Pages

ORYSENSE

Orysense

::RANDOM RANT:: KONON HIGH END TAPI FAKE

Mekap.
Apa yang buat korang beli satu-satu barang mekap tu?
✩jenama?
✩harga?
✩kualiti?
✩trend?

✩jenama
Rasanya semua pun tahu, yang membawa nama besar, dengan duta cantik jelita tu, harganya tak murah. Harga maskara seketul pun cecah 100. Yang ori la...kalau yang klon tu, murah berlambak orang jual....yang beli pun berlambak juga....

✩harga
Setengah makeup junkie memang tak kisah nak belanja untuk penuhkan laci meja solek dengan barang mekap(yang kebanyakannya koleksu lana tu belum buka pun..). Murah ke mahal sapu je. Janji napsu membazir terisi...

✩kualiti
Ada orang pilih beli kerana kualiti. Nak yang berjenama gah saje..baru kualiti melampau kelasnya....

✩trend
Yang ini pula pantang dengar keluaran musim terbaru. Koleksi winter, summer, autumn...keluar baru beli. Keluar baru beli...tambah sekarang tengah in, bb cushion...

Aku?
Boleh kata semua kategori yang aku senarai kat atas tu memang pertimbangan aku kalau nak beli mekap. Aku memang belum mampu nak beli naked by urban decay tu...1 pallet ori harga cecah 200...tapi tak la aku beli pun naked murah tu...bukan apa...dulu aku pernah tengok beauty guru advise, mekap untuk mata(shadow,liner n maskara) jangan beli yang fake. Untuk muka(primer/foundation) pun jangan beli yang fake. Untuk bibir pun jangan beli fake.

Biar murah, tapi ori. Jangan branded tapi fake.*naked pallet cuma ada naked 1,2,3 n smokey. Lain dari yang aku sebut ni, klon la kot.

No comments: