Pages

ORYSENSE

Orysense

GWIYOMI

Aku tau pasal gwiyomi ni lambat kot daripada orang lain. Lepas tu aku terus tengok youtube. Ramai pulak yang buat video gwiyomi ni. Selebriti, orang biasa, lelaki perempuan ramai-ramai buat...ahaha...kalau yang comel tu memang comel lah.

Lepas tu aku wiki gwiyomi ni untuk memahami maksud asal gwiyomi ni. Jadi mari menambah pengetahuan.
Berdasarkan The Bangkok Post, "Gwiyomi" atau "Kiyomi" adalah slanga Korea yang digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang comel.[1] The lyrics of the song can be interpreted as "1 + 1 = Cutie, 2 + 2 = Cutie", etc.[1]
Gwiyomi (귀요미) berdasarkan kata sifat "gwiyeo-un" (귀여운), dimana ianya bermaksud comel. Gwiyeo merangkumi maksud kecomelannya, dan "-un" adalah satu bentuk konjugasi diubah bagi setiap penggunaan yang dimaksudkan. Berakhir dengan kata sifat "-mi" (-미) mempunyai kesan yang mencerminkan kata sifat, dan dengan itu mengubah perkataan kepada kata nama. Oleh itu, "gwiyomi" bermaksud orang yang comel.
Asal-usul gerakan gwiyomi pula diilhamkan oleh Jung Ilhoonyang ahli BtoB yang membawa kepada "pertempuran kecomelan" dalam kalangan selebriti korea yang lain dalam siri game show.

Oh....jadi kalau kita terjemahkan cara pengiraan gwiyomi ni dalam Bahasa Melayu......

1+1=comelnya
2+2=comelnya
3+3=comelnya
4+4=comelnya
5+5=comelnya
6+6=comelnyaaa!!!!!!!!!!!!!!!

Erk..apakah????? Nampaknya che'gu matematik akan pening kepala lah....XDD



p/s: atau che'gu matematik terpaksa menjadi pemain gwiyomi supaya anak murid suka matematik. erk...pengsannn............

SINETRON

Aku selalu marah-marah kalau menonton sinetron. Terasa naik darah tinggi. Hahaha....tapi betul kok....aku rasa macam...kenapalah "pandai" sangat penulis skrip sinetron ni? Babak yang sepatutnya mudah, jadi complicated. Grrrrr..

Lagi-lagi sinetron Anugerah. Sudahlah panjang berjela episodnya. Logiknya juga makin hilang. Balik-balik budak tu kena culik. balik-balik Si Nabila kena culik. Lepas tu rumah orang kaya yang besar-besar tu seolah-olah tak ada pintu sebab watak antagonis senang-senang masuk tanpa ada ada kerosakan atau kesan pecah masuk sedangkan protagonis pula terpaksa susah-susah pecahkan tingkap nak masuk rumah sendiri untuk selamatkan protagonis yang lain. Padahal solusi masalah tu senang aje pun. Upah pengawal keselamatan kat pagar rumah, dapatkan kawalan polis atau pasang je pintu besi ala-ala pintu rumah spongebob seluar empat segi tu....Sinetron selalu membuat polis nampak tak ada fungsi langsung dalam kehidupan...

Dah tau tak suka kenapa tengok? -mesti korang fikir macam ayat yang kat sebelah tu kan? Hihihi.....

Aku isi masa lapang aje pun..sambil komplen-komplen apa yang patut. Cuma aku rasa sesebuah drama bersiri tu tak perlu terlalu panjang episodnya. Sebab semakin panjang drama, semakin merapu dan tunggang langgang hingga hilang lojiknya.

p/s: aku suka drama kerana lelaki itu di tv9. malam ni episod akhir. ceritanya mungkin tak sweet macam yang majoriti orang suka tengok sekarang. Tapi aku suka.

TANGKI NAJIS MELETUP, DUA BERANAK CEDERA

ALOR GAJAH – Tindakan dua beranak membersihkan tangki najis menggunakan karbait mengundang padah apabila tangki itu meletup dalam satu kejadian di sebuah taman perumahan di Masjid Tanah, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu mangsa, Zakuan Syahmi Zaili, 9, melecur seluruh muka manakala ibunya, Surani Jayali, 48, cedera di muka akibat terkena api yang menyambar.
Jirannya yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, Zakuan Syahmi mencampakkan karbait ke dalam tangki terbabit dan ketika membuka penutupnya gas karbait menyambar api pada gulungan kertas di tangan ibunya yang baru dinyalakan.
-laporan penuh klik sini

Woa..kasihan budak yang melecur tu....semoga beliau cepat sembuh......

