Pages

ORYSENSE

Orysense
Showing posts with label review blog. Show all posts
Showing posts with label review blog. Show all posts

REVIEW : SET BERSALIN TANAMERA

*dalam malas..ku paksa diriku menaip...*

macam mana nak mulakan cerita ye....aku serius blur......

beberapa bulan lepas, aku ada cerita aku dah memutuskan untuk guna set bersalin yang mana kan..? sekarang aku nak cerita tentang produk ni.

rasanya ramai dah tahu tentang produk tanamera ni jadi aku skip ajelah pengenalan produk ni..ek?

dari 11 item yang ada dalam kotak, aku cuma guna 10, itu pun bukan guna dengan penuh disiplin..haha...walaubagaimanapun, dari 10 tu, adalah 2-3 yang memang aku suka betul.

1. sabun scrub.
sabun ni serius best. lepas guna kulit terasa halus je. bau herba sabun ni pun wangi! rasa segar je lepas mandi.

2. herbal wash.
sepatutnya, herbal wash ni kena rebus, untuk dapatkan larutan yang pekat dan aroma yang lebih. tapi, aku ni orang "rajin". aku letak je dalam baldi, dan curah je air panas. tapi okeyla dari tak ada...

3. feminine wash.
yang ni boleh rebus atau rendam je dengan air panas. senang. aku rendam dalam bekas air 500ml, biar lama-lama sampai pekat, lepas tu bahagi dua. pagi dan petang. ini untuk cuci bahagian wanita. nak best, korang boleh berendam dengan larutan ni sebelum keluar dari bilik air.

4. virgin coconut oil.
vco ni boleh guna sebagai minyak selusuh, dan boleh guna untuk urut bahagian perenium. aku ada buat juga, tapi mungkin salah teknik kot...tapi aku memang minum vco ni sebaik sahaja kandungan cecah 32 minggu.

5. lavender mist spray.
nak tidur lena, spray je benda ni kat bantal dan selimut.  insya-Allah lena sampai pagi.

6. herbal tea.
aku minum dua kali sahaja. lepas tu berhenti dengan segera. sebab anak aku kuning. walaupun dalam testimoni majalah sebut anak tak kena kuning wlaupun minum teh tanamera ni, tapi itu tak menjamin anak kita pun tak kena. semuanya bergantung pada bahan yang digunakan. salah satu bahan dalam teh ni adalah kunyit. dan anak aku sangat tak tahan dengan kunyit. TAPI, teh ni sangat bagus untuk buang angin dalam badan. walaupun aku cuma minum dua kali, tapi dalam tempoh satu hari tu, badan memang rasa selesa sebab angin kelur lancar.

7. tapel.
err....ini aku pakai 3-4 sachet je....sebab, tak sempat nak pakai. anak aku cepat bebenor menangis kalau kena tinggal. tapi tapel ni best juga..rasa panas bila pakai.

8. pilis.
macam yang aku cerita sebelum  ni, aku pakai pilis ni bila aku rasa pening je..dan aku agak malas nak pakai sebab leceh...kan senang kalau pilis ni tersedia dalam bentuk yang macam kool fever tu?? lekat je...hehe..

9. herbal massage oil
aku suka minyak ni! sebab minyak ni boleh melancarkan pembuangan angin. walaupun tak berapa panas, tapi berkesan!

10. bengkung.
bengkung ni okeyla. kemas juga, tapi aku kurang berbengkung. sebab pergerakan jadi sangat susah. leceh pula kalau nak terkucil ke, terberry ke....mau terlepaas dalam seluar tak sempat nak buka bengkung. hehe...

okey..itu je yang aku guna, jadi itu la yang aku review kan. boreh body scrub tu langsung tak guna...siapa nak aku kasi free je..bayyar duit pos je la.

p/s: korang jangan ikut peel "rajin" aku ni...asal boleh je...berpantang tu disiplin sikit ye puan-puannn....

A BLOG TO REMEMBER


perasan tak...saya tak pernah la kan review blog orang lain....
ikutkan..blogwalking pun jarang-jarang sekali...hahaha(pemalas!)

apa pun...saya bila buka sahaja dashboard,blog pertama saya akan terjah mesti blog diatas (sila klik gambar dengan kelajuan cahaya) kebetulan memang blog dia paling atas dalam senarai pun..hehe..
kenapa??sebab setiap entri akan menggeletek hati saya dan buat saya ketawa..
blog dia pun ringkas...senang nak load,tak ada lagu-lagu(maaf pada blog yang ada letak widget mp3 player tu sebab bila saya dengar sahaja ada lagu, saya akan terus tekan butang x)tak ada gambar muka besar gedabak..
tapi..kalau orang yang tak suka membaca mungkin tak suka dengan entri banyak huruf kan???
tapi saya suka.

istimewa blog dia ni..dia sangat menghargai pengomen....dia akan print screen beberapa komen yang dia rasa terbaik dan letak pada entri yang dikomen..(saya pun suka juga komen-komen entri dia..)

apa lagi..terjah la blog dia..lepas tu komen banyak-banyak.... 

p/s: akhirnya...siap juga entri review ni.. 
p/s/s: nanti saya kahwin saya jemput awak sekali...=)