Pages

ORYSENSE

Orysense

GILA AH DING DONG DOREMON!!!

aku macam tak percaya dengan pendengaran aku hari ni.
adakah telinga aku tidak dikorek dengan betul?
adakah aku kembali dengan gejala pekak yang pernah melanda satu ketika dahulu?
hahaha..
yang nyata aku bukan bermimpi pada siang hari. bukan juga dalam khayalan tingkat tinggi.
sememangnya apa yang aku dengar adalah benar.

begini hikayatnya.
petang tadi sebelum habis waktu kerja, aku berbual dengan salah seorang office mate, mr. a.
mr. a ni india. lelaki. ya. LELAKI. dah terang lagi bersuluh, aku dah tulis 'mr'.
bual punya bual terkeluar cerita pasal nak cari rumah sewa.
dia nak cari rumah, aku pun nak cari rumah.
tiba-tiba dia ajak aku kongsi sewa rumah.

terkejut-gila-sampai-nak-jatuh-kerusi

*terima kasih encik google

serius. terkejut.
ya..mungkin dia berfikiran terbuka, tapi ajakan dia tu, aku kira tak cukup sopan untuk seorang perempuan. muslim pula tu.

aku tolak. dan aku dah terangkan dengan baik kenapa aku tak boleh tinggal bersama dia.
tak apalah mr. a.
aku maafkan kamu kerana kamu tak tahu.

No comments: