Pages

ORYSENSE

Orysense

WRONG NUMBER

"suara dengarkanlah aku
apa khabarnya pujaan hatiku
aku disini menunggunya
masih berharap didalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku masih dihatinya
aku disini menunggunya
masih berharap didalam hatinya"

erk..saya bukan nak cerita pasal lagu ni...cuma nak bagitau..chorus lagu ni ringtone handphone rongak saya tu...psst...jangan heboh-heboh...saya nyanyi sendiri tuu...hahaha...

lepas tu saya jawab la..
saya:hello
p:vanikam...
saya:??siapa ni..??
p:vanikam...!@!*#)(dia cakap tamil lepas tu)
saya:err.....(tak terkata apa)
p:...who is this?
saya:mister,i think you got wrong number..(la..boleh rupanya cakap bahasa yang aku boleh faham)
p:sorry..i got this number from my friend.just want to wish valentines day
saya:i see..but sorry..you really got the wrong number.i'm malay.and i don't celebrate valentines.
p:sorry.

nak ketawa pun ada.
panggilan yang menceriakan hari bosan saya..
hahahahaha

LELAKI KURANG KUALITI

*picca from google 
oops..
jangan panas ya lelaki-lelaki diluar sana....
tergerak buat entri ini sebab hari ini hari jumaat.hari yang sinonim dengan lelaki pada waktu tengah hari...
haaaaa....
rasanya sudah tahu ya apa yang saya nak sampaikan.

waktu lunch.saya keluar makan dengan kawan saya..(waktu lunch saya pukul 1.saya keluar pukul 1.30)
nampak lah beberapa orang lelaki(mungkin pelajar dari kolej p)
masih dengan selamba duduk-duduk makan-makan di restoran s.
o.o
tak pergi sembahyang jumaat kah?
musafir??
musafir kentut.
bukan jauh pun masjid tu.
hello.lelaki yang tak solat jumaat tiga kali berturut, tanpa keuzuran ataupun sebab yang kukuh contohnya sedang bermusafir, dah tanggung dosa tau.
atuk aku yang dah 90-an tu pun kalau masih larat mesti nak pergi solat jumaat. 

n:lelaki sekarang tak berkualiti nak dibuat suami.tapi nak perempuan kelas A.yang baik.yang solehah.tapi diri sendiri tak soleh
z:tu la pasal...tak malu betul.dah tak pergi solat jumaat tu pergi la duduk diam-diam sembunyi.tunjuk-tunjuk muka kat orang pula.

saya pun bukan lah baik.mungkin masih belum cukup solehah..tapi saya mencuba yang terbaik untuk menjadi solehah.

FERR LULU CONTEST

terjumpa contest ini diblog Ezan Idma.
tuan tanah contest sama dengan tajuk.
contest tentang ayah.
nak tau lebih lanjut klik sini 
  • arwah ayah saya masa muda mudi kachak..hehe
  • dia suka kucing 
  • dia ex-student UKM
  • dia juga bekas pengetua SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SULTAN AZLAN SHAH, SERI ISKANDAR(SMKASAS) 
  • dia garang.sama ada sebagai ayah atau cikgu
  • walaupun garang, dia sayang anak-anak dia.buktinya, masa saya demam panas sampai kejang dia drive laju dari Ipoh nak sampai kampung tanpa fikir keselamatan dirinya.
  • kali terakhir beliau beri saya duit adalah untuk beli laptop dengan pesanan 'lepas ni pae tak ada duit nak bagi kamu dah'.genap 2minggu selepas itu dia pergi.malangnya saya tak sempat memohon ampun.
  • ailebiu pae!

nak tag

PERNAH TAK??

pernah tak kamu tertekan sampai tercedera?
*ini gambar lama

saya pernah. gambar diatas mata saya. kakak saya kata mungkin saya tertekan sangat sampai mata berdarah..
sekarang pun tertekan...sejak 1 minggu yang lepas, hari ini sudah mahu masuk minggu kedua..kelopak mata membengkak..sakit.dan tak selesa...

YATTA!!!!

yay!!!saya bercuti!!!
yaya!!!saya nak balik duduk bawah ketiak mak!!!!
yiihaaa!!!!
oops..tapi bersyarat..kerja mau siap maa....
kalau tak siap dapat bad report maa.....
terima kasih puan bos!! 
hatiku ada pelangi...jangan main-main..

selamat tahun baru cina kepada semua orang cina..nak ang pow?
ahaha...saya tak sambut tahun baru cina...cuma sambut cuti dengan gembira sahaja...
ahaha....

dengan penuh gembira saya nak umumkan, saya nak balik kampung...lepas dah siap jemur kain nanti...eh sebelum balik kena la buat kerja sikit..kalau tak nanti tak ada baju kerja pula...ahaha...

okeylah...selamat bercuti semua..berhati-hati dijalan raya..jangan sampai kena saman ya!