Pages

ORYSENSE

Orysense

::NOVEL:: CINTA KONTRAK

dah lama aku tak baca novel..terlalu banyak kekangan...*alasaaannn* peluang yang ada pun waktu naufal tidur je lah....kalau tak dia marah kalau tak layan beliau...hihihihihi...



komen aku tentang novel ni..? hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..........bolehlah....aku tak jumpa kekuatan jalan cerita novel ni....kalau tak silap aku judul ni pernah masuk carta popular MPH...

permulaan cerita ni aku agak keliru, bagaimana penulis membahasakan watak utamanya...maksud aku, bahasa diri bagi watak utama adalah tak konsisten...sekejap alia, sekejap rysh, sekejap airysha...okey alina airysha adalah nama penuh watak. boleh la diterima..tapi, biarlah panggilan itu konsisten sentiasa..tapi bahasa diri watak sudah konsisten bila cerita dah masuk beberapa bab.

watak utama cerita ni agak ganas perwatakannya..walaupun digambarkan menutup aurat sempurna, tudung labuh, t-shirt labuh dan longgar...tapi agak kasar. dengan suami sendiri pun kasar...pehh...itu tak boleh berlaku di dunia nyata! berdosa!

aku agak tertarik dengan cara penulis menggambarkan kesakitan bersalin yang dialami airysha. sampai tarik rambut dan maki suami! bukankah lebih bagus kalau dalam situasi tu, airysha berzikir, baca doa nabi yunus atau mintak ampun kat suami dia ke....sesuai dengan perwatakannya yang menutup aurat tu? ganas-ganas pun, sepatutnya masih ada batasan. bukan main langgar je...doktor yang memberi dorongan kepada airysha untuk push pun seperti tak membantu je..aku petik sikit ayatnya.

"awak kena push airysha."
kan lebih berkesan kalau
"awak kena push airysha! push!"

tengok, penanda wacana '!' beri impak penting pada ayat tu.

pada akhir cerita, airysha melahirkan kembar empat. selepas semuanya selamat, boleh pula suami airysha cemolot airysha dihadapan pelawat...kot ye pun nak tunjuk terima kasih, cukupla cium dahi, kalau ada penonton di lokasi.....tak syariah compliant betul......

dah habis baca aku cari maklumat penulis...masih muda. baru 18 tahun ketika cerita ini ditulis. mungkin pengalaman tidak banyak, atau menulis mengikut selera muda, like i did before. hehe...

pada aku cerita ni ok-ok sahaja. mungkin remaja-remaja sukalah cerita ini. okey, aku memang sudah berusia pun...hihi...tapi ini adalah pandangan ikhlas aku. peace!

2 comments:

Aty Fared said...

Lame giler tak bace novel..haaihh..

Unknown said...

alah. sama aje..ni pun pinjam kat kazen...dia rajin beli...