Pages

ORYSENSE

Orysense

CUTI

cuti dah nak berakhir.....tak ke mana pun....tapi balik kampung pun boleh dikira bercuti. bercuti dari bunyi bingit di paya jaras.....

tak mau balik sana......


COMFORT ULTRA PURE


aku dapat sampel comfort ultra pure ni dah lama...beli majalah pa&ma.....tapi baru-baru ni je aku guna.....

wangi woo.....baju pun jadi lembut je...paling best, kalau jemur baju indoor, bau tak hapak! mak suka! ye aku jemur baju secara indoor...walaupun sebenarnya aku lebih suka kalau dapat jemur kat luar sebab aku suka baju yang kering bawah matahari.*suka bau segar matahari..eh ada bau ke matahari??hehe* tapi aku tak boleh jemur outdoor sebab kawasan rumah aku ni sangatlah berhabuk. tak sesuai. rugi basuh baju je tapi habuk melekat.

rasa nak beli botol besar la pulak.

p/s: tunggu dynamo downy passion habis dulu....

KISAH KECIK


ini kecik. nampak normal kan? tapi sebenarnya dia sakit. memang luaran nampak tak cedera tapi sebenarnya cedera dia belah dalam. mungkin la.

kecik ni kazen kecik aku yang jumpa. katanya kesian jalan ngesot-ngesot, dia bawak la balik rumah. bila aku nampak kecik buat pertama kali, aku terus nasihatkan supaya bawa kecik ke vet. dah bawa pun.

menurut doktor, tiada tulang patah. cuma mungkin sarafnya yang cedera, membuatkan kecik tak mampu nak mengawal otot di bahagian perut dan kaki. lebih malang lagi kecik kena dibantu untuk kencing. dia tak mampu kencing sendiri. perlu dipicit pundi kencingnya. berak pun susah. kesian kan? doktor cakap kecik kena terus di'fisoterapi'kan secara berterusan, tapi harapan pulih amat tipis.

kesian kecik. aku nak sangat jaga kecik tapi tu tak mungkin buat masa ni. kalau aku jaga kecik, serupa macam aku jaga dua bayi serentak, dan aku tahu aku tak mampu. tak mampu dari segi masa dan kewangan juga. yang aku mampu ialah carikan orang yang sanggup angkat dia dengan penuh kasih sayang. jadi kalau ada yang sanggup jaga kecik, boleh contact aku ye...

p/s: kecik sangat manja tau. walaupun keadaan dia agak kekurangan, tapi dia kucing aktif.

CHIPSMORE

aku ni macam biskut chipsmore yang sedap tu kan..jap ade jap takde....

haha...bukan ape..kesempatan nak online tu tak berape nak ada....menjaga naufal sangat membutuhkan perhatian 120%...*ah sudah....berbahasa seberang pula..penangan sinetron la ni..lalalala.* tambah lagi dia sangat tak berapa tidur siang sekarang...waktu lapang aku adalah waktu malam...tapi bila dah malam aku pun dah penat...nak online up entri pun dah malas....

bukan aku tak mau buat schedule entri or what so ever tu...tapi aku tak rajin nak mengadap pc sambil menaip 2 - 3 entri berjadual....idea aku cepat kering....*mungkin sebab tu my so called novel tak pernah siap...*

mungkin bila naufal sudah besar sedikit aku boleh la aktif sedikit...kot? itu pun kalau aku masih surirumah la....kalau tak, mungkin masih chipmunk eh..chipsmore lah...

inipun menaip sambil-sambil tengok naufal buat apa. okeylah..beliau dah pandang-pandang aku tu...tanda kena berhenti menaip..hihihi...*baiklah anak..mama datang....*

p/s:me need new laptop...huhuhuhu

RUGI KE?

ramai yang cakap kat aku rugi aku tak kerja sebab aku ada ijazah.
.........
tak terkata apa-apa. rugi ke? kalau niat belajar tinggi-tinggi tu sekadar nak dapat gaji tinggi, memang rugi la kot tak kerja kan.

