ramai yang cakap kat aku rugi aku tak kerja sebab aku ada ijazah.
.........
tak terkata apa-apa. rugi ke? kalau niat belajar tinggi-tinggi tu sekadar nak dapat gaji tinggi, memang rugi la kot tak kerja kan.
tapi niat aku belajar sebab aku nak ilmu. pengalaman belajar.
ada ijazah pun bukan tiket untuk dapat gaji tinggi. aku dulu kerja dtp artist / graphic designer / kerani / penyambut tetamu / penjawab telefon pun tak dapat gaji tinggi pun. cukup-cukup hidup sebulan(termasuk menyara rangga anak beranak masa tu).
masa mengandung 3 bulan aku berhenti kerja. konon nak kerja balik lepas bersalin.
realitinya sampai sekarang aku belum bekerja semula.
takut nak kerja semula. bukan tak yakin diri. tapi aku takut aku akan serahkan naufal kepada orang yang salah. realiti dunia sekarang sangat menakutkan aku sebagai seorang ibu.
mak aku cakap kat aku, "kalau asyik terkenang anak je memang tak kerja la mak".
situasi mak aku lain. dia bekerja dengan kerajaan. dan kami adik beradik dijaga oleh mak saudara kami sendiri.
tapi, menjadi orang pertama menyaksikan perkembangan anak depan mata adalah sangat bahagia! adakah itu dikira rugi? mendidik sendiri anak, adakah itu dikira rugi? menjadi suri bukan sahaja di hati suami, tapi kepada anak, adakah aku masih rugi punya ijazah tapi tidak bekerja?
paling penting..ADAKAH JAWATAN SURI RUMAH ITU HANYA LAYAK DISANDANG OLEH MEREKA YANG TIDAK PUNYA IJAZAH ATAU PENDIDIKAN YANG TINGGI?
serius kalau ada yang jawab ya, mungkin minda korang tak cukup terbuka. aduii...aku membebel lagi. okeylah. babai.
p/s : masih ragu-ragu.mahu kerja, mahu pegang duit sendiri. tapi kemahuan melihat dan mengasuh sendiri anak lebih besar.
No comments:
Post a Comment