Pages

ORYSENSE

Orysense

MONTE CARLO


aku tengok cerita ni tadi. kat alamanda. seorang diri, sebab jalan sesak gila menuju kl. dah aku tak dapat pergi kenduri umah farah....hmmm...

okey ketepikan semua yang mengarut.

yang aku nak ceritakan adalah tentang filem ini.
cerita tentang grace(selena gomez) yang bersungguh-sungguh kerja sampingan sebab nak kumpul duit pergi bercuti ke paris selepas tamat sekolah tinggi.dia berkawan dengan emma(tak tau nama pelakon ini), waitress yang sama-sama bekerja dengan dia, yang akan sama-sama ikut dia pergi bercuti.

grace ni ada ayah dan kakak tiri. nak dijadikan cerita mak grace, dengan ayah meg(kakak tiri) suruh meg ikut grace dan emma pergi paris. ironinya, grace dan meg tak rapat, dan tak sebulu. tapi mereka pergi juga bersama-sama selepas dipujuk oleh orang tua masing-masing.

nak dijadika cerita lagi, percutian impian jadi percutian yang tidak menyenangkan. hotel tak selesa, pemandangan / perjalanan yang tak dapat dinikmati dengan sempurna, sehinggalah akhirnya membuat grace betul-betul terkilan.

dari sini, disaster berubah menjadi wonderful. nak tahu? tonton sendiri.
sebab cerita ini menarik pada aku. macam tengah baca novel rasanya.

dari 5 aku bagi 3.5
kenapa?
sebab cerita ini cerita yang boleh dijangka penamatnya.
tapi, aku rasa tak rugi pun tengok cerita ni. aku terhibur, penonton lain pun terhibur, sebab aku dengar kebanyakan penonton ketawa bila ada situasi-situasi yang mencuit hati.

rasa-rasa nak tengok cerita ni untuk rehat-rehat otak, boleh lah. kalau mengharap sesuatu yang vavavoom, baik kamu semua tempah tiket harry potter awal-awal. okey. daa

2 comments:

norien arshad said...

oh kamu g tengok wayang uhuk .. ak cume merayap ke pyramid tengok n layan lelaki shoping =.= pasto ke the mines karok huhu

Unknown said...

@norien arshad: hahahaha.jauhnye perjalanan kamu