Pages

ORYSENSE

Orysense

::FAKTA vs AUTA:: GINCU AJAIB @ MAGIC LIPSTICK

Assalamualaikum. Hai.

Pernah dengar gincu ajaib? Orang selalu sebut magic lipstick. Yang boleh tukar-tukar warna lepas sapu...yang orang selalu cakap ikut warna darah bagai tu..

Lipstik ajaib morocco yang popular zaman dulu

Masa kecik dulu aku pelik gila camne lipstik warna hijau ni boleh tukar warna merah. Kagum oi. Zaman remaja aku lipstik hijau ni masih wujud, tapi aku takut gila nak pakai, sebab warna dia makin lama makin terang kat aku. Dari jauh boleh nampak oi. Meghah mak ngah! So orang pun cakap la warna darah aku pekat, sebab lipstik ni ikut darah.
.
Persoalannya, betul ke perubahan tu ikut warna darah? Kalau betul ikut warna darah, kenapa calit kat tisu keluar juga warna pink?
.
Sebenarnya lipstik ajaib ni bukan lah bertukar ikut warna darah..tipu semua tu..
.
Meh mak cik bagitau camne..
.
Bahan penting disebaik magic lipstick ni adalah Red 27(Ci 45410). Formulasi bahan ni menyebabkan ia larut tanpa warna dalam sebatian bahan yang bebas lembapan; wax, minyak pepejal. Dan sebaik sahaja terdedah kepada lembapan, warnanya pun keluar...gitteww...
.
Adoi...selama ni tertipu..kahkahkah...
.
Tapi bagi aku lipstik ni masih ajaib, considering warna yang keluar kat bibir tu adalah berbeza bagi setiap orang.
.
Eh, camner tu? Calit kat tisu lebih kurang je pink tone tu..


Gambar atas tu eksperimen sendiri yang aku cuba.

  • Lipstik nurraysa base dia pink pucat. Bila dioles jadi pink terang.
  • Lipstik pei yen base dia hijau pucat bila dioles warna pink keunguan.
  • Lipstik d'herbs pula warna kuning pucat, atau warna asal wax. Bila dioles warna milky pink.
Persamaan antara diorang tu, finishing dia tak solid. Yang nampak basah belah bawah tu aku titiskan air, sebab ada blog ni cakap kalo titiskan air warna jadi lagi vibrant.
.
Sama je aku tengok. Tapi bila pakai kat bibir, memang makin lama makin terang...i guess ia adalah gabungan haba dan kelembapan la kot.
.
Jadi kenapa warna kat tiap orang tak sama?

.
Ini yang ajaibnya. Manusia ni ada pelbagai warna. Cerah, sawo matang, hitam manis, cool tone, warm tone...
.
Sebab warna yang tak berapa solid cam lipstik biasa, warna pink tadi nampak cam blend tengan tone asal bibir dan tadaaa!! Sebab tu la warna tu nampak lain bagi tiap orang. Kira magic juga la tu..hihi..
.
Okeylah. Gila panjang post ni. Bukan korang rajin sangat nak baca pun. Kuikuikui...till then, tatatititutu!

::RANDOM RANT:: PERTANDINGAN PERBANDINGAN

Assalamualaikum. Hai.