Sebenarnya keluarga aku pernah mengalami kejadian yang agak mirip dengan kejadian di atas. Bezanya, adik aku melecur sebab tin penyembur aerosol meletup dan api menyambar muka adik aku. Kisahnya, adik-adik aku sedang membakar sampah di belakang rumah. dan Mereka ni tak perasan ada ridsect dalam bungkusan sampah tu. Aku tak pasti situasi sebenar, tapi memang satu rumah terkejut dengar bunyi letupan yang sangat kuat, dan suara adik aku yang mase tu darjah 3 atau 4 (rasanya) menangis. Aku pun tak ingat berapa lama dia kena wad..tapi sangat kesian tengok kulit dia melepuh dan bernanah.

Kesimpulannya, berhati-hati masa menjalankan kegiatan bersih-bersih ni...malang tak berbau...

p/s: Korang pernah dengar tak, dalam islam, kita dilarang sama sekali membakar makhluk hidup yang lain. Yang berhak hanya Allah...aku tak pasti tahun bila aku pernah baca kenyataan tu. Jadi kalau aku khilaf tegur dengan berhemah tau.

BLENDER OH BLENDER PART II


Setelah lama berfikir-fikir, akhirnya dapat juga aku blender sendiri....yang aku beli sendiri. Blender sebelum ni mak yang bagi. Kalau blender yang aku ada tu beraksi dengan bagus, memang aku tak beli blender baru tapi sebab pisaunya tak tajam, dan ada spark setiap kali aku tekan suis untuk aku matikan pengisar tu, aku nekad beli baru aje.

Dalam aku terberkenan blender lain(rujuk entri ini), dan ada tawaran hebat untuk blender mini avent tu, aku memilih blender mini philips yang biasa(walaupun yang sebenarnya blender idaman aku ialah 2in1 steamer and blender avent). Ada beberapa sebab aku pilih mini blender philips ni. antaranya:
  1. Harga yang lebih murah dari yang ada cop AVENT
  2. Kecil dan mudah disimpan
  3. Hasil yang sangat memuaskan dengan nilai Watt yang lebih rendah(penjimatan tenaga)
  4. Banyak review bagus(dan terbukti berkesan!)
  5. Kecil itu comel..kuikuikui....
Memang kalau nak diikutkan mini blender yang aku beli ni lebih mahal dari blender biasa yang lebih besar tapi, aku bukan nak blender banyak-banyak pun. Maka saiz yang kecik ni memadai untuk keluarga kecik aku. Nak beli yang AVENT tu, aku rasa macam tak berbaloi, sebab aku boleh beli bekas penyimpan puri sendiri dengan kuantiti yang lebih dan harga lebih murah. Janji kreatif. Kalau nak sangat ada brand AVENT tu boleh je aku print atas sticker lepas tu lekat je kat blender aku tu kan..hihihi....

p/s: aku cuma harap ada wet mill lebih, sebab aku nak asingkan jar buah dengan bawang/cili...kalau blender bawang bau melekat kot, walaupun cuci cepat-cepat....

JOM MENGUNDI! SEMAK DAFTAR UNDI

eh..aku bukan nak berpolitik o key...tapi mengundi adalah tanggungjawab terhadap negara. kalau dalam islam, tanggungjawab terhadap negara ni wajib kepada setiap penduduknya.

err..bagi yang baru je mendaftar sebagai pemilih, semak status korang kat SINI.

p/s: yang dah cukup umur mengundi tu, keluar mengundi okey?