tapi niat aku belajar sebab aku nak ilmu. pengalaman belajar.

ada ijazah pun bukan tiket untuk dapat gaji tinggi. aku dulu kerja dtp artist / graphic designer / kerani / penyambut tetamu / penjawab telefon pun tak dapat gaji tinggi pun. cukup-cukup hidup sebulan(termasuk menyara rangga anak beranak masa tu).

masa mengandung 3 bulan aku berhenti kerja. konon nak kerja balik lepas bersalin.

realitinya sampai sekarang aku belum bekerja semula.

takut nak kerja semula. bukan tak yakin diri. tapi aku takut aku akan serahkan naufal kepada orang yang salah. realiti dunia sekarang sangat menakutkan aku sebagai seorang ibu.

mak aku cakap kat aku, "kalau asyik terkenang anak je memang tak kerja la mak".

situasi mak aku lain. dia bekerja dengan kerajaan. dan kami adik beradik dijaga oleh mak saudara kami sendiri.

tapi, menjadi orang pertama menyaksikan perkembangan anak depan mata adalah sangat bahagia! adakah itu dikira rugi? mendidik sendiri anak, adakah itu dikira rugi? menjadi suri bukan sahaja di hati suami, tapi kepada anak, adakah aku masih rugi punya ijazah tapi tidak bekerja?

paling penting..ADAKAH JAWATAN SURI RUMAH ITU HANYA LAYAK DISANDANG OLEH MEREKA YANG TIDAK PUNYA IJAZAH ATAU PENDIDIKAN YANG TINGGI?

serius kalau ada yang jawab ya, mungkin minda korang tak cukup terbuka. aduii...aku membebel lagi. okeylah. babai.

p/s : masih ragu-ragu.mahu kerja, mahu pegang duit sendiri. tapi kemahuan melihat dan mengasuh sendiri anak lebih besar.

AKU TERASA, DIA YANG DEMAM

hmmmmmppphhhh.....aku yang beria-ia sakit kepala macam nak demam malam tadi...alih-alih naufal yang demam. mujur demam sikit. 37.2 c...kasi dia makan obat demam, lekat kool fever, demah-demah badan dia ngan air. turun 0.1 c aje...

tetiba dengar dia "uuuuuukkkkkk!!!!" dua tiga kucing berlari kali..

lepas tu aku salin 'jamban' dia. suhu badan dia pun tak panas macam awal tadi. lega mak. hehehe....yelah, bukan ke yak akan membantu mengurangkan panas badan? entahlah.

p/s : apapun harap-harap selesema aku ni tak menjangkiti naufal kachak. kesian dia......

PENANTIAN SATU PENYEKSAAN

menunggu cek dari nuffnang....alah..tak banyak...tapi...nak jugak tengok hasil cerita suka suki aku selama beberapa tahun ni...

p/s: aku ada baju pre-love. kot ada yang korang pembaca muda mudi berkenan.

BLENDER OH BLENDER

cerita blender pulak....dulu tak kisah sangat pun pasal blender ni, sebab dah ada yang mak kasi tu....tapi sejak dah beranak ni teringin la pulak blender baru. lagi-lagi bila blender yang mak bagi tu tumpul pisaunya. blend bawang tak hancur betul. nak buat puree naufy pun tak konpiden mama.

intai-intai berkenan kat philips mini blender. lagi pula aku rasa memang serasi bersama philips ni. aku punya depilator pon brand philips. adiah kawen. request dari kazenku hamizah a.k.a min. tu yang berkenan kat mini blender philips tu.
inila rupa mini blender yang aku berkenan tu..

tapi setelah kuperhati betul-betul, rasanya blender ni macam susah je nak cuci pisau dia.....

nak dijadikan cerita, masa aku jalan-jalan survey blender, terjumpa blender pensonic bombshell.
itu dia.....kakkui..ne?

nyaaaaaaaan!!!! mak suka ittew!!! hehehe....tapi rejeki nak belinye entah bile.....hewhewhew...