Perbandingan. Itu vs ini. Kiri vs kanan. Depan vs belakang. Dulu vs sekarang.
.
Tak pernah berhenti dari dulu sampai sekarang.
.
Dulu² sibuk surirumah vs wanita bekerjaya. Kemudian breast feed vs formula feed. Pastu melarat² pula normal birth vs czer birth. Then keluar pula sekolah kerajaan vs sekolah antarabangsa. Terbaru....cikgu sekolah biasa vs cikgu sbp.
.
Sampai bila nak habis membanding ni sebenarnya?
.
Tahukah anda, bahawa dibanding-bandingkan adalah menyakitkan hati?
.
Semua nak menang. Semua nak cakap itu bagus dari ini. Dulu best dari sekarang. Bf bagus fm jadi anak lembu. Anak aku bagus keluar ikut pintu anak kau tak senonoh nak ikut tingkap. Surirumah duduk rumah tak style sengkek wanita bekerjaya anggun wangi....
.
Tak pernah habis pun. Manusia tak pernah berhenti membanding. Aku paling best. Orang lain semua hampeh.
.
.
.
Haih.....kadang sedih tengok media sosial. Terlalu banyak benda yang orang jadikan bahan untuk buat perbandingan..kalau buat perbandingan henpon ke, komputer ke, takpe juga..benda tu barang tak bernyawa. Tak ada perasaan.
.
Entri ni aku buat sebab aku terkesan dengan satu status yang membandingkan cikgu sbp dengan cikgu sekolah biasa. Katanya cikgu sekolah biasa lebih layak jadi hero sebab ajar budak² kurang cemerlang. Aku rasa marah. Berada dalam keluarga pendidik buat aku sangat² sayang dengan cikgu, walaupun aku tak minat jadi cikgu.
.
Ni aku nak cerita. Dulu, dalam 2-3 tahun lepas, ada kes cikgu sbp meninggal dalam rumah. Tapi orang tak perasan sampai la jiran dengar anak kecik dia menangis tak henti². Nak tau kenapa? Kepenatan. Jadual padat habis. Asben jauh. Yet still sacrifice ajar anak murid yang sedia pandai kata kau. Tak layak ke jadi hero tu?
.
Berhentilah membanding. Raikan perbezaan.
.
Till then. Tatatititutu!

::REVIEW:: SIMPLYSITI DERMAGIC BEAUTY MOISTURIZER

Assalamualaikum. Hai.

Tak tau macam mana nak mula. Baru bulan sudah aku review losyen minuman wajah safi rania gold. Ni dah nak cerita ceriti pasal moisturizer pula.
.
Aku ni tengah dalam pencarian moisturizer untuk kulit aku ni. Aku dengan moisturizer no selalu tak berapa match. Bila tak sesuai, hidung aku jadi berjerawat. Tak suka. Tak suka.
.
So..pejam mata, beli la simplysiti dermagic beauty moisturizer..memandangkan ada riview yang ok dari beberapa blogger kan..
.

Pelembab ni didatangkan dalam jar kaca warna ungu yang sangat elegan! Tekstur gel yang mudah meresap, dan aroma yang menenangkan!
.
Cuma kekurangannya, spatula tak disediakan. So ada hygenic issue disitu...kan bagus kalau buat bentuk pump, atau tiub je?
.
I have to admit, this moisturizer really soothe my skin, and it did a good job moisturizing.
.
Tapi...
.
.
.
Hidung aku naik jerawat. Bila aku tak guna, jerawat sembuh. Bila pakai balik, naik balik...wuuuuu....tak tau lah mana silapnya...mungkin aku tak sesuai dengan bahan carbomer yang digunakan dalam gel ni kot...atau mungkin juga hormon aku yang buat perangai sekarang...
.
Sekarang aku pakai gel ni kat area pipi dan tepi hidung sahaja(sebab kulit aku kering kat situ), sementara kulit nak berhenti mengamuk.
.
Kemungkinan untuk repeat purchase? Tak kot. Bagaimanapun, dermagic moisturizer ni adalah pelembap yang bagus, cuma kulit aku ni je yang memilih..hoho...
.
Okeylah. Till then, tatatititutu!

::FAKTA vs AUTA:: KOLAGEN

Assalamualaikum. Hai.

