Pages

ORYSENSE

Orysense

CUBIT ANAK DI KHALAYAK

Malam tadi.. Aku pergi econsave beli epal.. Mklumlah mengidam... Lepas dah pilih epal, nak timbang, adelah sorang budak dalam 3-4 tahun, happy2 sambil pegang 1 pek solivite. Tiba-tiba datang sorang laki, cubit perut budak ni. Bukan setakat cubit lepas, cubit tarik sekali tuuu... Terus menangis budak ni....

Aku rasa simpati. Mesti malu budak ni... Depan orang ramai...

Aku rasa tak setuju betul bila perkara macam ni jadi depan mata..sebab apa taw. Sebelum kena aku tengok mood budak tu baik aje. Mungkin la dia leka sampai tak ikut langkah parents dia tapi salah anak ke kalau dia tertinggal? Lepas kena cubit aku dengar budak tu nangis terus sampai ke kaunter bayaran. Lepas tu kena marah lagi dengan sorang perempuan yang tak berapa kurus.

Simpati aku tumpah lagi....

p/s: segarang2 arwah bapak aku dulu, rasanya tak pernah aku kena pukul depan orang ramai. Kalau buat salah kat luar pun, kat rumah baru kena rotan.

4 comments:

Husna Adnan said...

Saya pun tak suka tengok ibu bapa pukul atau marah anak depan orang. Kesian kan tengok, elok2 mood okey terus badmood sampai ke sudah.

Unknown said...

Tu la pasal....

Mrs. Amad said...

sbb tu anak skrg suka malukan makpak..wut u give u get back!!

Unknown said...

Yelah. Betul tu...