Pages

ORYSENSE

Orysense
Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

::NOVEL:: CINTA KONTRAK

dah lama aku tak baca novel..terlalu banyak kekangan...*alasaaannn* peluang yang ada pun waktu naufal tidur je lah....kalau tak dia marah kalau tak layan beliau...hihihihihi...



komen aku tentang novel ni..? hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..........bolehlah....aku tak jumpa kekuatan jalan cerita novel ni....kalau tak silap aku judul ni pernah masuk carta popular MPH...

permulaan cerita ni aku agak keliru, bagaimana penulis membahasakan watak utamanya...maksud aku, bahasa diri bagi watak utama adalah tak konsisten...sekejap alia, sekejap rysh, sekejap airysha...okey alina airysha adalah nama penuh watak. boleh la diterima..tapi, biarlah panggilan itu konsisten sentiasa..tapi bahasa diri watak sudah konsisten bila cerita dah masuk beberapa bab.

watak utama cerita ni agak ganas perwatakannya..walaupun digambarkan menutup aurat sempurna, tudung labuh, t-shirt labuh dan longgar...tapi agak kasar. dengan suami sendiri pun kasar...pehh...itu tak boleh berlaku di dunia nyata! berdosa!

aku agak tertarik dengan cara penulis menggambarkan kesakitan bersalin yang dialami airysha. sampai tarik rambut dan maki suami! bukankah lebih bagus kalau dalam situasi tu, airysha berzikir, baca doa nabi yunus atau mintak ampun kat suami dia ke....sesuai dengan perwatakannya yang menutup aurat tu? ganas-ganas pun, sepatutnya masih ada batasan. bukan main langgar je...doktor yang memberi dorongan kepada airysha untuk push pun seperti tak membantu je..aku petik sikit ayatnya.

"awak kena push airysha."
kan lebih berkesan kalau
"awak kena push airysha! push!"

tengok, penanda wacana '!' beri impak penting pada ayat tu.

pada akhir cerita, airysha melahirkan kembar empat. selepas semuanya selamat, boleh pula suami airysha cemolot airysha dihadapan pelawat...kot ye pun nak tunjuk terima kasih, cukupla cium dahi, kalau ada penonton di lokasi.....tak syariah compliant betul......

dah habis baca aku cari maklumat penulis...masih muda. baru 18 tahun ketika cerita ini ditulis. mungkin pengalaman tidak banyak, atau menulis mengikut selera muda, like i did before. hehe...

pada aku cerita ni ok-ok sahaja. mungkin remaja-remaja sukalah cerita ini. okey, aku memang sudah berusia pun...hihi...tapi ini adalah pandangan ikhlas aku. peace!

::RANDOM RANT:: PELIHARA KUCING, HINDARI DOSA


ehem...sebenarnya tajuk entri kali ini aku 'cilok' dari majalah solusi keluaran no.44.

aku tertarik dengan tajuk tu atas beberapa sebab.
  1. kaitan antara memelihara haiwan dengan isu kejiranan.
  2. betapa sebenarnya kita boleh mendapat dosa mudah kerana memelihara haiwan kesayangan.
setakat ni hanya dua sebab yang aku boleh beri.

mungkin sebab yang aku utarakan ni boleh mengundang kemarahan pencinta haiwan..tapi sebelum marah, aku sarankan belilah majalah solusi isu 44, dan baca artikel tersebut.

penjelasan:

sebab 1:
kita hidup bermasyarakat. berjiran. kita juga harus menerima, bukan semua orang suka dengan haiwan. ada pula yang terlebih suka sampai bela dalam jumlah yang ramai...err..banyak.

isunya di sini, bagi yang memelihara ramai haiwan ni, adakah jiran-jiran anda selesa dengan haiwan anda yang ramai? kita boleh sahaja cakap, kucing kita, mana boleh jiran suka-suka nak racun ke, culik dan buang ke.....

tapi kadang-kadang kita lupa, bila memelihara haiwan di tengah-tengah masyarakat berjiran ni, bukan kebajikan haiwan peliharaan sahaja yang mesti kita jaga. hubungan baik dengan jiran tetangga juga MESTI dipandang berat.

jadi pemelihara haiwan, kawal haiwan peliharaan kita, latih diorang supaya tidak merayau ke kawasan rumah jiran dan membuang di sana, jaga kebersihan rumah kita dari bau yang tak menyenangkan supaya jiran-jiran kita tak sampai hati pulak nak mendajal haiwan kesayangan kita kerana sakit hati.