DAH MALAS BERBLOGGING..(?)

entri ini ditaip sambil membaca komik dalam talian...hohoho....

betul ke aku dah malas berblogging?-mungkin tidak....ya aku dah jarang hapdet entri, tapi kan, bukan bermaksud aku nak berhenti blogging....

cumanya aku tak suka guna barang orang taip entri....itu lah nasib kalau laptop dah rosak....tambahan pula dah ada anak...masa agak terhad..-kunun

sebenarnya banyak juga entri menarik aku nak tulis cumanya idea mencurah-curah datang masa aku sangat-sangat tak lapang, contohnya masa menyusukan naufal...bila lapang pulak tak ada idea. ataupun aku lebih suka lepak-lepak tengok drama..-kantul..

nak tau? dalam aku bengang-bengang blender mill khind aku tak tajam(blend betik pun tak lepas..grrr), akhirnya aku nekad beli blender baru. miahahahaha!!!

duit tu hasil tabungan yang tak seberapa yang aku ada...tak apalah..janji aku tak malas buat puree naufal lagi..

p/s: membeli untuk kepuasan hati. tak suka asyik terkenang-kenang.

::RANDOM RANT:: SIANG TERBAYANG-BAYANG MALAM TERMIMPI-MIMPI

anak kucing menggelupur di tengah-tengah jalan raya.

aku rasa sangat-sangat menyesal tak berhenti. bukan aku yang langgar. mungkin motorsikal. sebab anak kucing tu masih sempurna. tapi keadaan sangat tak mengizinkan aku berhenti. dengan anak yang sedang menyusu sambil aku memandu(bahayanya!) dan kedudukan jalanraya sedikit berbukit, tak mungkin aku nak membahayakan nyawa anak aku sekali, kan?

tapi akibatnya, aku terbayang-bayang....

SKEMA

tak kasi anak makan tulur separuh masak pun consider skema??

telur separuh masak untuk baby 6 bulan?

padahal orang mengandung pun tak digalakkan makan telur separuh masak. dikhuatiri termakan sekali bakteria salmonella(kalau tak salah) yang ada dalam telur.
Telur Mentah ataupun Setengah Matang. Sangat tidak dianjurkan untuk memakan telur mentah ataupun setengah matang. Faktanya, telur mentah ataupun setengah matang memiliki bakteri salmonella yang tinggal di dalam telur tersebut dan dapat membuat kandungan anda berada dalam posisi bahaya.
jadi call me skema untuk tak bagi anak aku makan bakteria salmonella.

Pakar pediatrik anda mungkin akan menyarankan supaya anda menunggu sekurang-kurangnya enam bulan untuk memperkenalkan kacang soya, ikan dan buah-buahan sitrus; satu tahun untuk memperkenalkan telur dan susu lembu atau produk susu (keju dan yogurt); dan, dua tahun untuk memperkenalkan kerang-kerangan. Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi seperti ekzema, asma atau alergi makanan; bayi anda perlu elak dari mengambil kacang tanah dan bijan sehingga usianya tiga tahun.

Risiko untuk mendapat penyakit seliak boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi gluten, seperti gandum, rai dan makanan berasaskan barli. Ini termasuklah roti, tepung, pasta, sesetengah bijiran sarapan dan biskut rusk sehingga usia enam bulan. Sebaik-baiknya elakkan pengambilan oat sehingga usia bayi enam bulan sebab mungkin ia mengandungi serpihan gluten.

Apakah yang perlu dielakkan oleh bayi di bawah usia satu tahun?

• Perlu dielakkan garam, gula, madu dan pemanis tiruan. Cuba maniskan pencuci mulut dengan menggunakan pisang lenyek atau puri stew buah-buahan kering, di mana sesuai, atau gunakan susu ibu yang dipam atau susu formula.

• Elakkan daripada menambah sebarang teh ke dalam botol bayi. Tanin dalam teh akan menganggu penyerapan zat besi dan kafein yang juga ada dalamnya tidak disarankan untuk kanak-kanak.

• Elakkan dari memberi perahan buah-buahan atau minuman diet kepada bayi anda. Pemanis tiruan tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.

• Elakkan makanan yang membawa risiko keracunan makanan seperti keju lembut yang diperam sehingga berkulat (brie, camembert) dan sari (pate) hati. Telur mestilah dimasak sepenuhnya – elakkan memberi telur masak lembut, telur separuh masak atau telur mentah.

• Jangan berikan susu lembu (atau kambing atau kambing biri-biri) sebagai minuman utama kepada bayi yang berusia di bawah satu tahun.

• Susu skim dan susu setengah skim, mentega rendah lemak, yogurt dan keju rendah lemak. Sentiasa berikan bayi anda jenis penuh lemak – mereka memerlukan kalorinya.