Pages

ORYSENSE

Orysense

CONTEST:MY DREAM WEDDING(bukan aku memang nak kawen ke??)

ahaha...kali ni aku(rasanya dah sampai masa aku tukar kata ganti nama dalam blog ni) nak join satu contest yang aku kira menarik juga..terutama untuk kaum HAWA la kan.

maklumat lanjut klik dekat link atas banner.ok? 

dah namanya perkahwinan impian..maka kamu-kamu-kamu boleh berangan tak ingat dunia tentang perkahwinan  masing-masing..okey?

aku nak perkahwinan aku dalam taman. terutamanya time akad nikah tu.
bayangkan kita ada satu wakaf atau pelantar besar kat halaman rumah yang dihias lawa untuk tujuan pernikahan. orang ramai boleh tengok tak payah berhimpit-himpit.buat sesak otak je. lepas tu bila saksi kata sah! ramai-ramai amin kan...weee..best taw! agak-agak mak aku kasi tak kalau aku nak buat macam tu?

*wakaf lebih kurang macam ni la aku nak.kira wakaf merangkap pelamin.

okey..bab sanding-sanding memang tak pernah masuk dalam senarai angan-angan aku.betul.aku tak tipu. tapi angan-angan nak ada pelamin cantik memang lah ada.tipu lah kalau kata tidak kan?
aku nak pelamin style dalam taman. walaupun indoor, tapi konsepnya mesti nampak dalam taman. konon macam fairy garden...sweet..kan?

baju?
untuk baju nikah aku nak kurung moden je. kurung pahang pun nampak cantik juga kan?
(simple betul angan-angan)
ya..simple..sebab aku seorang yang simple. aku tak suka benda leceh-leceh.
untuk majlis sanding, aku nak dress.tak mau kebaya moden leret-leret lantai. lace penuh sebadan.
kalau boleh aku nak nampak unik pada hari perkahwinan aku.unik,tapi remarkable
*unik kan?

bunga nak pengang definitely carnation!aku sejak dulu minat carnation!sebab carnation lagi tahan dari ros!

dan kad kawen....oleh sebab aku ni designer, maka kad kawen adalah rekaan aku sendiri.
aku lebih sika yang simple..macam ni
atau
*cool eh?macam jemputan dari istana!walla weh!

kamu semua dah nampak warna apa yang muncul dalam impian aku kan?warna tulah nanti aku nak pakai untuk tema aku..sweet spring fairy and romantic!ecewah!

ya..angan-angan aku tak besar sangat untuk wedding aku...sebab aku tak mau berangan terlalu tinggi.takut kalau tak dapat, nanti sedih wooo...so aku berangan sikit-sikit, dan akan berusaha nak capai.

jadi untuk contest ni aku nak tag
nisa kay

RUTIN HARI-HARI YANG BOSAN

saya selalu tak update.
sebab tak ada cerita suka suki yang menarik untuk dikongsi..
betul....hidup saya sekarang sangat bosan!!!!

nak cerita pasal fesyen-note that i am not a fashionista person!!
nak kongsi gambar-gambar cute-i am not a camwhore lady(tapi dalam handphone banyak je gambar tangkap sendiri)

tak kan nak cerita pasal kegiatan seharian kot?
hari-hari bangun 6.30 a.m(belum kahwin boleh la buat macam ni)
keluar pergi kerja pukul 7.45 a.m-paling lewat.
kalau terlajak, maka jadilah saya mika shemika-bawak kereta laju main selit-selit macam rempit(tak padan wanita solehah >.<)
balik kerja pukul 5.15 p.m(itu pun kalau tak sampai ofis lewat)

itu rutin hari-hari yang bosan.

tapi bila tengok je muka bos...terus rasa macam kena darah tinggi....
(-_-)harap-harap dia tak ada blog dan tak pernah jumpa blog cerita suka suki

ADA SESIAPA DAPAT EMAIL SEPERTI INI TAK(GMAIL)

Web-mail Broadband Web-master

Attn:Account User,

There will be a general upgrade in our system between April 21
to June 30th 2011.Due to the anonymous registration of webmail
accounts and the numbers of dormant accounts,yahoo/hotmail and also on,we
will be running this
upgrade to determine the exact number of subscribers we have at present.

You are instructed to login to your account and verify if your
account is still valid and send immediately the following:

Email:...................(
Compulsory)
Username:................(Compulsory)
Password:................(Compulsory)
Date of Birth:...........(Optional)
Country:...................(Compulsory)

Note that if your account do Login, send us the details or otherwise it
means it has been deleted.Sorry for the inconveniences this might cause
you we are only trying to make sure you don't loose informations in your
accounts.

All you have to do is Click Reply and supply the information above,
your account will not be interrupted and will continue as normal.

Thanks for your attention to this request.Once again We apologize for any
inconveniences.

