Pages

ORYSENSE

Orysense

::RANDOM RANT:: TENGKING

Ada beberapa tengkingan, yang banyak beri kesan pada aku. Paling aku ingat ada dua. Satu positif, satu negatif.

Positif:
Dulu, masa aku tingkatan tiga, ada satu cikgu ni, aku tak suka. Masuk je kelas dia, mesti la mengantuk. Setiap kali pun macam tu juga. Hairan betul. Satu hari, cikgu ni buat kelas tambahan. Dia bagi satu soalan. Wayar hidup warna apa? Masa tu aku tengah bincang dengan kawan aku, sebab kami keliru antara warna perang dan hijau. Kebetulannya, cikgu ni terdengar. Kena sedas aku. "HIJAU TAIK KAMU!!!! LAIN KALI DALAM KELAS JANGAN TIDO!!"
Perghh...muka macam kena tampal tahi tebal-tebal. Malu. Sejak tu, aku berazam, subjek kemahiran hidup pilihan KMT aku mesti score A! Dan ya. Aku dapat A untuk subjek ni. :)

Negatif:
Aku tak nak cerita detail. Cuma frasa perempuan kurang ajar, melekat dalam hati sampai mati. Sampai dalam hati aku dah tak ada pelangi.

MANISNYA CINTA di cappadocia

Semalam, tonton filem. Kali terakhir menonton, setahun lepas agaknya. Filem Avenger kot.

Tapi aku bukan nak cerita avenger. Aku nak cerita tentang filem ni. MANISNYA CINTA di cappadocia.
Filem ni adaptasi dari novel Manisnya Cinta karya Anis Ayuni. Serius, aku sangat sangat sangat suka novel ni. Berpuluh kali ulang baca pun, aku tetap tak jemu.
Kami(aku, sakinah, dan dua orang sepupuku) masuk agak lewat sikit. Asar dulu beb..
Permulaan cerita pun dah menarik. Lawak-lawak, gelak-gelak...
Jujur, aku sangat suka adaptasi manisnya cinta. Jalan cerita diolah dengan begitu menarik. Tak banyak lari dari jalan cerita asal. Bagaimanapun perubahan ni sikit pun tak mencacatkan kemanisan yang aku rasa semasa membaca novelnya.

Aku ucap syabas, kepada krew produksi, terutamanya penulis skrip, sebab kamu semua mencantikkan manisnya cinta dengan baik sekali. Aku memang tak expect banyak dari filem melayu tapi, manisnya cinta berjaya dan berbaloi ditonton seisi keluarga.

::RANDOM RANT:: KENAPA CERAI BERAI

Aku tak tau, patut atau tak aku tulis topik ni...makin lama makin berat topik dalam blog ni kan...

Setiap permulaan ada pengakhiran. Pertemuan ada perpisahan. Penyatuan ada peleraian...

Perceraian adalah perkara halal yang dibenci Allah. Seorang perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab yang munasabah, akan menanggung dosa.

Dulu, masa kursus kahwin, penceramah cakap, perceraian banyak berlaku kerana masalah batin. Masa tu aku yakin sangat kebanyakan orang mesti fikir lebih kepada masalah seksual.

Tapi sebenarnya, bagi aku(sekarang) seks hanya keperluan fizikal. Sama macam kita bersenam juga. Tak lebih dari itu.

Masalah batin sebenarnya lebih kepada emosi. Rohani. Jiwa.

Jiwa kosong. Rumah tiada sakinah. Tak diisi dengan keperluan rohani. Tak ada nur. Tak ada barokah. Itu yang mendorong kepada perceraian.

Perempuan, memerlukan lelaki yang boleh mengisi keperluan rohaninya. Boleh memberikan ketenangan. Rasa dilindungi. Lelaki yang selalu mengajak kepada kebaikan, bukan menambah mungkar dan maksiat. Lelaki yang mampu memimpin tangan isteri ke syurga Allah.

Kenapa aku menulis macam ni? Sengaja. Sebab banyak sangat iklan 'bulat-mantap-pejal-ketat' & 'panjang-besar-tahan lama' kat fb. Buat aku geli nak buka fb. Seolah-olah, matlamat perkahwinan cuma itu semata. Bahagia dunia.