Pages

ORYSENSE

Orysense

PENGALAMAN BERSALIN 2

Salam semua!

Sihat korang? Aku...bolehla..demam sikit...
Nak bagi tau, aku dah bersalin. Yay!..

Alhamdulillah, Allah mudahkan semuanya kali ni untuk aku. Dari awal mengandung, sampai bersalin, semuanya agak mudah. Syukur!

Aku nak kongsi pengalaman aku kali ni..-poyo betul...tiap kali beranak nak citer....-

Hihihi...tak lah..aku cuma nak cerita, betapa setiap kali mengandung dan melahirkan, pengalamannya takkan sama..ibarat setiap kali mengandung, adalah kali pertama mengandung! Pandai-pandai je aku ni...haahahahaha!!!

Okey berhenti merapu.

Pengalaman aku kali ni agak cemas dan kelakar sikit, bila difikir semula lah...

Yelah. Aku langsung tak perasan sakit contraction aku dah bermula sejak malam ahad lagi..

Dah la hari jumaat tu aku boleh lagi memandu sampai kuala selangor melawat mak mertua. Siap ukur tesco lagi. Paling cool, aku berdua je dengan naufal....bermalam satu malam kat kuala selangor. Tu pun mak mertua tanya, 'esok nak balik sg buloh ke?'......(aku stay kat kampung sejak minggu 32..PJJ la..) gelak-gelak aku jawab tak. Takut tak larat balik..jauh juga kuala selangor-bagan datoh oi...

Sabtu tengah hari drive balik. Sempat singgah kepsi..huhui! Masa tu memang dah ada sikit rasa lain macam, tapi aku cuma anggap sakit tipu..petang tu akak aku sampai kampung bawak sate, melantak sate pulak......

Tengah malam tu, terasa lendir turun. Tapi aku anggap keputihan..sebab tak ada berdarah pun..dan tak sakit. Jadi aku tidur.....

Pukul 5 pagi, the terror begin...
Sebelum tu aku dua-tiga kali terjaga. Sakit. Tapi tak terfikir nak tengok jam, sampai la sakit yang kali ke-3. Tengok jam, 4.57a.m. Dan setiap kali contraction, berselang 5-6 minit..

5.30 a.m, aku bagitahu mak aku, aku dah sakit berselang 5 minit. Mak aku relaks je. Lama lagi kot...-katanya. Jadi aku duduk dulu..kemudian aku mandi..sambil mandi sambil menahan sakit..meleleh air mata. Huhui....

Elok subuh masuk, aku cepat-cepat solat. Sambil menahan sakit.
6.15a.m, aku dah tak boleh tahan sakit lagi. Kakak aku terkejut bila aku cakap sakit dah selang 5 minit. Dah dekat tu-katanya.

6.30 a.m, buru-buru pergi hospital. Adik aku drive. On lampu kecemasan. Bawak myvi laju gile. Dalam kereta sakit makin kerap. Aku dah siap meneran hoi..mesti cuak adik aku.. Hahahahaha.....aku siap tolong tekan hon bila ada teksi di lorong kanan tak nak ke tepi. Dah la lambat, tak bagi laluan pulak. Adik aku tekan hon sopan sangat. Aku yang tengah sakit tekankan, memang serupa gangster la..

7.20 a.m, check in kat LR. Misi check bukaan(prosedur biasa)..memang dah rasa kepala. Terus dia sorong aku masuk ruang bersalin..terus bagi arahan bukak set.

Teran punya teran, 7.25 a.m, keluar lagi seorang umat Muhammad...yang cantik, yang comel, yang baik...hihihi...

Gitu la al-kesahnye...boleh buat drama. Huhui!

Aku bertuah, Allah mudahkan semuanya untuk aku kali ni. Aku memang berdoa, supaya aku dapat rasa sakit yang datang secara semulajadi. Yang tak perlu dipaksa-paksa. Mungkin itu hikmahnya, doktor bagi aku tarikh edd yang baru. Kalau tak, mesti tak merasa macam ni..

Alhamdulillah....

p/s: memang banyak sangat beza sakit induce dengan semula jadi..

HUTANG

Hutang.

Bayak jenis.
Hutang duit. Hutang solat. Hutang puasa. Hutang budi.

Hutang duit, hutang solat, hutang puasa semua wajib dibayar semula pada yang berhak.

Hutang budi, cukuplah kalau dihargai, dan diingati sampai mati.

ANAKKU NAKAL?

Naufal baru berumur 1 tahun 8 bulan hari ni...sikit lagi jadi abang long...

Biasalah..umur tengah nak melasak..nak eksplore sana-sini...sel-sel otak sedang berhubung katakannnn...

Aku tak pernah gelar anak aku nakal, atau degil..sebab korang pun tahu, apa yang keluar dari mulut sorang mak ni merupakan satu doa...

Tapi berdesing gak telinga bila orang lain gelar dia nakal dan degil...

Mungkin ini lah perasaan jadi mak. Anak sendiri memang thorbaek daripada anak orang lain..huhui...

Yang aku tak puas hati, anak aku kecik lagi oi...dalam proses nak belajar. Proses memaham...memang la akan melasak, mengusik itu ini...semua budak pun akan lalu fasa ni..tak adil la kata dia nakal dan degil sedang kau pun sama, asyik nak bantah cakap mak kau...

Entah. Mungkin aku yang over sensitip kot...ngan budak darjah 4 pun nak taching-taching...hahaha!!!!

p/s: rasanya aku darjah 4 dulu tak pernah lagi panggil budak baya naufal tu nakal. Tapi aku akan cakap lasak sangat atau gembeng. Kuikuikui...

SAPIH VS TANDEM

Sapih? Apa tu? Serpihan apa-apa ke?

Bukan. Sapih tu cerai susu atau wean off la bak kate orang puteyh....

Jadi apa kaitan sapih dengan tandem nursing?

Meh aku cerita sikit.

Katakan korang dalam situasi aku.
-Mengandung lagi padahal anak belum pun setahun.
-Anak masih menyusu badan(walaupun campur fm)
-Orang tua keliling korang bising suruh korang sapu benda-benda pelik kat miss b korang supaya anak tak menyusu badan lagi dengan alasan ambil hak adik..

Ape korang buat?
-Gugurkan kandungan?(NAUZUBILLAHI MIN ZALIK!)
-Ikut cakap orang tua?
-Self research/consult doktor?

Mula-mula aku tengok result upt, perasaan aku bercampur baur. Antara rasa bersalah dan gembira. Bersalah sebab Naufal masih kecil. Gembira sebab Allah sayang aku. Masih sudi bagi rezeki anak walaupun aku ni bukan manusia solehah. Alhamdulillah!

Lepas tu aku mula terfikir, patut ke aku terus menyusukan naufal atau paksa wean off? Yelah, peringkat awal kandungan kan, faham-faham la, agak berisiko menyusukan anak ni...

Selepas aku pandang muka comel naufal, aku ambil keputusan untuk terus susukan dia..sambil tu aku tawakkal aje. Kalau Allah memang nak beri aku rezeki anak ni, aku yakin, Dia akan tolong aku jaga kandungan ni. Kalau bukan rezeki, aku wean off pun, Dia akan ambil balik juga.

Alhamdulillah, sepanjang aku menyusukan naufal semasa mengandung ni, tak pernah rasa sakit perut langsung. Kandungan aku berkembang baik-baik saja...tipu la x sakit. Tapi yang sakit bukan perut tapi miss b(hormon berubah beb)

Cabaran paling besar menyusukan anak semasa mengandung ni bukan dari anak. Aku rasa korang setuju kalau aku kata cabaran paling besar datang dari orang tua keliling korang..

Tiba-tiba je kata buat camtu rampas hak adik.. Like..seriously? Baby tak keluar pun lagi. Abes susu yang ada nak bagi siapa? Kucing? Diorang ada fikir tak perasaan mak-mak yang dipaksa menyapih anak yang masih mahu bf ni?

Aku pun sekarang dalam usaha untuk wean off naufal, supaya dia tak terlalu bergantung kat aku. Yelah. Aku dah 33minggu oit..susah orang nanti nak jaga naufal...

Tapi sejak awal lagi aku memang dah pasang niat, untuk tandem nursing, abang dan adik, selagi mana aku mampu..

Cuma tu la..bukan mudah nak tandem nursing..cabaran banyak. Paling teruk, nak menahan telinga..bagi aku, ayat-ayat yang keluar dari mulut orang lagi mengganggu emosi dari rengekan anak. Serius!

Nak-nak dengar ayat gini -ai dulu baby 3 bulan dah sapih. Tak tunggu 2 tahun-

It is up to me lah. My body, my baby. Ai tak suruh u susukan anak ai pun. Jangan banyak bunyi boleh tak?-mau je aku jawab gitu..

Life is not easy, when you are surrounded by the negative minded people..

p/s: please, jaga perasaan orang bila kelyarkan ayat.

BOTOL SUSU, SIAPA YANG OVER?

Tengok tajuk mesti la korang boleh agak kan jawapannya?

Opkos la mak-mak yang over terlebih. Hahahaha...

Nampak botol cute sikit berkenan. Design brand tu cute, BELI! Design ini unik, BELI!

Padahal anak dok pilih-pilih sebenarnya putingnya, bukan botolnya...muehehehehe....

Macam Naufal, tak memilih(dulu la..masa baby) untung aku.

Tapi masalah problemnya, aku pula yang tak suka tengok susu meleleh keluar dengan deras sampai tersedak anak aku tu(even wif TT)

Jadi aku berusaha juga cari botol anti-colic. Antara yang pernah aku cuba:
-U.S Baby
-Anakku
-Breast flow
-Fiffy(botol dia dalam kotak, puting special)

Semua yang di atas tak anti colic. Kat packaging claim baby sedut baru keluar susunya. Tapi aku test sendiri, lajuuuu je susu menitik. Cuma yang paling okey puting us baby tu la..tapi puting keras.

Kemudian tak lama lepas tu aku terbaca review Botol Pigeon Peristaltic Plus dari blog aty..then aku terfikir, untuk cuba....aku pergi la manjaku sebab kat sana ada jual...gila mahal gak botol dia(bagi aku)..
Jadi, aku beli puting dia je..lagipun aku memang guna botol wide neck, sebab senang nak bancuh susu.

Balik basuh terus cuba. Memang puting yang memenuhi claim dia! Tak menitik langsung. Dan naufal pun tak tersedak lagi..saya suka saya suka!! Dan lebih murah dari puting TT, U.S Baby.

Sejak tu memang guna puting pigeon pp je. Botol je cap ayam. Yelah. Nak tukar 3 bulan sekali kata kau...haru la nak beli mahal-mahal..

Cuma lecehnya nak cari botol susu yang penutupnya ngam-ngam ngan tinggi puting tu yg payah sikit. Setakat ni paling masuk baby kiko, disney. OK Baby pun ngam tapi, longgar..dan kadang-kadang, bila naufal campak-campak botol dia, abis barai semua. Heheh...

Ikut pendapat aku kalau anak korang cerewet tak mahu berbotol, cuba tukar puting dulu. Pilih yang standard bole guna ngan mana-mana botol, tak kira standard or wide neck. Kalau tak jalan juga, baru pergi beli botol special cam mimijumi, avent natural, tommee tippee, momma dan etc...tak la korang pening anak belum setahun botol susu dah sedozen..

Belanja ngan bijak kate ko kannn...

Maaf la tak bergambar..(macam tak biasa..) maklumlah, hapdet pakai enpon aje..

p/s: botol breast flow tu sape nak aku kasi free je. Tapi puting beli sendiri. Aku baru guna 3-4 kali je..