lama tak hapdet kisah mak yong...ngehehehe....saja nak tulis sementara ada idea ni...
kenapa aku nak sakit? sakit apa yang aku nak?
aku nak cepat sakit bersalin. sebenarnya, kira-kira 2 minggu sebelum raya, aku ada turun tanda. sikit lendir bercampur darah. tapi setakat itu ajelah. tak disertai lain-lain tanda dah selepas tu. masa pergi klinik, nurse bagitau aku, tak ada apa-apa kalau tak keluar air ketuban. jadi aku tak perlu risau.
tapi selepas turun tanda yang sedikit tu, aku selalu sakit perut. asyik nak ke tandas. sakit di bahagian ari-ari jangan cakap...sakit pinggang lagi..sampai aku ingat aku dah sampai masa nak bersalin, padahal masa tu aku baru 34 minggu.
sekarang aku dah masuk 37 minggu. tapi masih belum bersalin. aku dah buat macam-macam untuk cepatkan bersalin. berjalan, telan air nanas, buat kerja rumah(mana terdayalah, sebab tak tahan sakit belakang yang mencucuk), tapi langsung tak berkesan.
ironinya, kawan aku yang tak pernah ada sakit belakang, or even false alarm pun, dah bersalin dulu dari aku...(aku dan dia sama-sama usia kandungan okey.)
sebab tu, aku yang asyik merasa sakit bersalin tipu ni, sangat berharap sakit bersalin sebenar cepat datang..sebab walaupun tipu-tipu punya, sakit tau!
doakan aku cepat-cepat sakit bersalin. selamat bersalin secara normal.
4 comments:
dla dlu pun ade lendir+darah sket..dlm seminggu lebih lepas tu bru bersalin.
@Mrs. Amad, nik da lebih sebulan..dlm sebulan ni asyik mild contraction, tapi tak lama. mb dlm 5-30 sec setiap kali sakit...tapi tak beranak-beranak pong...seksa gak..
Tak apalah, Salhah. Bersalin awal banyak cabaran. Baby tak kuat, mudah sakit. Saya secara peribadi lebih mendoakan awak bersalin cukup bulan. Keluar-keluar, baby dah gemuk. Senang nak jaga. Berkuat tau!
@Husna Adnan, dah cukup bulan dah.. :)
Post a Comment