak tunggu raya lambat sangat. takut tak sempat pula nak makan nanti...hehehehe...maka aku pun tanpa berlengah tepon mak aku, nak resipi(nampak sangat jarang ke dapur tengok mak masak..hehe)

masak selon ni rupanya lebih kurang macam masak kicap, tapi lebih pedas dan kaw! sangat sedap dimakan bersama nasi impit, nasi lemak, roti mahupun nasi putih biasa. nak ratah pun boleh. hehe...okeylah. makanan sedap haruslah dikongsi bersama kan???? maaf tiada gambar, sebab lauk tu habis menjelang tengah malam. encik suami pun kata mabeles!! kembang hati ai...

bahan-bahan:
  1. serbuk ketumbar - 2 sudu
  2. serbuk cili - 2 sudu(kalau tak suka pedas 1 sudu pun cukup)
  3. serbuk kari - 1 sudu
  4. serbuk jintan manis - 1 sudu (bancuh bahan 1-4)
  5. kayu manis
  6. bunga lawang - 1 kuntum kecil
  7. cengkih - 3
  8. buah pelaga - 3
  9. daun kari
  10. bawang putih - 2 ulas
  11. bawang merah - 5 ulas (hiris bahan 10 dan 11)
  12. bawang besar - 1 labu
  13. halia - 1/2 inci (kisar bahan 12 dan 13)
daging atau ayam perap dulu dalam kicap manis. kuantiti daging atau ayam terpulang la korang nak banyak mana. kalau buat banyak, bahan-bahan di atas boleh ditambah atau dikurangkan kuantitinya mengikut selera korang.

cara masak:
  1. tumis bahan 5 - 11 sampai naik bau wangi.
  2. lepas tu masukkan bahan 12 - 13. tumis lagi sampai wangi gak.
  3. bila dah wangi, masukkan bahan 1-4.tumis sampai naik minyak
  4. masukkan daging atau ayam yang sudah diperap dengan kicap. kacau-kacau biar sebati dengan bahan tumisan. tutup kuali dan biarkan daging masak. kalau perlu tambah sikit air supaya bahan tak hangus dengan cepat okey.
  5. agak-agak daging dah masak, tambah air untuk banyakkan kuah ikut suka hati korang lah. biarkan mendidih, baru tambah garam secukup rasa. jangan bubuh garam awal-awal kalau masak daging okey. nanti daging tu jadi liat.
bila dah siap, boleh la hidangkan.senang je kan? cuba lah buat.

p/s:bagi aku selon daging lebih sedap dari selon ayam!

SAKIT BELAKANG KIRI DAN KANAN

mengandung sangat mencabar. sangat menguji kekuatan dan kesabaran seorang wanita.

macam-macam kesakitan, ketakselesaan dan macam-macam 'ke' lagi yang mesti ditanggung bakal ibu ni. tak kira la mengandung kali ke-berapa pun. sebab tu agaknya Allah jadikan wanita yang mengandung, sebab wanita lebih gagah menahan kesakitan..kot?

macam aku sekarang. aku dalam situasi yang serba-serbi tak kena. bila duduk susah nak bangun. bila berbaring, susah nak bernafas. bila mengiring, aku rasa macam paru-paru terhimpit oleh tulang rusuk+pinggul pun jadi sakit. jadi setiap beberapa minit aku kena ubah posisi tidur. ya..aku tak mendapat tidur yang tenang.

sungguh mencabar kan? lagi-lagi untuk light sleeper macam aku ni...tapi aku cuma boleh bersyukur, sebab setiap kesakitan ada ganjaran pahalanya. dan anggap sahaja gangguan sekarang adalah latihan untuk menjaga kerenah anak yang tentu lebih mencabar.

kadang-kadang aku harap sangat cepat la anak aku tengok dunia, sebab aku tak sabar nak peluk cium anak yang tengah beradu dalam rahim aku ni. tapi, biarlah pada masa dia cukup kuat untuk hidup di luar rahim.

perut semakin berat. pinggang pun sakit semakin kerap....haish....kan best kalau ada kerusi urut?