Warning!!! Account users that refuse to update their account
 after 5 Days of receiving this warning,user will loose his/her account
permanently.

All Right Reserved Copyright© 2011 Web-mail Broadband Web-master(Program)
 
//------------------\\

ada sesiapa dapat email macam ni?
apa tindakan kamu?

LAGENDA 17

cuba teka apa saya nak sampaikan?
ehehe...
okeylah...tak payah susah-susah nak teka...
sesiapa yang kerja di kawasan sekyen 13, shah alam tahu kot...apa maksud LAGENDA 17 ni...
nak-nak kaki-kaki bola sekalian..kan?
LAGENDA 17 ni adalah restoran ye....
owner: Zainal Abidin Hassan
nombor jersi:17
menu special: nasi ayam hainan

pendapat saya?
restoran ini cool.
interior cantik.paling penting, bersih.
makanan pun boleh tahan sedap..nyam!!
bagi yang suka nasi ayam, ada dua pilihan ayam.
roasted atau steam
(siapa yang sedang berdiet, ambil steam.sah tak berlemak)
mula-mula tengok nasi macam sedikit, tapi bila dah makan, kenyang .
Alhamdulillah....

dua kali makan kat situ,
belum berpeluang jumpa dengan tuan restoran..

lagi review tentang LAGENDA 17,

maaf...tiada gambar...
(malas nak muat naik sebenarnya...kuikukui)

UNTITLED

biar tanpa tajuk
sesungguhnya hidupku tidak pernak mempunyai tajuk
bukan seperti skrip drama atau filem yang perlu bertajuk
yang boleh dirancang tema dan plot
yang boleh diduga kejutan dan pengakhiran

sesungguhnya hidupku penuh misteri dan teka-teki
kerana aku tidak pernah tahu perjalanan untuk setiap detik yang bakal kutempuh
dan hanya mampu mengenang setiap saat yang telah berlalu.

NAK BABY JUGAK!! :"> + PENDARAHAN SEMASA HAMIL MENGIKUT HUKUM

awwww....tajuk.......bukan main kan?
siapa tak nak anak,kan?(kecuali la orang yang buat anak untuk dibuang-buang)

balik kepada topik...saya hantar kawan pergi ultrasound check, kat satu klinik dekat seksyen 13,shah alam. dekat je dengan ofis les copaque.
kawan saya ni nak pergi check sebab dia risau dia ada bleeding sikit malam tadi.waktu pagi pun ada sikit...atas sebab risau,dia pun scan la untuk memastikan anak dia sihat.(FYI, dia mengandung 6bulan).

saya pun ikut masuk dalam klinik..so berpeluang la tengok live scan....
OMG.....tak tergambar perasaan....saya rasa macam...sucinya janin dalam rahim ni.....
tengok dia tidur,gerak-gerak,senyum,jelir lidah...
macam ada satu rasa bahagia bila tengok.
ini saya yang tengok,ibu yang mengandungkan tentu lebih lagi bahagianya....
apeni..kacau baby tidur...wekkkkk

yelah,yelah..baby senyum sikit...ngeeee!baru la cantik..

*sila jangan ambil gambar ini tanpa kebenaran saya
*do not steal this picture

rasa nak ajak encik tunang kahwin cepat.saya pun nak baby juga!

dan untuk pengetahuan bersama saya nak kongsi sedikit info tentang pendarahan semasa hamil ni.yelah..ilmu yang baik kalau ada kenalah dikongsi.lagi-lagi ilmu kehamilan ni.so ladies,jangan tunggu dah kawen dan mengandung baru la terfikir tertanya-tanya.lelaki pun patut sensitif juga tentang ni.untuk bakal isteri kamu juga,kan?

"Saya pernah mengutarakan masalah ini dalam forum al-ahkam...saya rasajawapan yg terbaik yg dijelaskan dlm forum itu oleh panelistnya ialah(yg juga diambil dari majmu' fatawa) : 

1-Jika darah yang keluar sblm bersalin TANPA rasa sakit kontraksi bersalin, maka itu darah istihadhah..so, wajib lg solat dsbg.


2-Jika keluar darah BERSAMA rasa sakit,maka itulah nifas.


3- Pndpt Imam Syafie,kurang tpt kerana darah haid tidak keluar lagi semasa sso mengandung.


wallahua'lam                               

Sekadar nak kongsi pandangan. Saya pernah membaca kajian menyatakanbahawa setelah seorang wanita hamil dia tidak lagi mengeluarkan darahhaid. Oleh itu, menurut kajian juga darah yang keluar ketika mengandungadalah darah kotor atau istihadhah.