sebab 2:
kita menjaga dan sayang haiwan. itu perkara baik. boleh membentuk jiwa penyayang. boleh jadi terapi bagi menangani stress.

betul aku tak nafikan. tapi sebenarnya kita juga boleh dapat dosa mudah dengan memelihara haiwan. mungkin ramai tak sedar. kita kena berbuat baik sesama makhluk. manusia, haiwan, alam.

contoh senang. kita bela kucing. tapi kita tak jaga baik-baik. kita tak latih betul-betul. dia pun pergi berak depan pintu rumah jiran. ting! maka tuan kucing akan mendapat dosa menyakiti jiran.

contoh lagi. kita tanam pokok banyak-banyak depan rumah. tapi kita tak berapa jaga persekitaran. daun pokok bertaburan masuk dalam kawasan rumah jiran. air bawah pasu bertakung. nyamuk aedis pun membiak. tiba-tiba jiran kena denggi............'lu pikirlah sendiri'

jadi kawan-kawan....dalam kita berusaha menjaga kebajikan haiwan, jangan lupa, jaga juga hubungan dengan jiran. sentiasa berbincang jika ada sebarang masalah. bagi yang tak suka haiwan, tapi berjiran dengan pemelihara haiwan yang banyak, berbincanglah dengan jiran tadi supaya mengurangkan jumlah haiwan peliharaannya. janganlah terus report pihak berkuasa. kesian jiran tadi...bukan senang nak cari adopter dalam masa singkat. ini pun boleh buat jiran sakit hati. lagi satu...jangan pulak suka-suka nak racun atau culik dan buang kucing jiran kita. bagi tahu jiran tu, kucing/anjing dia dah kotorkan rumah kita. minta jiran tadi bertanggungjawab. bela haiwan bukan setakat bagi makan je tau!

okeylah. aku sebagai pencinta meow pun dapat manfaat dari artikel tu. aku harap apa yang aku ulas di sini juga membawa manfaat untuk kawan-kawan pencinta meow di luar sana. peace!

::KOMIK:: HASIL TANGAN PENULIS BLOG CONTENG-CONTENG

dah lama tak update kan?

kali ni aku nak update pasal dua buku yang baru aku beli. daripada penulis blog conteng-conteng.

Jimi dan Raksasa Misai
&
Jimi dalam Akibat Jambul Alif

heheh..kalau nak tau, aku adalah antara 50 pembeli terawal buku ni..hehe...senang beli online...tak payah susah-susah aku nak pergi cari sampai alamanda ke, kedai buku mana-mana ke....tunggu encik posmen je hantar...hehe...(dalam kes aku, aku tak menyambut encik posmen, sebab aku tak ada kat rumah. pergi klinik. epoimen dengan puan doktor gigi)
.......
..................
..........................

cubaan upload gambar gagal....
(apa kena entah dengan internet rumah aku ni. setiap kali nak upload sesuatu PASTI GAGAL. sambungan asyik terputus. bosan sungguh!)

okeylah..kita tinggalkan cerita gambar. aku nak cerita tentang isi buku ini.

kandungan ceritanya santai sangat. haruslah, sebab ceritanya dari sudut pandangan seorang kanak-kanak sekolah rendah. walaupun santai, tapi menghiburkan.

gambar yang aku upload di facebook aku ada komen dari kakak aku.
dia tanya, buku kanak-kanak ke?
aku jawab:
taklah kanak-kanak sangat. tapi kanak-kanak yang dah pandai membaca dan memahami patut dibelikan buku ni sebab ada unsur-unsur motivasi kepada kanak-kanak sekolah dari sudut yang mudah difahami.

eceh..macam pro je kan aku ni?
tapi serius, itu adalah pandangan aku selepas aku selesai khatam dua-dua buku ini.

babak paling aku suka dalam buku ini?
erm...erm...masa emak Jimi menasihatkan Jimi tentang orang sabar selalu menang.

apapun, membaca buku ini memang enjoy. se-enjoy membaca blog conteng-conteng juga!

