Pages

ORYSENSE

Orysense

DIARI HOSPITAL

kali ni aku tak mau cerita secara kronologi.

macam yang kamu semua tahu, aku dah selamat melahirkan baby secara normal 8/9/2012 hari tu. tapi berat baby kurang. cuma 2.4 kg je.

selama dalam labour room, macam-macam perasaan aku. teruja, tak sabar, dan takut. mana tak takut. sebelum aku disorong masuk, ada seorang ibu nak bersalin ni sampai menjerit kaw-kaw punya. jerit macam dalam cerita seram tu la...seriau aku. meleleh air mata aku...serius. masa tu rasa aku nak bangun dan lari dari labour room. hahaha....

tapi alhamdulillah, walaupun aku hampir kehabisan tenaga dan nyaris tertidur, semuanya selamat. cuma kepala baby panjang sikit sebab lama sangat tersekat. padahal masa tu staff nurse tu dah tarik tangan aku rasa kepala baby, untuk tambah semangat aku.

bila selesai, aku disorong ke wad. tengah malam sikit, nurse kejutkan, suruh bf baby. lepas tu dia cakap, kalau boleh, cuba bangun jalan perlahan-lahan keliling katil. aku angguk je...tak lama lepas tu aku cuba duduk..tapi sangat susah nak angkat badan. kepala rasa sejuk je..setelah bersusah payah, dapat juga duduk berjuntai kaki. bila cuba berdiri...alamak duniaku gelap! nasib baik tak jatuh..akhirnya aku baring semula..muka, telinga, bibir rasa beku je.....

subuh tu nurse tanya aku ada kencing tak...aku geleng je. aku cakap aku tak boleh bangun. gelap bila bangun. walaupun dah 3 kali mencuba. akhirnya aku disorong ke tandas dengan wheel chair. selesai urusan, balik ke katil. tak lama lepas tu doktor datang ambil darah.

rupanya aku hilang darah banyak masa bersalin. hb aku tinggal 6.6. kena tahan terus. tak boleh discaj. baby pun pagi-pagi di bawa naik ke wad baby. jangkitan kuman sebab pecah ketuban awal. kena masuk antibiotik. sian baby. aku pun kesian gak. kena masuk 2 beg darah. tangan bengkak-bengkak kena cucuk. tak larat nak susukan baby. terpaksa lah aku relakan dulu baby aku disuap fm.

aku 3 hari dalam wad. baby 4 hari. hari ke-4 tu discaj. ceh...dengan gembira balik rumah..

esoknya pergi klinik untuk periksa kuning baby. bacaan 11 lebih. kena buat ulangan esoknya. esoknya kuningnya naik lagi. 15.1. kena pergi hospital balik.. :'( aku dengan baby tak sama kumpulan darah. tu yang kuning susah nak turun. petang pergi hospital. duduk bawah lampu. ambil darah. kena tahan 1 malam. baru balik kena tahan balik. benci betul. mujur, cuma satu malam. esoknya boleh balik.

esoknya tu lah aku kena rengat. sakit sangat. sampai menangis-nangis. terpaksa bertahan..nasib baik rengat tu selepas semuanya selesai. kalau tak aku tak tau macam mana nak menempuh hari yang sangat panjang kat hospital.

5 comments:

Nisa Fuzi said...

meremang baca entri ni. susahnya jadi ibu :(

cik chinta said...

rengat tu apa?

Unknown said...

rengat tu sakit macam senggugut, tapi lebih lagi tahap sakitnye.org biasa panggil batu merian.

memang susah jadi mak.hahaha

Husna Adnan said...

Rengat ni macam bentan ke? Kedengaran sakit di situ, uhuhu. Alhamdulillah semua dah selesai kan. Sekarang berat baby dah berapa? ^_^

Unknown said...

@Husna Adnan,entah la pula. tapi sakit rengat tu sebab rahim nak kecut. darah yang turun tu pula berketul. memang boleh rasa masa darah tu nak keluar dari rahim..meleleh je air mata masa dukung baby sebab sakit sangat. berat baby turun pula. tinggal 2.1kg je..