Pages

ORYSENSE

Orysense

::RANDOM RANT:: MINYAK NAIK 20 SEN

Heheh..post ini tak ada kena mengena pun dengan kenaikan harga minyak(isu ni basi dah puunnn!!) lalalalala..saja letak tajuk merepek, tengok banyak mana dapat hits...hehehe...

Aku sebenarnya nak share tips nak dapatkan 'exact litre for what u pay'...eceh kecek omputih sesekali ape salahnye..

 Amalkn pengisian myk dlm jmlh liter, bkn nya ringgit.

Contoh:
Pergi ke kaunter, ckp nk isi 20 liter. pastu byr RM46. ini lbh baik drpd isi RM40, krn jmlh minyak yang masuk adalh 15.7894737 liter. Sedangkn nozzle hanya menyukat sehingga 2 tmpt perpuluhan shj.
Maknanya kita rugi 0.0094737 bg setiap pengisian RM 40. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 org y isi RM40, stesen mykk dah untung 9.4737 liter. itu kalau 1000 org, kalau 1p hari? sebulan? itu hanya pengiraan ringkas utk pengisian RM40 sahaja. bayangkn, brapa byk stesen minyak akn untung ats selisih kiraan jumlah liter ini.
Sbb itu stesen myk selalu bt program cabutan bertuah dgn pembelian minimum RM40. mereka mahu menanam sifat mengisi myk mengikut nilai rm, bkn ikut nilai liter.

Isi dalam liter.
 
1liter harga rm2.30
isi lah rm23 jadi 10liter
isi rm46 jadi 20 liter
isi rm69 jadi 30 liter
kalu isi 35 liter darab dgn rm2.3.
 
kalu isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah trdekat.
 
contoh 31.777 liter. rugi sikit, tp kalu tiap2 hari toukeh stesen minyak yg untung

Tambahan: kalau korang nak isi kurang dari RM23, tapi masih mahu liter yang tepat lagi jitu, boleh isi:
 
5 liter = RM11.50

Harap dapat beri manfaat kepada semua.

PERBANDINGAN : EVE LOVE SASSY vs UNIMOM ALLEGRO

Baru-baru ni, aku beli breast pump baru.-pembaziran sungguh la kan....-

Aku terpengaruh ngan design yang comel gila tu...muehehe...selain tu aku suka breast shield si sassy ni...tu yang sudahnye beli juga...-alasann!!-okey la. Aku kasi point pro dan cons, senang mak-mak sekalian nak survey..cekidaut!

Eve love sassy.
Pro:
-Comel, ringan-seri-
-Operasi guna eletrik atau bateri standard AA.-unimom win!-
-Skrin lcd, 2 mode stimulate dan expression button.-unimom cuma ada butang on/off dan butang laras kekuatan-
-Breast shield silikon yang best gila! Selesa!-ini yang paling aku suka! Unimom kena pasang lapik silikon tu kalau nak selesa-
-Motor auto set 30 minutes pumping session-unimom kalah-
-Heavy duty.-unimom kalah-
-Kuasa sedutan boleh tahan, tapi tak menyakitkan. 9 level kekuatan sedutan-unimom 7 level-
-Tak ada back flow. Sebab sistem breast shield gula close system.-dengan unimom, seri-

Cons:
-Single breast pump-tak tau la kot boleh convert macam medela swing. Tak cuba lagi. -Unimom win!-
-Bateri tak built-in.-tak pasti boleh guna powerbank atau tak. -Unimom win!-
-Expression mode dia sedut berterusan. Tak ada sedut-rehat. Agak kurang seronok di situ-unimom allegro win suction rythym!-
-Tak ada spare part dijual buat masa ni -tapi boleh kot guna lacte duet punya parts. -Unimom win!-

Buat masa ini, takat tu je yang aku boleh senaraikan..jadi aku kasi 4 bintang untuk eve love sassy yang seksi ni!!

p/s: bagi mak-mak yang sedang mencari breast pump, boleh consider jenama eve love. Sebab jenama eve love ni buatan malaysia, ilham dari pakar laktasi. Harga pun berpatutan..

PENGALAMAN BERSALIN 2

Salam semua!

Sihat korang? Aku...bolehla..demam sikit...
Nak bagi tau, aku dah bersalin. Yay!..

Alhamdulillah, Allah mudahkan semuanya kali ni untuk aku. Dari awal mengandung, sampai bersalin, semuanya agak mudah. Syukur!

Aku nak kongsi pengalaman aku kali ni..-poyo betul...tiap kali beranak nak citer....-

Hihihi...tak lah..aku cuma nak cerita, betapa setiap kali mengandung dan melahirkan, pengalamannya takkan sama..ibarat setiap kali mengandung, adalah kali pertama mengandung! Pandai-pandai je aku ni...haahahahaha!!!

Okey berhenti merapu.

Pengalaman aku kali ni agak cemas dan kelakar sikit, bila difikir semula lah...

Yelah. Aku langsung tak perasan sakit contraction aku dah bermula sejak malam ahad lagi..

Dah la hari jumaat tu aku boleh lagi memandu sampai kuala selangor melawat mak mertua. Siap ukur tesco lagi. Paling cool, aku berdua je dengan naufal....bermalam satu malam kat kuala selangor. Tu pun mak mertua tanya, 'esok nak balik sg buloh ke?'......(aku stay kat kampung sejak minggu 32..PJJ la..) gelak-gelak aku jawab tak. Takut tak larat balik..jauh juga kuala selangor-bagan datoh oi...

Sabtu tengah hari drive balik. Sempat singgah kepsi..huhui! Masa tu memang dah ada sikit rasa lain macam, tapi aku cuma anggap sakit tipu..petang tu akak aku sampai kampung bawak sate, melantak sate pulak......

Tengah malam tu, terasa lendir turun. Tapi aku anggap keputihan..sebab tak ada berdarah pun..dan tak sakit. Jadi aku tidur.....

Pukul 5 pagi, the terror begin...
Sebelum tu aku dua-tiga kali terjaga. Sakit. Tapi tak terfikir nak tengok jam, sampai la sakit yang kali ke-3. Tengok jam, 4.57a.m. Dan setiap kali contraction, berselang 5-6 minit..

5.30 a.m, aku bagitahu mak aku, aku dah sakit berselang 5 minit. Mak aku relaks je. Lama lagi kot...-katanya. Jadi aku duduk dulu..kemudian aku mandi..sambil mandi sambil menahan sakit..meleleh air mata. Huhui....

Elok subuh masuk, aku cepat-cepat solat. Sambil menahan sakit.
6.15a.m, aku dah tak boleh tahan sakit lagi. Kakak aku terkejut bila aku cakap sakit dah selang 5 minit. Dah dekat tu-katanya.

6.30 a.m, buru-buru pergi hospital. Adik aku drive. On lampu kecemasan. Bawak myvi laju gile. Dalam kereta sakit makin kerap. Aku dah siap meneran hoi..mesti cuak adik aku.. Hahahahaha.....aku siap tolong tekan hon bila ada teksi di lorong kanan tak nak ke tepi. Dah la lambat, tak bagi laluan pulak. Adik aku tekan hon sopan sangat. Aku yang tengah sakit tekankan, memang serupa gangster la..

7.20 a.m, check in kat LR. Misi check bukaan(prosedur biasa)..memang dah rasa kepala. Terus dia sorong aku masuk ruang bersalin..terus bagi arahan bukak set.

Teran punya teran, 7.25 a.m, keluar lagi seorang umat Muhammad...yang cantik, yang comel, yang baik...hihihi...

Gitu la al-kesahnye...boleh buat drama. Huhui!

Aku bertuah, Allah mudahkan semuanya untuk aku kali ni. Aku memang berdoa, supaya aku dapat rasa sakit yang datang secara semulajadi. Yang tak perlu dipaksa-paksa. Mungkin itu hikmahnya, doktor bagi aku tarikh edd yang baru. Kalau tak, mesti tak merasa macam ni..

Alhamdulillah....

p/s: memang banyak sangat beza sakit induce dengan semula jadi..

HUTANG

Hutang.

Bayak jenis.
Hutang duit. Hutang solat. Hutang puasa. Hutang budi.

Hutang duit, hutang solat, hutang puasa semua wajib dibayar semula pada yang berhak.

Hutang budi, cukuplah kalau dihargai, dan diingati sampai mati.

ANAKKU NAKAL?

Naufal baru berumur 1 tahun 8 bulan hari ni...sikit lagi jadi abang long...

Biasalah..umur tengah nak melasak..nak eksplore sana-sini...sel-sel otak sedang berhubung katakannnn...

Aku tak pernah gelar anak aku nakal, atau degil..sebab korang pun tahu, apa yang keluar dari mulut sorang mak ni merupakan satu doa...

Tapi berdesing gak telinga bila orang lain gelar dia nakal dan degil...

Mungkin ini lah perasaan jadi mak. Anak sendiri memang thorbaek daripada anak orang lain..huhui...

Yang aku tak puas hati, anak aku kecik lagi oi...dalam proses nak belajar. Proses memaham...memang la akan melasak, mengusik itu ini...semua budak pun akan lalu fasa ni..tak adil la kata dia nakal dan degil sedang kau pun sama, asyik nak bantah cakap mak kau...

Entah. Mungkin aku yang over sensitip kot...ngan budak darjah 4 pun nak taching-taching...hahaha!!!!

p/s: rasanya aku darjah 4 dulu tak pernah lagi panggil budak baya naufal tu nakal. Tapi aku akan cakap lasak sangat atau gembeng. Kuikuikui...