Pages

ORYSENSE

Orysense

MIVVA : LOVE IS IN THE AIR

sebenarnya kan, sepatutnya entri ni patut aku buat awal-awal lagi, tapi terlampau banyak sangat aral melintang dan menegak di sana sini...lagi-lagi naufal ni tak boleh tengok mama dia buat kerja lain selain melayan dia seorang. aku alih mata dari dia pun tak boleh..manja sangat....

eh maaf..sempat juga bebel pasal naufal..ekekekeke...

*adeh lamanya nak tunggu gambar habis upload...*

mula-mula tau pasal beauty box ni, daripada beuty blogger juga..lepas tu terus gatal tangan nak cuba juga...lagipun kan, MIVVA ni adalah beauty box termurah. RM38 (termasuk penghantaran) untuk sekali langganan. tapi korang boleh pilih nak langgan 3 atau 6 bulan pun....atau korang boleh pilih bulan-bulan tertentu yang korang rasa istimewa untuk korang, hokey?

sengaja aku pilih februari untuk beauty box pertama aku. sebab terkenal dengan bulan cinta (aku tak sambut valentine) dan bulan ni juga raya cina.

aku dapat mivva ni agak lambat, sebab masa mivva dihantar oleh encik posmen, aku tak ada kat kampung. huhu...tpi tak pe..sebab dapat juga bukak minggu depannye..ngeh3x...as expected, cantiknya kotak pink ittew..(kataku dengan gembira)


abaikan lantai rumah yang tak lawa tu..

barang-barang dalam kotak ialah:
1. Nature Lab Refreshing Body Whip
aku belum cuba lagi body whip ni. tapi baunya wangii!

2. Beautymate Purifying and Brightening Nano Toner
aku selalu skip toner dalam penjagaan wajah sebab aku tak suka rasa pedih bila pakai toner tapi toner beautymate sesuai pulak dengan kulit aku. baunya pun wangii!

3. Murad Vitalic Pomegranate Exfoliating Mask
tak cuba lagi jadi tak tahu best ke tidak.

4. Paul Penders Natural Cream Lipstick
aku suka warna lipstick ni. walaupun ni lipstick matte, tapi, tak mengeringkan bibir. oh. aku dapat warna mulberry.

5.Skin79 White Reviving Miniature
tak cuba lagi. tunggulah dulu. lagipun aku tak la heboh nak cerahkan kulit..hehe..

dalam banyak-banyak barang dalam gambar, aku baru berpeluang guna 2. toner dan lipstik paul penders tu...dan aku suka dua-dua!! gula-gula marshmallow tiada dalam gambar sebab dah selamat masuk perut sebelum aku sempat tangkap gambar. muaaahahahaha!! sedap sangat...ngeh3x..

apapun, mivva feb memang best sebab dapat 2 item yang full size. nanti kalau ada peluang (dan fulus) nak langgan lagi. tapi untuk november mesti langgan. hadiah untuk diri sendiri maa!

nak langgan? boleh klik sini

RING SLING

Compare ngan carrier yang lebih moden, naufal lebih suka dengan yang semi moden ni. Kalau didukung dengan ring sling ni, sampai tertidur. Aku pun lebih suka guna sling ni sebab nak masukkan naufal senang, nak keluarkan pun senang. Lebih senang dari yang moden tu...

CONTEST CREATE NAMA PAGE FB

contest ringkas, tapi agak pening juga nak memikirnya..hihi...

dapat jemputan dari tuan blog untuk join contest ni...segan pula kalau tak join...

Contest Create Nama Page FB 

tuan blog ni menjual barang untuk mama, untuk baby, tudung dan menyediakan perkhidmatan menjahit manik. 

jadi agaknya, apa nama yang sesuai ya?

mama 'n' manja stuffs

okey. otak tepu. itu je idea yang keluar. sesiapa nak join boleh saja. hadiahnya tudung syria  yang cantik!

