Pages

ORYSENSE

Orysense

DIARI HOSPITAL

kali ni aku tak mau cerita secara kronologi.

macam yang kamu semua tahu, aku dah selamat melahirkan baby secara normal 8/9/2012 hari tu. tapi berat baby kurang. cuma 2.4 kg je.

selama dalam labour room, macam-macam perasaan aku. teruja, tak sabar, dan takut. mana tak takut. sebelum aku disorong masuk, ada seorang ibu nak bersalin ni sampai menjerit kaw-kaw punya. jerit macam dalam cerita seram tu la...seriau aku. meleleh air mata aku...serius. masa tu rasa aku nak bangun dan lari dari labour room. hahaha....

tapi alhamdulillah, walaupun aku hampir kehabisan tenaga dan nyaris tertidur, semuanya selamat. cuma kepala baby panjang sikit sebab lama sangat tersekat. padahal masa tu staff nurse tu dah tarik tangan aku rasa kepala baby, untuk tambah semangat aku.

bila selesai, aku disorong ke wad. tengah malam sikit, nurse kejutkan, suruh bf baby. lepas tu dia cakap, kalau boleh, cuba bangun jalan perlahan-lahan keliling katil. aku angguk je...tak lama lepas tu aku cuba duduk..tapi sangat susah nak angkat badan. kepala rasa sejuk je..setelah bersusah payah, dapat juga duduk berjuntai kaki. bila cuba berdiri...alamak duniaku gelap! nasib baik tak jatuh..akhirnya aku baring semula..muka, telinga, bibir rasa beku je.....

subuh tu nurse tanya aku ada kencing tak...aku geleng je. aku cakap aku tak boleh bangun. gelap bila bangun. walaupun dah 3 kali mencuba. akhirnya aku disorong ke tandas dengan wheel chair. selesai urusan, balik ke katil. tak lama lepas tu doktor datang ambil darah.

rupanya aku hilang darah banyak masa bersalin. hb aku tinggal 6.6. kena tahan terus. tak boleh discaj. baby pun pagi-pagi di bawa naik ke wad baby. jangkitan kuman sebab pecah ketuban awal. kena masuk antibiotik. sian baby. aku pun kesian gak. kena masuk 2 beg darah. tangan bengkak-bengkak kena cucuk. tak larat nak susukan baby. terpaksa lah aku relakan dulu baby aku disuap fm.

aku 3 hari dalam wad. baby 4 hari. hari ke-4 tu discaj. ceh...dengan gembira balik rumah..

esoknya pergi klinik untuk periksa kuning baby. bacaan 11 lebih. kena buat ulangan esoknya. esoknya kuningnya naik lagi. 15.1. kena pergi hospital balik.. :'( aku dengan baby tak sama kumpulan darah. tu yang kuning susah nak turun. petang pergi hospital. duduk bawah lampu. ambil darah. kena tahan 1 malam. baru balik kena tahan balik. benci betul. mujur, cuma satu malam. esoknya boleh balik.

esoknya tu lah aku kena rengat. sakit sangat. sampai menangis-nangis. terpaksa bertahan..nasib baik rengat tu selepas semuanya selesai. kalau tak aku tak tau macam mana nak menempuh hari yang sangat panjang kat hospital.

DIARI BERSALIN

7/9/2012
5.50 pagi : pecah ketuban. panggil mak. pakai pad. mak masih selamba masak sarapan. hahaha...

9.00 pagi :  baru pergi hospital. itu pun tak terus daftar masuk dewan bersalin. sebab tak ada sakit-sakit lagi. sempat juga buang air besar(uuu tu pun nak cerita..)

12.45 petang : pergi ke rumah pak long. adik nak sembahyang jumaat. baju dengan kain dah basah.

3.00 petang : check in hotel bersalin. bukaan masih 2 cm. masuk balik wad GA.

8/9/2012
5.30 pagi : transfer lagi ke wad bersalin tahap 1.

6.50 pagi : kena masuk ubat prostin untuk bantu bukaan. kena berbaring satu jam tanpa bangun.

8.00 pagi : ctg. mula rasa sakit-sakit. tapi tak la teruk sangat.

1.00 petang : sakit berkurangan.

2.30 petang : bukaan 3 cm. masuk oxy(tulisan yang aku nampak pada botol drip).

5.30 petang : ditolak masuk bilik jeritan kesakitan(bilik bersalin 2nd stage). satart pukul ni mula ada rasa sakit mencucuk-cucuk. rasa nak terkencing. nurse cakap kencing je kat atas katil tu. aku pun kencing. sakit tu datang lagi. kali ni rasa nak kencing dengan berak sekali. tapi serius. sangat sakit. tapi aku masih bertahan. mulut tak berhenti baca doa nabi yunus.

6.20 petang : sakit maha dahsyat. dua orang doktor cuba encourage aku nak meneran. beberapa kali mencuba, tapi gagal. tukar doktor lain pula. tetap gagal. aku disuruh mengiring. masyaallah...sakitnya...memang boleh tercabut nyawa lah setiap kali sakit bersalin tu datang. orang sebelah menyebelah seorang demi seorang berjaya dalam perjuangan mereka.

7.30 malam : kali ni nurse dan doktor cuba encourage. masa ni aku dah betul-betul kehabisan daya. aku redha je macam mana pun anak aku mesti keluar. hati aku menangis setiap kali mendengar provokasi staff nurse, aku lebih pentingkan tak larat aku dari anak...tapi sungguh..aku memang dah sangat-sangat tak berdaya. nyaris tertidur lagi. dengan haus lagi..akhirnya, tugas diambil alih oleh doktor shaggy(gelaran). dia sangat kuat!

8.05 malam : akhirnya, selepas berhempas pulas dengan tenaga terakhir yang aku ada, dapat juga aku mendengar tangisan halus anak lelaki yang aku kandung selama 38 minggu. kecil sahaja bayi aku. terasa mahu sahaja sujud syukur di situ, kalau aku mampu. kengerian tak berakhir dengan satu kelahiran. aku dengar doktor cakap miss v aku dah serupa tau fu fa. macam fragile gila bunyi. macam koyak dahsyat je.....kena jahit banyak sangat....

10.00 malam : akhirnya aku dipindahkan ke wad post natal. mata sangat mengantuk. kepala sangat pening. entah apa yang mak aku pesan aku pun tak tahu. namun aku nampak anak aku di azan dan iqamat oleh encik suami. selepas tu aku cuma mahu tidur.

p/s : nanti aku sambung cerita aku di wad pula.sekarang cuma mahu berehat. aku cuma nak mengabadikan pengalaman aku melahirkan anak sulung di sini. jumpa lagi!

SELEPAS EMPAT HARI

sangat lama tak online.

sangat lama tak bukak email.

sangat lama tak bukak blog.

sampai aku kena ambil masa 2jam nak tau cerita-cerita dalam blog ni. hahaha.....

semua ni gara-gara kena tahan dalam wad lah.....

hahahaha.....