kecoh dua hari ni pasal maid indo yang dera anak bos dia......
serius perbuatan maid tu aku sangat-sangat tak boleh terima. baby lagi...baru 4 bulan...apa salah dia??!! kalau tak boleh kerja jangan menyibuk datang kerja! pergi balik!! kurang ajar punya orang!
baby 4 bulan..kecil lagi...dilambung-lambung, macam bola, some say roti canai...aku tak boleh tengok video tu lama-lama. aku jadi sangat marah, serius marah sampai tergigil-gigil menahan marah...
benda-benda macam ni la yang buat aku berat hati nak kerja. takut nak serah naufal dijaga orang lain. aku tak kaya nak pasang cctv dalam rumah untuk monitor apa maid buat pada anak aku..
redha je lah tak berapa berduit sementara ni. asalkan hati rasa aman melihat naufal depan mata selalu.
harapnya, maid tu kena hukum kaw-kaw, rayuan ditolak, dan di ban masuk malaysia selama-lamanya!
p/s: aku tak mahu share video tu..nak tengok cari sendiri.........
2 comments:
Sakit hati tengok....gggrr..
tu lah....saya pun..marah sangat!!grrrr
Post a Comment