MAID DERA ANAK MAJIKAN

kecoh dua hari ni pasal maid indo yang dera anak bos dia......

serius perbuatan maid tu aku sangat-sangat tak boleh terima. baby lagi...baru 4 bulan...apa salah dia??!! kalau tak boleh kerja jangan menyibuk datang kerja! pergi balik!! kurang ajar punya orang!

baby 4 bulan..kecil lagi...dilambung-lambung, macam bola, some say roti canai...aku tak boleh tengok video tu lama-lama. aku jadi sangat marah, serius marah sampai tergigil-gigil menahan marah...

benda-benda macam ni la yang buat aku berat hati nak kerja. takut nak serah naufal dijaga orang lain. aku tak kaya nak pasang cctv dalam rumah untuk monitor apa maid buat pada anak aku..

redha je lah tak berapa berduit sementara ni. asalkan hati rasa aman melihat naufal depan mata selalu.

harapnya, maid tu kena hukum kaw-kaw, rayuan ditolak, dan di ban masuk malaysia selama-lamanya!

p/s: aku tak mahu share video tu..nak tengok cari sendiri.........

PENANGAN ZIKRULLAH

sebenarnya nasyid ni dah lama. aku sekolah rendah lagi kot...arwah bapak aku yang suka beli kaset-kaset nasyid dan pasang dalam van bila kami satu keluarga keluar.

dan paling best, bila aku lagukan lagu ni kepada naufal, tak lama. mesti dia akan lena...jadi, nah aku sharekan lagu ni. dengar tau.



gambar  tu bukan penyanyi asal okeh.

AHMAD ADAM SYUKRI

sejak-sejak dah ada anak ni, hati aku sangat-sangat mudah tersentuh. sejak tahu berita pemergiannya, aku jadi ikut sedih pulak...

“AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED (SEVERE HIE) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK…

“ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.

“DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..”


*Dari Allah Kita Datang, dan kepada Allah Kita Kembali.

tamat sudah penderitaan mu anak kecil...

buat mama dan papa adam, kalau ada terbaca post ini, bersyukurlah. insyaAllah, ganjarannya sanagat besar buat kalian.

Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:Ya. Allah bertanya lagi: Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya? Malaikat menjawab:Ya. Allah bertanya kali ketiga:Apakah kata hamba-Ku?Malaikat menjawab:Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali. Allah Ta'ala memerintahkan malaikat-Nya:Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ˜Rumah Kesyukuran'."

p/s: aku tak sanggup letak gambar ahmad adam. setiap kali tengok(sejak tahu tentang dia), aku nangis.
p/s lagi: tak tahu siapa pula periwayat hadis tu..

::REVIEW:: JOHNSON OXYGEN FRESH GEL LOTION

jujur ni..aku sebenarnya sangat tak suka berlosyen....boleh kata hampir tak pernah pun.....(losyen mustajab tu pun sangat susah aku  nak habiskan...sebab tu tak kurus-kurus..)

tapi, entah macam mana, tergerak hati aku nak beli lotion terbaru dari johnson's body care ni. oxygen fresh gel lotion namanya. menariknya, aku tiba-tiba jadi rajin menyapu losyen ini ke tubuhku...(naufal dapat sipi-sipi)

bau sangat fresh! macam oceanus bodyshop punya.suka!

teksturnya ringan, cepat meresap dan baunya yang segar memang best lah! paling best, losyen ni tak melekit. dan kalau kena air pun tak ada rasa licin-licin, yang membuatkan aku tak suka pakai losyen.

kemungkinan aku beli lagi losyen ni sangat besar hokeh! aku sangat rekomen oxygen fresh gel lotion kepada makhluk-makhluk yang tak berapa suka berlosyen atas sebab tak suka rasa lekit tu...hokeh. itu saja. naufal sudah memanggil.

p/s: kalau baca kat description kat belakang produk, ada shower gel, tapi tak nampak pulak kat mana-mana kaunter pasaraya mahupun kedai serbaneka...