Selepas mamat hilang, memang aku tak pernah berniat nak bela kucing dalam rumah lagi.
Sampailah satu hari, aku terdengar anak kucing menangis di luar rymah. Sebab kesian, aku bawak dia masuk, bagi susu sampai dia boleh makan.
Dah boleh makan aku bagi wet food. Dah lama sikit, aku bagi kibbles. Sekarang dah gemuk pun si mot ni.
Tapi dia tak sepenuhnye duduk dalam rumah sekarang. Siang kat dalam, boleh keluar masuk Malam kat luar. Memang aku latih begitu. Tapi mot ni pengganas. Gigi dia tajam kot. Habis calar-calar tangan aku. Huhu....
Sayangnya, mot dah pergi tak pesan apa2 pun... Hilang macam tu aje... Kena culik kot? Entah la.... Harap mot ok saja walau di mana pun dia menumpang teduh...
No comments:
Post a Comment