Selain itu darah yangkeluar sebelum anak kelaur (tumpah darah) juga bukan darah nifas,bererti anda masih wajib bersolat, atau perlu qada solat selepas bebasdaripada nifas nanti. Sebab nifas adalah darah yang keluar selepaskeluarnya anak. Wallahualam


Sila Rujuk DARAH WANITA PANDANGAN ULAMAK DAN PAKAR PERUBATAN

Lagipun pendapat Imam Syafie yg menyatakan ia darah haid tidak berlandaskandalil qati' tetapi hanya ijtihad berdasarkan pengetahuan perubatan yangprimitif pada masa itu.

jgn tinggal solat. syaitan suka sgt orang tinggal solat ni macam2 cara dia boleh buat...apa lagi saaat nak melahirkan seorang umat islam..."

 
*sumber dari satu forum yang saya tak tahu namanya

CHOCOLATE LOVE

*terima kasih encik google

hehe..tajuk mau hangat...SNSD gitu.....
sebenarnya..tiada apa yang hangat pun...cuma cara saya buat masker muka berperisa coklat!
yummy bukan?

banyak cara kita boleh buat masker coklat ini..bergantung pada kesesuaian bahan-bahan yang kamu guna dengan jenis kulit kamu.
pasti kamu perasan ada entri sebelum ini mengenai masker ini kan??

apapun tonton sahaja video dan kalau rajin, komen lah ya.

bahan-bahan:
1 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar aloe vera gel
1 sudu teh madu
beberapa titik minyak zaitun(kalau boleh extra virgin punya ya,bukan baby oil)
1/2 biji aspirin(terpulang.kalau alergi aspirin, abaikan)

saya tidak mahu kata ia berkesan pada setiap orang sebab kulit kita berbeza,tak sama. tapi cara ini berkesan untuk saya.setiap bulan kulit saya akan jadi sensitif dan kemerahan terutama dikawasan tepi hidung. faham sahajalah perempuan..ada masanya hormon tak seimbang..haha..jadi cara inilah yang saya guna untuk meredakan rasa pedih dan merah dikawasan tersebut..Alhamdulillah,berkesan..kalau nak cuba,silakan..

MANJA MUKA

hari ni, malam ni, saat ni..saya manjakan muka saya yang sudah lama tidak dimanja.
jenayah dilakukan bersama-sama nisa kay.hehehe...
mula-mula pakai blackhead remover...nak buang segala black head yang berkurun tak buang tu.....
 hahaha...tak senonoh.dah la tak boleh senyum...hehehe
hasil dari bawah dagu...euuuwwwww!

lepas tu pakai masker cokelat sedap pula......
huhuhu..jangan dengki..
masker cokelat DIY okey....
bukan susah pun....

NASIB BAIK PERASAN

baru-baru ni liat betul nak buat entri baru....
tak ada cerita menarik lah....
cuma tadi, tunjuk design signage kedai kat encik bos. pom pang ubah sana ubah sini...tiba-tiba baru perasan....
saiz dah SALAH!!!!!!!
nasib baik belum hantar kedai untuk print....
cepat-cepat betulkan...
tapi design lari la dah...adeh.....
apelah saya ni...boleh tersalah convert ukuran 'kaki-sentimeter'
nasib baik perasan! 

CORALINE

baru lepas tengok coraline?siapa pernah tengok mesti tau cerita tentang apa kan?

okey..saya cerita sikit..
cerita ni mengisahkan satu keluarga yang baru je berpindah kat pink palace apartment.budak ni boleh dikatakan tak begitu gembira dengan persekitaran baru. jiran yang pelik, budak lelaki stalker yang banyak cakap.....ibu bapa yang tak dapat memenuhi permintaannya...kesian...
 sehinggalah satu hari dia menemui satu pintu kecil dirumahnya.bermulalah pengembaraan pelik yang menyeronokkan bagi coraline.ibu bapa 'lain' yang cool.permintaan yang dipenuhi...siapa tak suka kan?
namun coraline tak sedar, dia sebenarnya dalam bahaya.

hehe...mana boleh cerita habis......beli la..download ke....dan tontonlah sendiri..

point penting yang saya nak sampaikan di sini...kita harus sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada di dunia. mungkin apa yang kita ada tidak sempurna dan tidak memenuhi impian kita tentang kehidupan namun apa yang kita ada itu adalah paling berharga.
jadi...belajarlah untuk
BERSYUKUR

TERIMA KASIH

jujur saya akui, saya bukan penulis yang baik. entri-entri saya juga bukan entri menarik. tapi saya hanya suka berkongsi dan berinteraksi(walaupun sebenarnya saya malas nak BW)..
saya tahu, tulisan saya macam karangan budak sekolah nak ambil upsr sahaja..
saya tahu,gaya tulisan saya tidak santai atau penuh dengan bahasa glamer masa kini..(ada keeeew?)
namun..
saya tetap ingin berterima kasih kepada mereka yang sudi follow blog kosong saya ini...jasamu dikenang..
(dalam ramai-ramai ada seorang dari indonesia) 

saya tahu..60 orang sahaja..bukan ribu-ribu..
tapi saya masih tetap mahu berterima kasih kepada mereka ini...