Pages

ORYSENSE

Orysense

UNTUK BAKAL IBU : APA YANG PERLU?

entri kali ni, aku tulis berdasarkan pengalaman aku sendiri. harap-harap boleh menjadi panduan untuk bakal ibu di luar sana ya!

aku yakin, setiap pasangan akan sangat teruja bila dikhabarkan bakal menimang cahaya mata...lagi-lagi yang kali pertama nak dapat anak. aku tak terkecuali. mula lah merancang nak beli itu ini...itu ini tu pulak mesti semua untuk anak. betul tak? selalu bakal ibu ni terlupa persiapan untuk diri sendiri. aku pun sama...kuikuikui....jadi, walaupun aku dah selamat dapat anak, aku tetap nak kongsi, persiapan bagaimana yang patut bakal ibu buat bagi menyambut anak yang bakal lahir. (ini mengikut pendapat dan pengalaman aku sendiri)

1. barang bayi
bagi yang menimang anak sulung, memang teruja nak beli baju, katil, mainan, dan macam-macam lagi...TAPI..kalau korang ada adik beradik yang dah ada anak, mesti diorang masih simpan stok baju bayi yang banyak. MAKA, berkongsi adalah lebih baik. kenapa? bayi adalah sangat cepat membesar. jadi buat apalah korang beli baju newborn banyak-banyak....korang bukan nak keluar merayap pun masa berpantang kan...habis jauh pun mungkin pergi hospital/klinik. bukan tak boleh beli..cuma tak perlu beli banyak...2-3 helai pun cukup, untuk puaskan hati sendiri dapat anak, apa salahnya kan? pakaian lama-lama anak saudara korang tu kan boleh pakai? tapi bagi pasangan yang tak ada anak saudara, memang korang kena beli agak banyak, tapi berpada-pada, okey?

baju/seluar : beli yang boleh guna untuk 3bulan pertama. beli yang uniseks punya tau. jangan spesifik 1 gender je.

barut : pada aku, buat sendiri lagi bagus. sebab barut-barut yang ada dalam pasaran sekarang ni semua untuk bayi 3kg punya...kalau bayi kecik...pilihan bertali atau velcro terpulang. kalau anak tak meragam sangat okeyla guna. kalau meragam banyak macam Muhammad Naufal, baik pakai velcro. kalau korang buat sendiri yang velcro tu, lebihkan sikit kain pelekat tu, kot-kot bayi korang kecik la.

lampin : err..kalau dah ada yang anak saudara punya, tak payah beli. kalau tak ada beli 2 pek pun dah lebih dari cukup. selalunya lampin ni pakai untuk bedung je pun. kalau korang dapat bayi yang cukup berat, mungkin tempoh berbedung tu singkat je, tapi kalau bayi kurang berat, mungkin tempoh bedung agak lama sikit. sebab bayi kurng berat ni kurang lemak. jadi kena sentiasa dalam keadaan hangat selalu, macam anak aku lah. dia masih lagi dalam kategori kurang berat badan. jadi, beliau sangat suka dibedunng! hihi..

okey. aku cuma bagi contoh 3 perkara wajib tu je. yang lain kalau nak senaraikan sangat banyak..nanti penat pula aku nak menaip...apapun, biar bersederhana. jangan terlalu ghairah sampaii perancangan kenduri cukur jambul pun dah siap-siap rancang. kita tak pernah tau akn berlaku kemudian...

2. persiapan berpantang

okey. yang pertama sekali yang korang kena fikir ialah, di mana nak bersalin? hospital kerajaan atau swasta? lepastu di mana korang nak berpantang? di kampung halaman terchenta atau di rumah sendiri kat bandar? ada beza ke persiapannya? mesti ada.

hospital swasta : mungkin senarai barang yang korang kena bawak akan jadi banyak, aku tak pasti. orang yang berkemampuan pasti tak ragu-ragu memilih hospital swasta sebab boleh pilih doktor, servis pun bagus, kan? aku tak tahu, sebab aku bersalin kat hospital kerajaan.

hospital kerajaan : korang kena pilih hospital yang dah beroperasi agak lama, contoh macam HKL la...sebab kakitangannya banyak yang berpengalaman. ini apa yang aku dengar di nurse-nurse kat klinik tempat aku berulang bawak naufal tsb. yang best hospital kerajaan ni, beg bersalin korang akan jadi sangat minima isinya, sebab, korang tak payah bawa baju. korang cuma kena bawa barang asas macam toiletteries, pakaian dalam, tudung(bagi yang bertudung), makanan, air sedap mengikut citarasa, dan peralatan makan minum. oh..dan jangan lupa bawak breast pump, kot-kot korang kena tahan dalam wad yang berasingan dengan bayi korang.

kalau dapat, beli dan bawalah PELVIC BINDER atau BENGKUNG VELCRO untuk korang pakai masa discaj dari wad. pelvic binder ni dipakai kat bahagian pinggul, supaya bahagian tu jadi rapat dan boleh menahan peranakan korang dari turun. kalau guna cara tradisi, ikat bahagian pinggul tu dengan kain yang panjang sikit. jadi korang akan lebih yakin sikit nak berjalan nanti.

kampung : kalau kampung korang tu memang kampung, senang nak dapat daun-daun herba mandian, korang tak payah bazir duit beli set bersalin mahal-mahal. percuma boleh dapat keliling rumah. kalau nak beli pun, baik korang beli ubat yang boleh kasi senang buang air. hohoho..kalau rumah kat kampung tak ada tandas duduk, korang boleh beli kerusi tandas kat farmasi okey. amaran, jangan mencangkung semasa berpantang kalau tak nak peranakan turun. aku sampai sekarang tak berani mencangkung.

rumah sendiri : kalau korang berpantang sendiri, bolehla timbang-timbangkan beli set bersalin yang banyak kat pasaran sekarang. kalau banyak duit, bolehlah upah confinement lady datang umah korang.

korang kena ikut amalan berpantang tu dengan penuh disiplin tau. jangan macam aku ni...kalau korang jenis tak berapa nak rajin sangat, korang jangan beli bengkung tali-tali mahupun lilit-lilit yang panjang susah nak buka tu. pakai je bengkung velcro atau nak lagi canggih, pakai je corset. pastikan pilih yang senang korang nak pakai dan tanggal, sebab korang mesti la tak mau kelam kabut nak ke tandas kan? tu pasal aku tak berapa berbengkung. kadang tu tengah ikat-ikat anak nangislah, tiba-tiba nak terkucillah...haish...nasib baik anak aku kuat ngempeng, ramping juga perut aku(walaupun tak sampai flat pun)...lepasni aku nak kumpul duit beli pakaian dalam pembentuk badan..

jadi, itu je lah yang aku boleh kongsikan setakat ni. jadi entri ini, bukan sahaja untuk bakal ibu, malah sebagai peringatan juga untuk diri sendiri. harap-harap dapat membantu!

p/s: lepas ni entri pasal anak jela kot..huwee..huwee..huwee....

No comments: