Pages

ORYSENSE

Orysense

::RANDOM RANT:: VAPE vs ROKOK

Assalamualaikum. Hai.


Kecoh isu ura² pengharaman vape baru² ni. Berhari-hari media dok tayang, ulang, kupas isu ni sepanjang minggu.

Dalam fb berapa ramai umat membantah dan membentang hujah kebaikan vape berbanding rokok.

Aku sebagai pembaca komen, cuma kunyah popcorn melihat perbalahan penyokong dan pembangkang. Mehehehe...

Aku secara peribadi, pun tak suka budaya vape yang semakin menjadi-jadi sekarang ni. Anak muda konon style sangat la selpi asap berkepul dari mulut dah serupa naga. Yang perempuan pun join sekaki setudung. Ingat lawa?

Tapi. Ikutkan aku masih boleh tolerate orang vape, berbanding rokok. Nak tau kenapa?

  • Vape tak meninggalkan sisa sampah. Aku paling benci orang merokok, tak simpan balik bekas abu rokok dia sendiri. Dah berapa kali anak2 aku kunyah sisa puntung rokok tu tau dak?
  • Bau asap vape less annoying dari asap rokok.
Dua sebab yang aku bagi tu, bukan bermaksud aku menyokong kegiatan vape merata² ni. Aku masih tak suka orang vape sembur² merata. 

Alasan vape untuk berhenti merokok tu sebenarnya tak berapa relevan sangat bagi aku. Kalau betul² nak berhenti, tak perlu cari alternatif pun..asalkan betul² nekad, mesti boleh punya.

Ada satu tip paling berkesan kalau nak berhenti. Tiap kali rasa nak merokok, bukak quran, ngaji. Setiap kali. Jadi sediakan naskhah quran kecil dalam poket, sentiasa bawa sana-sini kecuali tandas lah.

Lama² In Shaa Allah, berjaya. Bebas rokok, khatam quran.

Till then, tata titi tutu!

No comments: