Pages

ORYSENSE

Orysense

::RANDOM RANT:: SUPPLEMENT

Assalamualaikum. Hai.

Betul la aku ni blogger chipsmore. Jap ada jap takde...mihihihi...

Bukan ape. Aku adalah orang yang tak reti tinggalkan banyak-banyak draf dan buat schedule post. Selalunya dalam draf tu cuma tajuk. Tak ada entri. Akhirnya sendu je. Kosong selamanya..mihihihi...

Okey. Berhenti merepek.

Korang makan supplement? Tak kisah la, brand apa pun.

Aku?

Biasalah. Chipsmore. Ada bajet, ada lah makan. Kalau tak ada, duduk diam-diam.

Penting ke makan supplement ni? Perlu ke?

Setengah orang cakap tak perlu. Setengah cakap perlu.

Pada aku terpulang. Aku pun bukan jenis konsisten makan supplement. Sebab tu kulit kusam. Sendu. Hahahaha...

Kalau korang jenis makan seimbang, sayur buah tak tinggal, aku rasa tak perlu la kot ambil supplement beria-ia. Ambil setakat yang korang rasa korang kureng dalam intake harian. Atau ambil sejenis yang boleh cover banyak, macam collagen drinks ke, multivitamin ke..tu contoh la.

Macam aku ni, kadang-kadang makan sayur dan buah, kadang-kadang tak. Susukan anak lagi. Jadi supplement sepatutnya wajib ambil. Sebab ambil supplement macam chipsmore la kulit sendu. Rambut luruh teruk sangat. Nasib baik tak botak. Wuuhuhuhu..

Banyak-banyak supplement aku pernah cuba, yang paling serasi dengan aku ialah double stem cell. Familiar? Memang berkesan. Cuma yang tak tahan, harganya agak cekik darah..maklumlah..produk mlm. Kalau aku kaya, selamba je boleh beli lagi.

Produk minuman berkolagen pun aku pernah cuba. 3 jenama aku pernah minum. Tapi agaknya produk berkolagen dengan aku ni tak berapa sherashi bersama. Tak banyak perubahan sangat, compare dengan DSC tu. Tapi serius, ephyra adalah minuman berkolagen paling sedap aku pernah minum. Tak tipu.

Sekarang aku try blink blink glomax. Keluaran beauty herbs. Anak syarikat dunia herbs losyen mustajab tu. Tapi blink2 ni bukan minuman berkolagen. Tapi blink2 ni minuman kaya antioksidan dan bertindak sebagai collagen booster semulajadi untuk badan. Setakat ni aku rasa serasi dengan blink2. In Shaa Allah, aku nak cuba konsisten. Lagipun harga dia tak mahal sangat. In Shaa Allah masih mampu beli. Nanti kalau rajin aku review k.

::RANDOM RANT:: 31 TAHUN

Assalamualaikum. Hai.

Ahad lepas, birthday mak cik. Happy birthday to mak cik..

Tak banyak pencapaian pun sepanjang aku hidup ni..aku pun just an average person..

Kadang² perasaan i was born as a failure pun ada.

Aku bukan exellent student. Tak aktif bersukan. Kadang² suka mengular(masa skulah dulu).

Zaman sekolah sampai masuk politeknik, rekod bersih. Tak ada skandal boipren gelpren. Lagipun aku tak suka. Aku buat kelaku aneh sikit pun terus ada tukang repot kat arwah ustaz suhot. Ingat senang jadi anak ustaz?

Orang selalu lupa, anak ustaz pun manusia.

31 tahun hidup. Setahun lebih dekat dengan mati. Dan kembali sendiri.

*doakan kami anak beranak mudah beroleh rezeki. Yang penuh berkat.*

::RANDOM RANT:: VAPE vs ROKOK

Assalamualaikum. Hai.


Kecoh isu ura² pengharaman vape baru² ni. Berhari-hari media dok tayang, ulang, kupas isu ni sepanjang minggu.

Dalam fb berapa ramai umat membantah dan membentang hujah kebaikan vape berbanding rokok.

Aku sebagai pembaca komen, cuma kunyah popcorn melihat perbalahan penyokong dan pembangkang. Mehehehe...

Aku secara peribadi, pun tak suka budaya vape yang semakin menjadi-jadi sekarang ni. Anak muda konon style sangat la selpi asap berkepul dari mulut dah serupa naga. Yang perempuan pun join sekaki setudung. Ingat lawa?

Tapi. Ikutkan aku masih boleh tolerate orang vape, berbanding rokok. Nak tau kenapa?

  • Vape tak meninggalkan sisa sampah. Aku paling benci orang merokok, tak simpan balik bekas abu rokok dia sendiri. Dah berapa kali anak2 aku kunyah sisa puntung rokok tu tau dak?
  • Bau asap vape less annoying dari asap rokok.
Dua sebab yang aku bagi tu, bukan bermaksud aku menyokong kegiatan vape merata² ni. Aku masih tak suka orang vape sembur² merata. 

Alasan vape untuk berhenti merokok tu sebenarnya tak berapa relevan sangat bagi aku. Kalau betul² nak berhenti, tak perlu cari alternatif pun..asalkan betul² nekad, mesti boleh punya.

Ada satu tip paling berkesan kalau nak berhenti. Tiap kali rasa nak merokok, bukak quran, ngaji. Setiap kali. Jadi sediakan naskhah quran kecil dalam poket, sentiasa bawa sana-sini kecuali tandas lah.

Lama² In Shaa Allah, berjaya. Bebas rokok, khatam quran.

Till then, tata titi tutu!

::REVIEW:: EPHYRA SKIN BAR

Assalamualaikum. Hai.

Ephyra. Tak payah nak perkenalkan lagi dah. Memang dah terkenal pun kan. Tambah duta dia Memey Suhaiza yang cantik menawan tu. Lagipun blogger² mesti dah kenal pun...

Kali ni nak review ephyra skin bar pulak. Ikutkan aku tak la fan dengan pencuci muka bentuk pepejal ni..sebab aku menyampah bila bekas letak sabun tu tersenggol, jatuh ke lantai, isi terburai..bilik air bukan mak cik sorang je guna. Tak semua orang cermat kan...

Okey lah. Abaikan rungutan mak cik.


First impression. Warna biru sabun ni mengingatkan aku pada perfume fav aku, oceanus dari the bodyshop. Bau pun wangi..tapi tak over. Just nice.

Sabun ni boleh potong² untuk lebih jimat. Aku potong 4. Aku beli sejak september. Sekarang dah november. Baru nak masuk potongan ketiga. 'Gila jimat. Macam tak luak je aku guna'. Aku tau korang-fikir-macam-tu-kan?

Gambar pinjam. Cer tenung watermark ntok tuan asal. Pakai phone ni malas sikit nak letak link.

Hampir 2 bulan guna, memang ada la improvement, macam kulit lebih lembut, blackhead makin kurang, kulit kurang berminyak..paling ketara, nak sapu foundation senang gila. Smooth je kulit.
Tapi..
Aku tetap memerlukan pelembab kulit lepas cuci muka. Sebab kulit terasa sikit kering lepas cuci. Maklumlah. Kulit 3 series..kohkohkoh..

Aku juga ada buat kerja gila. Pakai sabun ni jadi syampu rambut. Serius best. Lagi best dari guna syampu komersil. Aku mengalami keguguran rambut yang agak teruk juga. Tapi sejak aku buat kerja gila ni, rambut kurang gugur. Syaratnya lepas korang sab..eh syampu rambut tu, guna conditioner. Aku guna penyegar kulit kepala safi shayla. Memang gandingan mantap lah! Tak pernah rambut aku lembut macam sekarang ni. Rasanya aku takkan beli syampu biasa dah lepas ni.

Sorry takde gambar. Kulit aku baru lepas fasa amuk.

Kalau lepas ni ephyra keluar produk penjagaan rambut dan kulit kepala, mungkin aku akan jadi pelanggan setia kot..hehehe..

Okeylah..kalau berminat nak beli, bolehlah berurusan dengan si cantik Husna Adnan, owner Afeeya Bella(klik untuk link). Harga pun tak mahal. RM39 je. Berbaloi sebab boleh tahan lebih dari sebulan.

Till then. Tata titi tutu!!

::RANDOM RANT:: FASA KULIT MENGAMUK

Assalamualaikum. Hai.

Korang pernah tak dalam sebulan, ada satu tempoh kulit muka mengamuk?

Tumbuh jerawat, kulit jadi kering, tepi hidung jadi merah dan menggelupas...pastu masa ni la sebarang bentuk pembersih mula boleh jadi musuh atau tak membantu langsung!

Kalau ada kita geng.

Kulit aku ni bukan la jenis bermasalah sangat. Kering sikit bahagian U zone(pipi, dagu) dan tepi hidung. Sedikit berminyak bahagian T-Zone(dahi, hidung).

Tapi...tiap kali nak dekat waktu -p-...kulit aku mengamuk.

Kadang² rimas, sebab pedih oit kulit..tenyeh moisturizer pun cam tak de ape²..tu belum lagi jerawat tumbuh tiba²..tak diduga..wooo..-dah tetiba sambung lagu KRU-. Boleh dikatakan tak ada skin care yang boleh sooth kulit aku time perubahan hormon ni..ataupun aku yang tak jumpa lagi.

Ada je gambar tapi dalam laptop. Tapi laptop rosak.-dah macam dah jatuh ditimpa tangga pulak..wuuu-

Okeyla. Tu je naj bebel.

Tata titi tutu.