Salam semua!
Sihat korang? Aku...bolehla..demam sikit...
Nak bagi tau, aku dah bersalin. Yay!..
Alhamdulillah, Allah mudahkan semuanya kali ni untuk aku. Dari awal mengandung, sampai bersalin, semuanya agak mudah. Syukur!
Aku nak kongsi pengalaman aku kali ni..-poyo betul...tiap kali beranak nak citer....-
Hihihi...tak lah..aku cuma nak cerita, betapa setiap kali mengandung dan melahirkan, pengalamannya takkan sama..ibarat setiap kali mengandung, adalah kali pertama mengandung! Pandai-pandai je aku ni...haahahahaha!!!
Okey berhenti merapu.
Pengalaman aku kali ni agak cemas dan kelakar sikit, bila difikir semula lah...
Yelah. Aku langsung tak perasan sakit contraction aku dah bermula sejak malam ahad lagi..
Dah la hari jumaat tu aku boleh lagi memandu sampai kuala selangor melawat mak mertua. Siap ukur tesco lagi. Paling cool, aku berdua je dengan naufal....bermalam satu malam kat kuala selangor. Tu pun mak mertua tanya, 'esok nak balik sg buloh ke?'......(aku stay kat kampung sejak minggu 32..PJJ la..) gelak-gelak aku jawab tak. Takut tak larat balik..jauh juga kuala selangor-bagan datoh oi...
Sabtu tengah hari drive balik. Sempat singgah kepsi..huhui! Masa tu memang dah ada sikit rasa lain macam, tapi aku cuma anggap sakit tipu..petang tu akak aku sampai kampung bawak sate, melantak sate pulak......
Tengah malam tu, terasa lendir turun. Tapi aku anggap keputihan..sebab tak ada berdarah pun..dan tak sakit. Jadi aku tidur.....
Pukul 5 pagi, the terror begin...
Sebelum tu aku dua-tiga kali terjaga. Sakit. Tapi tak terfikir nak tengok jam, sampai la sakit yang kali ke-3. Tengok jam, 4.57a.m. Dan setiap kali contraction, berselang 5-6 minit..
5.30 a.m, aku bagitahu mak aku, aku dah sakit berselang 5 minit. Mak aku relaks je. Lama lagi kot...-katanya. Jadi aku duduk dulu..kemudian aku mandi..sambil mandi sambil menahan sakit..meleleh air mata. Huhui....
Elok subuh masuk, aku cepat-cepat solat. Sambil menahan sakit.
6.15a.m, aku dah tak boleh tahan sakit lagi. Kakak aku terkejut bila aku cakap sakit dah selang 5 minit. Dah dekat tu-katanya.
6.30 a.m, buru-buru pergi hospital. Adik aku drive. On lampu kecemasan. Bawak myvi laju gile. Dalam kereta sakit makin kerap. Aku dah siap meneran hoi..mesti cuak adik aku.. Hahahahaha.....aku siap tolong tekan hon bila ada teksi di lorong kanan tak nak ke tepi. Dah la lambat, tak bagi laluan pulak. Adik aku tekan hon sopan sangat. Aku yang tengah sakit tekankan, memang serupa gangster la..
7.20 a.m, check in kat LR. Misi check bukaan(prosedur biasa)..memang dah rasa kepala. Terus dia sorong aku masuk ruang bersalin..terus bagi arahan bukak set.
Teran punya teran, 7.25 a.m, keluar lagi seorang umat Muhammad...yang cantik, yang comel, yang baik...hihihi...
Gitu la al-kesahnye...boleh buat drama. Huhui!
Aku bertuah, Allah mudahkan semuanya untuk aku kali ni. Aku memang berdoa, supaya aku dapat rasa sakit yang datang secara semulajadi. Yang tak perlu dipaksa-paksa. Mungkin itu hikmahnya, doktor bagi aku tarikh edd yang baru. Kalau tak, mesti tak merasa macam ni..
Alhamdulillah....
p/s: memang banyak sangat beza sakit induce dengan semula jadi..
3 comments:
beza macam langit dengan bumi. induce sakit bukan main, sakit semulajadi lepas teran rilex je :D
Sakit semula jadi tempoh sakit tu panjang sikit. Jadi tak la masa meneran tu tiba2 dah x sakit. Hihi..memang sangat beza.
betoi la...tapi mmg sakit sangat bila contaction tu...sy sampai ckp..kali ni aku teran..kalo nak mati2..mati la...hahaha..nnt jemput la dtg blog setahun jagung saya ek..www.ihhi.my
Post a Comment