Rasanya kebanyakan orang pun tahu, kolagen ni dihasilkan secara semula jadi dalam badan manusia. Makin tua umur kita, makin kurang kolagen yang badan kita boleh hasilkan. Dan kolagen yang dihasilkan oleh wanita adalah kurang berbanding lelaki.
.
.
.
Patut la wanita lebih cepat nampak tua berbanding lelaki.....huhu..
.
Sebab kolagen ni penting bagi manusia, maka, banyaklah produk kecantikan dan kesihatan berasaskan kolagen tumbuh bak cendawan lepas hujan....
.
Persoalannya. Benarkah produk berkolagen ni mampu menggantikan kolagen yang dah berkurangan ni?
.
Sebenarnya kolagen ni adalah sejenis protein, yang bila kita ambil secara oral, akan dicernakan menjadi asid amino dan bertindak sebagai protein yang biasa....tak sempat sampai kulit pun...sebab tu, kita rasa kenyang bila minum minuman berkolagen. Bagus. Baik untuk diet!
.
Bagi produk untuk kegunaan luaran pula, molekul kolagen yang besar pula tidak mampu menembusi lapisan kulit. Maka, dudukla colagen tu atas kulit kita..bagaimanapun, sifat kolagen yang menyerap lembapan membantu kulit mengekalkan kelembapan pada kulit kita.
.
Ada juga produk kolagen dihasilkan dengan molekul yang lebih halus supaya kulit dapat serap, namun, sistem immun badan manusia mungkin akan menganggap ia adalah bendasing dan akan memusnahkan kolagen tadi.....sayangnya....
.
Kesimpulannya, pengambilan produk berkolagen sama ada secara oral mahupun luaran, tidak membantu menambahkan kolagen dalam badan kita.
.
Jadi adakah membeli produk berkolagen adalah tak berguna?
.
Pada aku tak juga. Sebab, minum produk berkolagen memang membantu aku mengawal selera makan. Sebab protein membantu kita merasa kenyang lebih lama. Sebab tu ada sesetengah orang yang minum kolagen mengalami penurunan berat badan. Rasa kenyang menyebabkan kita tak makan banyak. Kan.
.
Ia juga bagus diambil secara luaran bagi mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mengawal pengeluaran sebum.
.
Jadi, kalau korang nak betul² awet muda, bantu badan kita boost penghasilan kolagen secara semula jadi. Caranya? Ambil vitamin C secukupnya setiap hari. Sebab vitamin C adalah penting bagi membentuk kolagen, sekaligus membantu menguatkan sistem immune badan...
.
.
Korang jagan serik pula nak beli produk berkolagen lepas ni. Tau. Sebab produk berkolagen tetap bagus untuk kulit, ok?
.
Okeylah. Till then, tatatititutu!

p/s: kalau teringin nak ambil beauty drink beekolagen, try la EPHYRA atau BLINQ BEAUTY DRINK. Dedua worth try.

::RANDOM RANT:: CARBOMER

Assalamualaikum. Hai.

Baru baru ni aku banyak surf tentang produk simplysiti dermagic moisturizer. Dan ada satu blog ni yang tiba² mention tentang salah satu ingridient dalam moisturizer tu. Carbomer.
.
Kenyataan dia tentang kenapa dia agak skeptik dengan carbomer petik suis ingin tahu aku. Well, kucing kan curious?? Hihi..
.
Jadi, aku pun google la....
.
Carbomer ni biasa digunakan dalam industri kosmetik sebagai bahan penstabil untuk gel based cosmetics.
.
Tapi, carbomer juga bukan bahan semula jadi. Bukan dari tumbuhan, mahupun haiwan. Ia hasil dari petro-chemical based. Haa...macam mineral oil atau petroleum jelly la kot. Pakar kimia lebih tahu.
.
Carbomer digunakan secara meluas sebab bahan ni murah, mudah didapati dan risiko iritasi yang sangat² minimal. Hampir tiada kot?
.
Bagaimanapun, lepas check dekat cosDNA, carbomer 940 adalah comedogenic. Hoh? Jadi, rasanya, orang dengan kulit super oily dan berjerawat mungkin tak sesuai dengan kosmetik yang mengandungi carbomer. Ini andaian aku lah.
.
Apa yang aku tulis hari ni, adalah mengikut kefahaman aku sendiri. Aku bukan pakar kimia mahupun kosmetik. Cuma bila suis ingin tahu terpetik, aku akan cari info sampai aku puas hati. Korang faham ke tak, dah luar kuasa aku dah..hohoho..
.
Okey, till then, tatatititutu!
.
Rujukan:
cosDNA
LisaLise