Pages

ORYSENSE

Orysense

DADIH

dah lepas tengah malam baru sibuk nak taip entri. teruk betul aku ni...aku bukan apa..ketandusan ide nak menaip. hehehe.....

jangan tertipu dengan tajuk okey..aku bukan nak kongsi resipi tau.

korang mesti dah biasa dngar tntang..aiseh..keyboard ni.....okey sambung. korang mesti dah biasa makan dadih ni....bukan setakat makan. buat pun pandai kot..kan? tapi korang pernah tak makan dadih yang macam yoghurt teksturnya????

aku tak pasti sama ada korang pernah makan dadih yang macam aku pernah makan ni. betul teksturnya macam yoghurt, tapi rasanya ummph!! meletops uollss! sedap lemak berkrim!(bukan macam dadih moden. dadih moden lbih sesuai dipanggil agar-agar susu) mesti korang hairan kat mana aku makan dadih yang macam yoghurt ni. meh aku cerita sikit.

lama dulu, masa aku kecik-kecik, arwah bapak aku selalu beli susu segar terus dari jabatan/pejabat ternakan yang ada kat kampung aku tu.(masa tu aku kecik lagi jadi aku tak pasti tau. mungkin aku salah). satu hari, aku demam. arwah bawak aku pergi klinik. balik dari klinik, arwah bawak aku pergi tempat tu. beli jajan(bukan cikedis okey). arwah kate jajan yang dia belikan tu dadih. bila aku buka penutup cawan tu, aku nampak 'yoghurt'. terus kening aku berkerut. aku tak mau makan mulanya, sebab aku ingat benda tu yoghurt. yelah. yoghurt kan masam. lepas tu arwah yakinkan aku, tu bukan yoghurt, tapi dadih. tak masam punya....aku pun makan sikit. sekali rasa..uih. sedap! lemak manis disukai ramai!

malangnya, sekali tu je aku dapat merasa dadih yang macam tu. sebab tak lama lepas tu famili aku pindah..

aku tau, korang tak percaya kan. mesti dalam hati korang aku ni merepek aje...ni aku print screen komen dari blog orang.


ha..prcaya tak?(klik gambar untuk ke blog tu)

p/s: teringin nak makan lagi dadih tu...

No comments: