Pages

ORYSENSE

Orysense

::RANDOM RANT:: KONON HIGH END TAPI FAKE

Mekap.
Apa yang buat korang beli satu-satu barang mekap tu?
✩jenama?
✩harga?
✩kualiti?
✩trend?

✩jenama
Rasanya semua pun tahu, yang membawa nama besar, dengan duta cantik jelita tu, harganya tak murah. Harga maskara seketul pun cecah 100. Yang ori la...kalau yang klon tu, murah berlambak orang jual....yang beli pun berlambak juga....

✩harga
Setengah makeup junkie memang tak kisah nak belanja untuk penuhkan laci meja solek dengan barang mekap(yang kebanyakannya koleksu lana tu belum buka pun..). Murah ke mahal sapu je. Janji napsu membazir terisi...

✩kualiti
Ada orang pilih beli kerana kualiti. Nak yang berjenama gah saje..baru kualiti melampau kelasnya....

✩trend
Yang ini pula pantang dengar keluaran musim terbaru. Koleksi winter, summer, autumn...keluar baru beli. Keluar baru beli...tambah sekarang tengah in, bb cushion...

Aku?
Boleh kata semua kategori yang aku senarai kat atas tu memang pertimbangan aku kalau nak beli mekap. Aku memang belum mampu nak beli naked by urban decay tu...1 pallet ori harga cecah 200...tapi tak la aku beli pun naked murah tu...bukan apa...dulu aku pernah tengok beauty guru advise, mekap untuk mata(shadow,liner n maskara) jangan beli yang fake. Untuk muka(primer/foundation) pun jangan beli yang fake. Untuk bibir pun jangan beli fake.

Biar murah, tapi ori. Jangan branded tapi fake.*naked pallet cuma ada naked 1,2,3 n smokey. Lain dari yang aku sebut ni, klon la kot.

TERJEBAK KERANA LEE MIN HO

Assalamualaikum dan hai semua....

Korang pernah tonton video promo 11 street?
Ala..yang lee min ho dengan emily tu la...

Sesungguhnya aku dah terjebak...ini semua salah lee min ho!

Apa benda 11 street tu?

11st
klik gambar untuk link

Kalau korang biasa shopping dari laman-laman macam zalora, lazada...ha, 11 street ni portal shopping online la...

Sawan aku dibuatnya. Sebab boleh tahan juga harga yang ditawarkan..bukan tu je, boleh tebus kupon bonus atau kredit yang boleh dugunakan semasa checkout nanti..

Kalau korang sign up, korang akan diberi kupon percuma rm10. Lepas dah sign up, login dan boleh mula memburu. Macam- macam ada. Dari barangan elektrik, sampai mi segera pun ada. Dan diskaun yang ditawarkan memang boleh mengundang sawan! Hahaha...

Membeli di 11 street memang sangat mudah. Semudah makan abc je..
setakat dah dua kali membeli thru 11st, memang tak ada masalah...smooth je..kira mudah sangat la, sebab tak perlu buka window lain untuk payment. Untuk pengguna telefon pintar pun ada apps yang boleh korang muat turun di google play atau apple i store.

Eh..nanti-nanti aku update gambar barang yang aku dah shopping thru 11st.
Daa...