Pages

ORYSENSE

Orysense

::RANDOM RANT:: PERTANDINGAN PERBANDINGAN

Assalamualaikum. Hai.

Perbandingan. Itu vs ini. Kiri vs kanan. Depan vs belakang. Dulu vs sekarang.
.
Tak pernah berhenti dari dulu sampai sekarang.
.
Dulu² sibuk surirumah vs wanita bekerjaya. Kemudian breast feed vs formula feed. Pastu melarat² pula normal birth vs czer birth. Then keluar pula sekolah kerajaan vs sekolah antarabangsa. Terbaru....cikgu sekolah biasa vs cikgu sbp.
.
Sampai bila nak habis membanding ni sebenarnya?
.
Tahukah anda, bahawa dibanding-bandingkan adalah menyakitkan hati?
.
Semua nak menang. Semua nak cakap itu bagus dari ini. Dulu best dari sekarang. Bf bagus fm jadi anak lembu. Anak aku bagus keluar ikut pintu anak kau tak senonoh nak ikut tingkap. Surirumah duduk rumah tak style sengkek wanita bekerjaya anggun wangi....
.
Tak pernah habis pun. Manusia tak pernah berhenti membanding. Aku paling best. Orang lain semua hampeh.
.
.
.
Haih.....kadang sedih tengok media sosial. Terlalu banyak benda yang orang jadikan bahan untuk buat perbandingan..kalau buat perbandingan henpon ke, komputer ke, takpe juga..benda tu barang tak bernyawa. Tak ada perasaan.
.
Entri ni aku buat sebab aku terkesan dengan satu status yang membandingkan cikgu sbp dengan cikgu sekolah biasa. Katanya cikgu sekolah biasa lebih layak jadi hero sebab ajar budak² kurang cemerlang. Aku rasa marah. Berada dalam keluarga pendidik buat aku sangat² sayang dengan cikgu, walaupun aku tak minat jadi cikgu.
.
Ni aku nak cerita. Dulu, dalam 2-3 tahun lepas, ada kes cikgu sbp meninggal dalam rumah. Tapi orang tak perasan sampai la jiran dengar anak kecik dia menangis tak henti². Nak tau kenapa? Kepenatan. Jadual padat habis. Asben jauh. Yet still sacrifice ajar anak murid yang sedia pandai kata kau. Tak layak ke jadi hero tu?
.
Berhentilah membanding. Raikan perbezaan.
.
Till then. Tatatititutu!

No comments: