Pages

ORYSENSE

Orysense
Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

CONTEST CREATE NAMA PAGE FB

contest ringkas, tapi agak pening juga nak memikirnya..hihi...

dapat jemputan dari tuan blog untuk join contest ni...segan pula kalau tak join...

Contest Create Nama Page FB 

tuan blog ni menjual barang untuk mama, untuk baby, tudung dan menyediakan perkhidmatan menjahit manik. 

jadi agaknya, apa nama yang sesuai ya?

mama 'n' manja stuffs

okey. otak tepu. itu je idea yang keluar. sesiapa nak join boleh saja. hadiahnya tudung syria  yang cantik!

CONTEST ' NAK SKIRT DARI NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE'

dah lama tak join apa-apa contest....tapi contest ni memang menarik minat aku untuk join sebab....hadiah yang ditawarkan adalah skirt! ai loooooove skirt! kenapa aku suka skirt? sebab skirt boleh sorok kaki gemuk aku....*dan gagak pun melintas...*

hehe...lagipun skirt kan praktikal apa...kalau matchkan dengan blouse, dah boleh pergi kenduri kawen, walaupun tak pakai baju kurung..(terpaksa mengaku, dah tak muat kain baju kurung lagi..hahahaha)

o...key....klik gambar di bawah untuk menyertai contest yang best dari NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE ni ye....saya tag

cik nisa kay yang comel
puan husna adnan yang comel juga
puan ainul adila kawan lama
puan aty 'aku bukan bidadari'

dan

sesiapa sahaja yang tak sengaja terbaca entri aku kali ini...


Norzi Beautilicious House : follower ke 567
NORZI FOODILICIOUS HOUSE : follower ke 93
FB page likes ke 18,668 

KAWANKU ATUL, SHILA, BIELA, NAD DAN GEE

Belajar dalam bidang kreatif, kalau gagal memang ‘sakit’. Begitulah apa yang saya dan lima lagi rakan rasa ketika itu. Namun kegagalan itulah yang membuat kami menjadi rapat. Siapa sangka, peluang kedua selama sebulan menjadikan kami rapat dan boleh bekerjasama dengan baik. Dalam tempoh sebulan, saya, Atul, Shila, Biela, Nad dan Gee telah menempuh pelbagai kesulitan dan ragam pelik yang pasti akan kami kenang sampai bila – bila. Eh...tetapi memang pelajar seni bina punya ragam yang pelik – pelik. Maklumlah, terlebih kreatif.
Perkara pertama yang membuat kami runsing ialah mencari tempat untuk berteduh selama sebulan. Takkanlah mahu menyewa bilik hotel politeknik pula. Kami bukan anak orang kaya. Rata – rata pemilik rumah yang waras pasti tak mahu menerima penyewa selama sebulan sahaja. Mahu menumpang rumah kawan – kawan, err...percayalah, pembaca semua pasti tak mahu tinggal serumah dengan pelajar seni bina. Setelah bertungkus lumus mencari rumah, akhirnya, ada juga yang sudi menerima kami berenam. Terima kasih adik - adik junior!! Jasamu dikenang!
Kami berenam berkongsi bilik utama, yang mana sepatutnya kapasiti maksimum penghuni bilik tersebut sepatutnya untuk tiga orang. Bayangkan, betapa sesaknya bila kami sama – sama berada dalam bilik untuk waktu tidur dan waktu bersiap pergi ke kelas! Seperti ikan sardin terhimpit beramai – ramai dalam tin lagaknya. Itu baru cerita bilik, belum lagi cerita perjalanan ke kelas. Hendak dijadikan kisah, Shila memiliki sebuah kereta kompak Kancil yang diberi oleh ibu bapanya. Dengan kereta itulah kami berenam pergi ke kelas setiap hari. Gila kan kami? Pada mulanya, saya dan Atul mahu jalan kaki sahaja tetapi Shila, membantah. Katanya tidak seronok meninggalkan kawan di belakang. Katanya lagi, susah dan senang biar bersama. Akhirnya, saya dan Atul bersetuju untuk menambah sempitkan ruang dalam Kancil. Sudahlah kami ini “kecil – kecil” sahaja. Kadang – kadang rasa kasihan dengan Kancil Shila. Harus dipandu perlahan setiap kali mahu melepasi bonggol di jalan raya. Jika tidak, alamat sangkutlah. Kan kami semua “ringan – ringan” orangnya?
Pada suatu malam, sedang kami bersiap – siap mahu tidur, Atul tiba – tiba bersuara.
“Nik, tolong hulur SALIHIN Atul”
Dengan serta merta mata yang kuyu terus menjadi segar. Dengan tidak disangka - sangka, yang lain juga mendengar. Apa lagi, memang sepanjang malam Atul kena usik dengan kami. Apatah lagi Salihin itu kacak orangnya. Sebenarnya Atul mahu saya ambil selimut. Dia mahu menggunakan bahasa tambahan yang selalu saya suka – suka tambah dalam satu – satu perkataan. Sepatutnya Atul menyebut ‘SEHELIMUT’, entah bagaimana pula dia boleh tersasul menyebut si kacak Salihin itu. Insiden ini menyebabkan satu permainan tercipta antara kami. Permainan ini dinamakan Permainan Salah Cakap. Mangsa – mangsa yang tersasul ketika bercakap akan dicatat ayatnya. Perkataan yang salah akan digariskan dan perkataan yang betul diberikan. Tiada apa – apa denda pun bagi mangsa, Cuma kena gelak dan kena bahan sehari suntuk sahaja. Permainan ini melibat semua sepuluh pelajar dalam kelas, termasuk termasuk studio master kami, Encik Faizal. Berani sungguh kami mengenakan pensyarah kan? Tetapi kerana permainan ini, kami lebih berhati – hati menyusun ayat untuk bercakap dan hasilnya, pembentangan projek kami menjadi sangat bagus dan teratur bahasanya.
Sebulan berlalu dengan pantas. Pejam celik, selamat sudah kami menempuh semua kesusahan. Mungkin kami tidak serapat dahulu memandangkan masing – masing sudah memilih haluan dan jalan hidup sendiri. Namun saya yakin, apa yang saya kongsi di sini masih kekal dalam memori kawan – kawan saya yang lain. Yang pasti, kami masih kekal sebagai kawan walaupun dipisahkan oleh jarak dan masa.
Capture
p/s: entri ini dibuat khas untuk Pertandingan 'Kawanku....' oleh Husna Adnan. klik untuk menyertai okey.

PENGUMUMAN PENDEK

semua nama penerima giveaway biore sudah dihantar kepada pihak kao malaysia. Harap semua bersabar ye.

PERHATIAN UNTUK NAMA-NAMA DI BAWAH*update**update*

20. athirah 
*22. nananaDya-PRIVATE BLOG
30. Kamila Husna  
*KALAU TIADA RESPON SEHINGGA ESOK MAKA HADIAH AKAN DIBERIKAN KEPADA PESERTA LAIN. HARAP MAKLUM
p/s: dua hadiah yang dimenangi oleh Ammar Zakwan dan Z akan diberikan kepada peserta lain yang akan aku email terus.rayuan tidak akan dilayan kepada 4 nama di atas, kalau sehingga isnin aku belum dapat email dari kamu dan hadiah akan dilepaskan kepada orang lain.

p/s/s: maaf, aku kena buat macam ni sebab hadiah BUKAN aku yang pos, tapi KAO MALAYSIA yang pos. jadi sebab tu aku nak alamat dengan cepat.

p/s:dua nama yang tidak bergaris, hadiah akan diberi kepada orang lain. sekian.

PERHATIAN LAGI!!

SEPULUH PEMENANG LAGI, SILA CEPAT-CEPAT BAGI DETAILS YANG SAYA MAHU UNTUK PENGHANTARAN HADIAH YA...
SECEPAT YANG MUNGKIN.
SEKIAN TERIMA KASIH.

SENARAI PEMENANG

p/s: kalau boleh statekan sekali nama yang anda guna di blog masing2...so saya tahu siapa dah hantar email. kalau boleh dengan kadar segera..pada yang private blog, harap alert juga..
sekian terima kasih.

PERHATIAN!!

kepada pemenang-pemenang yang belum menghantar butiran yang diperlukan kepada saya, sila lakukannya dengan kadar segera.

sekian terima kasih

SENARAI PEMENANG GIVEAWAY : A LOVE TO SHARE

pertama sekali, terima kasih sangat sudi menyertai giveaway yang tak seberapa ni…kalau boleh memang nak bagi semua tapi, memandangkan yang ada pun memang cuma 30 sampel..maka hanya 30 orang sahajalah yang dapat…tahniah kepada yang berjari pantas meninggalkan komen dekat blog ni. kepada yang tidak berjaya, mungkin kalau ada rezeki lain kali boleh cuba lagi..Smile
PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMENANG, SILA EMELKAN
NAMA
ALAMAT(yang ada orang boleh ambil barang ya)
NOMBOR TELEFON
ALAMAT EMEL YANG SAH
 
untuk urusan penghantaran sampel.
1. Nisa Kay
2. norien arshad
3. Ezzaty Emilea
4. m0sHiE~
5. ida fisa
6. Bellmikenzo
7. Hanis 
8. Ayu Othman 
9. fareenajaafar
10. Az Meeda
11. Luna Chempaka
12. NadyaBubble
13. yuka ;)
14. NHY
15. najihah sahami
16. Cik Bunny
18. mie_syah89
19. Z
20. athirah
21. Wawa.Wafiyyah
22. nananaDya
23. starzieti 
24. Alia Farhani 
25. siti nur sarah 
26. nikadilafiziani 
27. Innanie | Ariffin 
28. stormz 
29. cik orked
30. Kamila Husna

sekali lagi..
TAHNIAH!

GIVEAWAY : A LOVE TO SHARE...DITUTUP!

PRIIIIIIIIIIIITTTT!!!!

okey..itu tanda wisel penamat. dengan rasminya saya mengumumkan giveaway ini sudah ditutup.dan sila beri masa kepada saya untuk mem'published'kan komen-komen bertuah anda.

harap bersabar ya!keputusan akak diumumkan selewat-lewatnya malam nanti.

WUUT!! GA MUNGKIN DITUTUP LEBIH AWAL!

SILA ALERT DENGAN TAJUK YA..GA: A LOVE TO SHARE MUNGKIN AKAN DITUTUP LEBIH AWAL DARI TARIKH YANG AKU DAH BERI TADI..
ADA LAGI 6 SAMPEL SAHAJA.JADI CEPAT-CEPAT TINGGALKAN KOMEN.
PENYERTAAN AKAN DITUTUP PADA KOMEN MENCECAH 30.

p/s : aku cuma nak berlaku adil kepada 30 orang yang pertama tadi yang komen..sila jangan marah!

GIVEAWAY : A LOVE TO SHARE

GIVEAWAY : A LOVE TO SHARE...SUDAH DITUTUP!

ingat tak aku ada cerita aku dapat ‘love pack’ dari kao malaysia? tak perasan? baru pertama kali datang sini? okey klik SINI.

sebab aku suka sangat dengan BIORE MAKEUP REMOVER FOR EYE AND LIP ni, maka aku pun nak kongsi dengan kamu semua. KAO MALAYSIA ada 30 SAMPEL(bukan saiz penuh) BIORE MAKEUP REMOVER FOR EYE AND LIP untuk diberi kepada 30 pembaca blog CERITA SUKA SUKI yang bertuah.
caranya?
senang sangat. cuma jadi 30 tukang komen pertama untuk entri ini, tapi, ada terma dan syarat yang harus dipatuhi.

syarat-syarat penyertaan:
1.warganegara malaysia yang tinggal di malaysia sahaja
2. mesti ada identiti dan blog. anonymous tidak dibenarkan
2. hanya komen sekali sahaja dan tinggalkan kesan tapak kaki kamu semua.
3. tak perlu buat entri.nak buat pun boleh.(sebab GA ni basic from siapa cepat dia dapat) follow? terpulang. cuma kalau terlepas berita pemenang jangan marah.
4. hanya 30 komen yang akan published, jadi sesiapa yang komen, tetapi tak terbit jangan kecewa ya.
5. semua hadiah akan dihantar terus oleh KAO MALAYSIA, jadi mungkin mengambil sedikit masa jadi harap bersabar dan jangan marah-marah.

senang kan? jadi sila komen cepat-cepat.
bermula sekarang, rabu-26/10/2011 – sabtu-29/10/2011 tepat 12 malam.(mungkin ditutup lebih awal kalau banyak sangat komen,)

p/s : maaf ada sikit kesilapan maklumat tadi. kucing pijak keyboard kena butang backspace pula..miahn!

MENANG CONTEST LAGI..SYUKUR!

aku dah cerita aku ada menang contestkan hari tu??
hadiah dah sampai semalam...tapi hari ni baru dapat..
hehehe..
 bungkusan tiba dengan selamat!
 seperti biasa, secure with bubble wrapper tu...
tadaa!! hadiah utama lima produk naturactor pilihan sendiri. aku pilih hair oil, pressed powder, summer cake, moist cream dan night cream.

terima kasih kak zunita!!

kamu-kamu kalau nak beli produk naturactor ni aku cadangkan beli dengan kak zunita. pasti produk original dari jepun!!

DALAM SAKIT TERSIHAT SEKEJAP

semalam aku muntah-muntah dan ci...er..malu ah nak sebut...hari ni pun terpaksa mc memandangkan aku masih terketar-ketar nak berjalan.hehe..

tapi dengan tak disangka-sangka dapat mesej dekat fb, aku menang contest...weee!!!
tersihat sekejap.memanglah. dapat hadiah utama tu...hehe...

contest yang aku join tu adalah contest yang ini

mungkin rezeki nak jadi pengantin agaknya...
apapun..Syukur Alhamdulillah...

akan ada review kedua nanti InsyaAllah

HADIAH CONTEST MY DREAM WEDDING

ingat tak aku ada masuk contest my dream wedding?

aku dapat tempat ketiga

(huhu…pertama kali menang contest..terharu…sob..sob…shrooootttt!!!!)

kalau kamu-kamu ada baca entri ini, mesti rasa teruja(KE?) nak tahu isi bungkusan ketiga?

okey…ini dia!!!!!!

100_1751100_1754

comel-comel kan????kan????aku suka semua hadiah-hadiah tu..

terima kasih cik tuan punya blog!!!

GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE

arakian dihikayatkan pada zaman yang tidak begitu dahulu adapun hanya senja hari ini cuma. maka dengan segera dan tidak bertangguh diselangi blogwalking yang tidak memakan masa sepurnama perjalanan melainkan menggunakan jari semata aku menerima tag daripada nisa kay

okey. sudah-sudah dengan mukadimah ala hikayat merong mahawangsa. jangan pening.
yang sebenarnya dragon ball ada tujuh biji semuanya aku nak menyertai GA dari blog cik Dil.

klik banner untuk terus ke blog cik Dil

senang sangat. klik sahaja banner untuk terma dan syarat okey?

untung-untung dapat doodle kiut miut. bukan senang nak buat(walaupun aku boleh melukis cuma tak rajin).

nak tag


dan 


tak lupa juga kepada

followers aku yang tak berapa nak ramai ni.

HUHUI..MENANG CONTEST!

ingat tak sebelum ni aku ada join satu contest?? ala...susah-susah rujuk sini
dengan tidak disangka..aku menang..tempat ketiga..dan..dapat hadiah istimewa juga..
rezeki nak kahwin agaknya...hehe...terubat rasa penat balik dari terengganu.
terima kasih tuan contest, blog red apple.
tahniah juga pemenang-pemenang lain..!! 

CONTEST:MY DREAM WEDDING(bukan aku memang nak kawen ke??)

ahaha...kali ni aku(rasanya dah sampai masa aku tukar kata ganti nama dalam blog ni) nak join satu contest yang aku kira menarik juga..terutama untuk kaum HAWA la kan.

maklumat lanjut klik dekat link atas banner.ok? 

dah namanya perkahwinan impian..maka kamu-kamu-kamu boleh berangan tak ingat dunia tentang perkahwinan  masing-masing..okey?

aku nak perkahwinan aku dalam taman. terutamanya time akad nikah tu.
bayangkan kita ada satu wakaf atau pelantar besar kat halaman rumah yang dihias lawa untuk tujuan pernikahan. orang ramai boleh tengok tak payah berhimpit-himpit.buat sesak otak je. lepas tu bila saksi kata sah! ramai-ramai amin kan...weee..best taw! agak-agak mak aku kasi tak kalau aku nak buat macam tu?

*wakaf lebih kurang macam ni la aku nak.kira wakaf merangkap pelamin.

okey..bab sanding-sanding memang tak pernah masuk dalam senarai angan-angan aku.betul.aku tak tipu. tapi angan-angan nak ada pelamin cantik memang lah ada.tipu lah kalau kata tidak kan?
aku nak pelamin style dalam taman. walaupun indoor, tapi konsepnya mesti nampak dalam taman. konon macam fairy garden...sweet..kan?

baju?
untuk baju nikah aku nak kurung moden je. kurung pahang pun nampak cantik juga kan?
(simple betul angan-angan)
ya..simple..sebab aku seorang yang simple. aku tak suka benda leceh-leceh.
untuk majlis sanding, aku nak dress.tak mau kebaya moden leret-leret lantai. lace penuh sebadan.
kalau boleh aku nak nampak unik pada hari perkahwinan aku.unik,tapi remarkable
*unik kan?

bunga nak pengang definitely carnation!aku sejak dulu minat carnation!sebab carnation lagi tahan dari ros!

dan kad kawen....oleh sebab aku ni designer, maka kad kawen adalah rekaan aku sendiri.
aku lebih sika yang simple..macam ni
atau
*cool eh?macam jemputan dari istana!walla weh!

kamu semua dah nampak warna apa yang muncul dalam impian aku kan?warna tulah nanti aku nak pakai untuk tema aku..sweet spring fairy and romantic!ecewah!

ya..angan-angan aku tak besar sangat untuk wedding aku...sebab aku tak mau berangan terlalu tinggi.takut kalau tak dapat, nanti sedih wooo...so aku berangan sikit-sikit, dan akan berusaha nak capai.

jadi untuk contest ni aku nak tag
nisa kay

FERR LULU CONTEST

terjumpa contest ini diblog Ezan Idma.
tuan tanah contest sama dengan tajuk.
contest tentang ayah.
nak tau lebih lanjut klik sini 
  • arwah ayah saya masa muda mudi kachak..hehe
  • dia suka kucing 
  • dia ex-student UKM
  • dia juga bekas pengetua SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SULTAN AZLAN SHAH, SERI ISKANDAR(SMKASAS) 
  • dia garang.sama ada sebagai ayah atau cikgu
  • walaupun garang, dia sayang anak-anak dia.buktinya, masa saya demam panas sampai kejang dia drive laju dari Ipoh nak sampai kampung tanpa fikir keselamatan dirinya.
  • kali terakhir beliau beri saya duit adalah untuk beli laptop dengan pesanan 'lepas ni pae tak ada duit nak bagi kamu dah'.genap 2minggu selepas itu dia pergi.malangnya saya tak sempat memohon ampun.
  • ailebiu pae!

nak tag

CONTEST GAMBAR PALING COMEL

wuuu...teruja tak??teruja tak???
saya teruja...semasa singgah di blog EZAN EDMA-ALL ABOUT CONTEST,
nampak entri yang menarik ni...contest gambar paling comel.....
contest ni dibuat oleh nIEza-AKU MAHU DAMAI..

senang sangat contest ni....nak tahu lebih lanjut klik banner contest ya....

gambar yang saya nak tampal untuk contest ni adalah...
erk..dalam gambar langsung tak ada elemen kenyit mata, jelir lidah atau bibir muncung.....
tapi saya tetap rasa gambar ini comel sebab mimik muka konon 'innocent' menjadi...hahahaha.....
gambar ni saya snap guna webcam laptop sahaja...sebab tu nampak banyak bintik...eh..itu pun boleh kira comel kan???

okey...sekarang saya mahu tag tiga budak yang comel untuk join.
  1. nisa suka menaip
  2. hana yang rajin buat tutorial
  3. ayun yang stylish