::NOVEL:: JAUH DARI CINTA

ok mulai sekarang untuk review buku, akan ada "SAYA SUKA BUKU" sebelum tajuk buku.hehehe..


sebenarnya JDC ni dah lama saya ikut ceritanya, sejak belum diterbitkan lagi oleh karya seni.

dalam cerita ni awalnya aku sangat tak suka dengan watak Farish Aqil...sebab aku rasa macam dia cuma mempergunakan nisa' sakinah tu...

sampai aku berharap nisa'  dapat jodoh yang lebih baik dari aqil..hehe..jahat betul aku kan?

nisa' sangat kasihan...aku rasa macam nisa' ni banyak kena tipu dengan orang sekeliling dia..lepas tu ayah dia seolah-olah tak nak faham atau dengar sebarang penjelasan sampai nisa' sanggup buat-buat hilang ingatan..sedih kan?

tapi ending cerita agak mengejutkan juga...sebab aku ingat Aqil dan nisa' akan berpisah...rupa-rupanya...eh nak tau penamat beli lah sendiri.

boleh beli secara online atau offline di mana-mana MPH.

p/s: AH, saya suka JDC sama macam cinta dari istana!

::RANDOM RANT:: KARIPAP-KARIPAP CINTA, NOVEL vs FILEM

eh?cerita belum keluar pun nak review ke??
entah apa-apa.
aku bukan nak ulas filemnya.
aku nak ulas pemilihan pelakonnya.
jujur..aku kecewa dengan penampilan pelakon yang membawa watak sarah.
kecewa sangat-sangat.

kamu dah baca novelnya ke belum?kalau belum sila baca.
tak rugi pun. ceritanya betul menarik.
aku boleh ketawa-ketawa baca novel tu.

novel
vs
filem

bandingkan penampilan 'sarah', versi novel dengan 'sarah' filem.
macam karipap dengan cekodok.
langsung tak sama.

aku percaya, pembaca yang tertunggu-tunggu nak tengok filem ni turut sama kecewa sama seperti aku.

p/s:siapa belum baca, pergi beli dan baca.

::NOVEL:: WINGS-SPELLS-WILD-DESTINY

 u.s version

u.k version

sebenarnya, tajuk di atas adalah novel karya aprillyne pike. cerita berkenaan pari-pari yang hidup dikalangan manusia.

bunyi klise kan?

tapi sebenarnya tak la sangat.

sebab pari-pari yang digambarkan oleh penulis adalah sangat berbeza dari apa yang kita selalu bayangkan.

pari-pari adalah evolusi terhebat tumbuh-tumbuhan, mempunyai akal, berfizikal manusia, mempunyai nafsu dan perasaan(standard la..makhluk), tak makan makanan berdaging/berdarah(vegetarian), walaupun nampak muda, tapi tak semestinya 'muda', ada 'talent' atau kuasa mengikut kasta(winter faerie paling rare dan duduk dalam kasta tertinggi) dan yang paling menarik bila pari-pari perempuan 'berbunga'

watak utama cerita ni, laurel tidak menyedari apakah beliau sebenarnya sehingga usianya 16 tahun, iaitu sewaktu dia mula berbunga. yelah siapa tak pelik kalau tiba-tiba tumbuh bunga di belakang badan..er..tak la tiba-tiba celik mata terus ada kelopak bunga..adalah tanda-tanda awal, cuma dia tak tahu sehingga kelopak bunga keluar. selepas itu, bermacam-macam peristiwa pelik berlaku, terjumpa tamani-pari-pari sentri yang kacak, yang memberitahu rahsia yang mengejutkan laurel-bahawa dia sebenarnya adalah fall faerie yang menduduki kasta kedua selepas winter faerie. kiranya winter dengan fall ni dalan jenis yang jarang 'dilahirkan'

walaupun susah nak terima kenyataan, laurel akhirnya terpaksa akur dengan kenyataan, tambahan pula hasil eksperimen terhadap diri sendiri memang mengesahkan laurel ni tumbuh-tumbuhan.

penilaian aku terhadap novel ni?

aku suka! kecuali aku tak suka laurel, aku tak suka david. dan kasihan tamani.
laurel bagi aku mengada-ngada. bercinta-cintun dengan david, pada masa yang sama beri harapan juga pada tamani. kenapalah dia tak bulatkan je hati pilih tamani? pada aku dia banyak sebab kenapa dia mesti pilih tamani. aku takkan dedahkan dalam entri ini kenapa sebab aku nak kamu semua cari, beli, sewa, curi atau pinjam atau baca secara percuma dekat kinokuniya.

oh..lupa pula..wings ni ada 4 siri. setakat ni baru terbit 3. wings, spells, illusion(us) @ wild(uk). buku yang ke-4 akan terbit di u.s may tahun depan..nak sampai malaysia..huh lambat lagi la...agak tak sabar beli la dekat amazon..hehe

-UPDATE-

KOLEKSI APRILYNNE PIKE DAH COMPLETE. YAY!

::NOVEL:: CINTA DARI ISTANA

*entri kali ini buat hidung saya berdarah..

lagi novel yang baru saya baca...
cinta dari istana....keluaran fajar pakeer (FP)

untuk mendapat feel yang betul semasa baca buku ini, saya telah mengajuk gaya bahasa Piya dengan gaya istana...yang mana sungguh seronok untuk dilakukan..
sesekali hati digeletek kelakar dengan perbezaan perkataan antara Malaysia dan Sri Alamar..
cuba teka "sawikalobak" sayur apa??

jalan cerita menarik..disampaikan dengan gaya santai yang berprotokol istana
cemburu Ra'if Arjuna yang selalu menyusahkan Piya pun boleh buat saya tersengih semasa membaca...

bagaimanapun, rasanya novel ini sesuai dijadikan drama bersiri..tak perlu lah panjang sangat...16 episod pun dah cukup untuk penuhkan dengan plot-plot yang menarik...

pelakon pilihan saya kalau drama cinta dari istana jadi kenyataan:

aaron aziz-ra'if arjuna

tiz zaqyah-piya/puteri mahkota nur shaafiah

mia sara-puteri

 
shah jazle-ad/aduka

okeylah...saya bagi cerita ini 4.5 bintang!!adeh...hidung dah berdarah banyak ni...tisu...tisu...


::NOVEL:: AKU YANG KAU TINGGALKAN

suspen tak??
haha...ini tiada kena mengena dengan mood atau perasaan okey...ini novel yang baru saya baca...
saja nak kongsi.

pada permulaan cerita saya rasa okey la..boleh layan.cerita dimulakan dengan masa kini..maksudnya keadaan terbaru watak utama.
masuk bab flash back,baru saya rasa ada kick untuk terus membaca.
cuma ada rasa sedikit was-was.bolehkah perkahwinan berlaku dengan keadaan akal lelaki tu sakit?bukan lah gila cuma kesan selepas kemalangan,tidak boleh menyatakan dengan jelas kehendaknya kepada orang lain.

bila cerita flash back tamat, rasanya kick cerita ni turut tamat bagi saya.
seterusnya saya rasa seperti baca majalah pelancongan.
apapun, itali memang tempat yang berbaloi dilawati.haha..

penamat cerita saya rasa semua pun sudah boleh jangka...novel melayu..everything like fairy tale...
kebanyakan novel pun begitu..tapi tak apa,sebab saya yakin setiap pembaca pun mahu begitu,penamat yang gembira,jadi tidak la stress selepas membaca.

pendapat saya?
saya beri 3 dari 5 bintang.

::NON-FIKSYEN:: ARMAGEDDON 2012

aishhh....apekena la saya ni..tajuk mesti nak gila konon gempak..haha..
tak...sebenarnya itu tajuk buku dari penulis Muhammad Alexander....
eh..tak kenal??
beliau juga penulis buku yakjuj makjuj...
tak tahu lagi?
buku alexander adalah zulkarnain pun beliau juga yang tulis....

saya sebenarnya baru sahaja selesai baca buku tersebut...
dalam buku tersebut menghuraikan tentang pelbagai persoalan tentang akhir zaman..
yang penting menyangkal mitos kiamat pada tahun 2012....
apapun itu merupakan buku yang bagus dan saya sentiasa puas hati dengan tulisan beliau..

::NOVEL:: ANTARA BENCI DAN RINDU



baru selesai membaca novel yang agak menarik jalan ceritanya.."antara benci dan rindu-ida farisya"

komen saya:
novel ini plotnya lebih kurang sama dengan novel2 cinta yang ada dipasaran,tetapi jujurnya,saya suka novel ini.dan x rasa rugi membeli.permulaan yang baik..dan penulisnya berjaya membuat saya membacanya terus sehingga mukasurat terakhir.ceritanya tidak lah begitu memaparkan konflik yang melampau seperti ada watak antagonis yang sentiasa membenci dan bercita-cita memusnahkan kebahagiaan watak protagonis..dan, penggunaan bahasa oleh penulis ini sangat menyenangkan minda saya untuk mencerna setiap perkataan dan maksud sesuatu ayat tanpa perlu ayat2 lencongan yang konon boleh menambah perisa tetapi sebenarnya memualkan.

itu sahaja.sekian terima kasih...