Pages

ORYSENSE

Orysense

TOLONG

baru selamatkan seekor anak yatim yang keseekoran...meraung-raung sambil berjalan terdengkot-dengkot...dua kali jatuh dalam longkang....nak tinggalkan tak sampai hati...bawak balik, memang tak ada yang sudi yang jaga

aku angkut juga masuk kereta. bawa balik, mandikan, bagi susu....

tapi serius, aku memang tak berkemampuan untuk pelihara anak kucing ni, memangdangkan aku dah nak masuk trimester ke-3. kalau aku terbersalin awal, tak ada orang dari family aku boleh jaga anak yatim belum cerai susu ni....

jadi, aku minta sangat, kalau ada dalam kalangan pembaca atau follower blog aku ni pencinta kucing, yang ada ibu kucing yang masih menyusukan anak, atau berpengalaman bottlefeed anak yatim, berada di area yang berdekatan dengan sungai buloh, tolong aku jagakan kucing ni sampai dia bercerai susu...nak angkat trus pun boleh...sebab masa aku berpantang nanti, aku lagi tak mampu nak jaga seorang dan seekor, memandangkan aku hanya seorang dalam perkara ni....

sementara mampu aku boleh foster, tapi tahulah, dah trimester ke-3, bila-bila je boleh terberanak....

aku akan upload gambar anak yatim ni kemudian...

sesiapa berminat boleh pm aku di facebook, atau email aku nuribudakcomel@gmail.com

taknak jaga terus tak apa, lepas aku habis pantang aku ambil balik...

tolongya kawan-kawan....

::RANDOM RANT:: PELIHARA KUCING, HINDARI DOSA


ehem...sebenarnya tajuk entri kali ini aku 'cilok' dari majalah solusi keluaran no.44.

aku tertarik dengan tajuk tu atas beberapa sebab.
  1. kaitan antara memelihara haiwan dengan isu kejiranan.
  2. betapa sebenarnya kita boleh mendapat dosa mudah kerana memelihara haiwan kesayangan.
setakat ni hanya dua sebab yang aku boleh beri.

mungkin sebab yang aku utarakan ni boleh mengundang kemarahan pencinta haiwan..tapi sebelum marah, aku sarankan belilah majalah solusi isu 44, dan baca artikel tersebut.

penjelasan:

sebab 1:
kita hidup bermasyarakat. berjiran. kita juga harus menerima, bukan semua orang suka dengan haiwan. ada pula yang terlebih suka sampai bela dalam jumlah yang ramai...err..banyak.

isunya di sini, bagi yang memelihara ramai haiwan ni, adakah jiran-jiran anda selesa dengan haiwan anda yang ramai? kita boleh sahaja cakap, kucing kita, mana boleh jiran suka-suka nak racun ke, culik dan buang ke.....

tapi kadang-kadang kita lupa, bila memelihara haiwan di tengah-tengah masyarakat berjiran ni, bukan kebajikan haiwan peliharaan sahaja yang mesti kita jaga. hubungan baik dengan jiran tetangga juga MESTI dipandang berat.

jadi pemelihara haiwan, kawal haiwan peliharaan kita, latih diorang supaya tidak merayau ke kawasan rumah jiran dan membuang di sana, jaga kebersihan rumah kita dari bau yang tak menyenangkan supaya jiran-jiran kita tak sampai hati pulak nak mendajal haiwan kesayangan kita kerana sakit hati.

sebab 2:
kita menjaga dan sayang haiwan. itu perkara baik. boleh membentuk jiwa penyayang. boleh jadi terapi bagi menangani stress.

betul aku tak nafikan. tapi sebenarnya kita juga boleh dapat dosa mudah dengan memelihara haiwan. mungkin ramai tak sedar. kita kena berbuat baik sesama makhluk. manusia, haiwan, alam.

contoh senang. kita bela kucing. tapi kita tak jaga baik-baik. kita tak latih betul-betul. dia pun pergi berak depan pintu rumah jiran. ting! maka tuan kucing akan mendapat dosa menyakiti jiran.

contoh lagi. kita tanam pokok banyak-banyak depan rumah. tapi kita tak berapa jaga persekitaran. daun pokok bertaburan masuk dalam kawasan rumah jiran. air bawah pasu bertakung. nyamuk aedis pun membiak. tiba-tiba jiran kena denggi............'lu pikirlah sendiri'

jadi kawan-kawan....dalam kita berusaha menjaga kebajikan haiwan, jangan lupa, jaga juga hubungan dengan jiran. sentiasa berbincang jika ada sebarang masalah. bagi yang tak suka haiwan, tapi berjiran dengan pemelihara haiwan yang banyak, berbincanglah dengan jiran tadi supaya mengurangkan jumlah haiwan peliharaannya. janganlah terus report pihak berkuasa. kesian jiran tadi...bukan senang nak cari adopter dalam masa singkat. ini pun boleh buat jiran sakit hati. lagi satu...jangan pulak suka-suka nak racun atau culik dan buang kucing jiran kita. bagi tahu jiran tu, kucing/anjing dia dah kotorkan rumah kita. minta jiran tadi bertanggungjawab. bela haiwan bukan setakat bagi makan je tau!

okeylah. aku sebagai pencinta meow pun dapat manfaat dari artikel tu. aku harap apa yang aku ulas di sini juga membawa manfaat untuk kawan-kawan pencinta meow di luar sana. peace!

RUMAH BARU

selak balik entri sebelum sebelum ni....baru perasan, dah janji nak cerita pasal rumah baru......ekeke...maaflah...terlupa lah...

aku sekarang tinggal di paya jaras dalam, sungai buloh. di kawasan rumah sewa kampung. rumah dua bilik sahaja, tapi bolehla....selesa juga, cuma agak panas sedikit...

yang tak bestnya, suasananya sangat bising! sumpah bising. bermula dari sebelum maghrib sampai la tengah malam. bunyi motor budak-budak lepak, budak kecik main basikal, jerit-jerit....bingit sangat!! aku selalu terkejut terbangkit dari tidur dalam keadaan minda aku dah nak masuk mode tidur yang tenang, gara-gara suasana bingit ni.....geramnyaaa!!!!!

yang aku hairan tu, mak bapak budak-budak kecik yang main basikal malam-malam ni, tak marah anak-anak diorang ke?? hish...kalau zaman aku kecik-kecik dulu, balik lewat sikit pun dah dapat pangkat sarjan kaki..(kena rotan kaw-kaw lah..)

macam mana lah aku nak jaga bakal anak aku ni nanti...dah bingit, pengaruh tak baik banyak pulak...huhu...

kalau nak tahu, waktu tenang kat kawasan rumah aku ni ialah dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. selalunya aku akan tidur sekejap dalam lingkungan waktu tu lah...aku tak suka sangat tidur siang sebenarnya...tapi aku perlukan tidur berkualiti....yang aku tak dapat pada waktu malam.....(tak macam masa kat semenyih dulu....jarang aku tidur siang kat semenyih, sebab malam tidur cukup)

okeylah...sudah sudahlah membebel....aku bukan tak puas hati dengan rumah tu....aku cuma tak puas hati sebab tak cukup tenang di situ....

satu hari nanti, kalau aku ada duit, aku nak bina rumah kat kawasan yang tenang, nyaman dan selamat..(berangan!) yang penting rumahnya mesra kucing!!nyaaaan!!

PERUT BESAR GEDABAK SALOMA

tiba-tiba rasa nak update blog dinihari...ecewah!!

usia kandungan sudah hampi nak masuk 7 bulan. gila besar perut aku...mak aku kata 'mak dulu besar macam ni, dah nak bersalin haa...'

tu dia....sampai aku terfikir, besar sangat ke perut aku ni? gila ah ding dong....
(aku tak pernah ambik gambar penuh 1 badan semasa mengandung. kenapa entah...)

semakin besar perut, semakin kerap aku rasa asid perut naik ke tekak..like seriously, sampai panas telinga aku gara-gara si asid ni.....lalu, aku asyik la nak mengunyah apa-apa makanan rangup. biskut marie pun boleh....hihihi...

masa check up dua minggu lepas(26/6), hb turun. 10.1 je. tu dia....mungkin penangan banyak minum indocafe kot..haish...elok-elok pelekat putih II, jadi hijau pula.....memang lepas tu aku avoid sebarang teh dan kopi..aku tak mahu kena anemia semasa mengandung.....harap-harap check up yang seterusnya aku kembali normal, dan tak kena kencing manis, atau darah tinggi....haish.....

PINDAH RUMAH

hai semua! dah lama aku tak update entri…(macam la tak biasa…) hehe…sebenarnya aku baru pindah rumah….kemas pun tak selesai lagi…daan rumah ni masih belum ada sambungan internet. nasib baik juga..kalau tak segala kerja mungkin masih banyak lagi yang tak selesai.
pada yang masih belum tahu, aku sudah tidak lagi tinggal di semenyih(sedihnya!). ya..sedih sebenarnya nak pindah dari semenyih, tapi terpaksalah. kasihan encik suami waktu aku berpantang nanti.

banyak kenangan di semenyih. yalah, rumah sewa aku di sana merupakan rumah pertama aku memulakan hidup sebagai isteri. tempat pertama aku berjumpa dengan mamat si lenguh. dalam masa hampir setahun menyewa di sana, aku tak banyak menghadapi masalah, kecuali jiran yang setiap hari berdisko, bunyi loceng dan bau upacara puja setiap maghrib. tapi, suasana di sana boleh dikatakan nyaman juga. tidak terlalu panas.(mungkin sebab dekat dengan sungai dan banyak pokok)

okeylah. tak mahu cerita panjang lagi. nanti aku menangis pulak.(sekarang aku agak senang menangis. hairan sungguh!) cerita rumah baru pada entri akan datang ya. da!!