Pages

ORYSENSE

Orysense

DILEMA ISI MINYAK

Yau! Akhirnya aku dah ingat!

Rasanya mesti ramai yang ingat aku nak bebel-bebel pasal harga petrol ron95 yang ura-ura nak naik harga kan...

Uollss salah!

Tak ada kaitan langsung dengan kenaikan harga petrol(bebel-bebel pun kita tetap pergi stesen petrol bagi tangki kereta makan kan?)

Sebenarnya aku nak cerita pasal tinggal anak sekejap dalam kereta sementara nak pergi bayar kat kaunter untuk isi minyak. Hoi! Panjang sungguh mukadimah! Heh!

Ceritanya, aku selalu travel berdua dengan naufal. Diulangi SELALU. Bila dah selalu tu tentulah kena isi minyak kan. Kalau tak tak berpusing la roda kereta kan? Yang tak bestnya, kebanyakan stesen minyak adalah layan diri. Kalau ada atenfan pun sekadar duduk dan tengok je pemandu keluar dari kereta pergi kaunter bayaran. Aku selalu susah hati setiap kali nak isi minyak. Lagi-lagi yang kalau nak bayar kena masuk dalam mart dia. Sebab aku selalu tinggalkan naufal sekejap dalam kereta sementara nak bayar tu.

Mungkin ada yang kata bawak je la anak keluar, dukung je la, berat mana pun....

Memang tak berat, tapi nak keluarkan dan masukkan naufal semula dalam car seat agak leceh tahu? Tambah kalau time dia meragam tu. Fuyo! Berperang tahu?

Entah kenapa, aku rasa macam alangkah bagusnya kalau masih dilayan macam zaman dulu-dulu tu. Park kereta di pump, bayar di pump, atendan akan uruskan semua, siap dan terus jalan! Akan banyak memudahkan ibu-ibu yang travel berdua dengan baby kecik.

p/s: Aku selalu je cancel isi minyak kalau terpaksa beratur panjang untuk bayar.

LUPA

Cis! Aku paling tak suka bila aku dah ada cerita tapi lupa apa yang mahu diceritakan! Sungguh tak seronok bila lupa. Huhu...

Nantilah bila sudah ingat semula aku kena terus tulis draft kot.

Hehe...

KEJANG PERUT

Minggu lepas, rumah aku kenduri. Adik aku kawen. Yay dapat adik ipar. Hehehe...

Ikutkan aku tak dapat banyak membantu, cuma dapat buat kerja yang ringan-ringan aje. Macam isi berkat, gubah hantaran teman mak shopping...eh.. Shoppibg tu kerja berat juga.. Heh..

Sepanjang kat kampung, tiap malam perut terasa kejang. Sakit oi! Kadang-kadang sampai dalam tidur terasa kejangnya. Ada sekali aku muntah-muntah. Lepas muntah perut aku terus kejang. Sakitnya... Nak meleleh air mata aku.

Mungkin aku terlebih aktif kot. Yelah, kata orang pengalaman mengandung tak sama setiap kali, ibaratnya setiap kandungan ialah yang pertama. Herherher...

KESAN RANCANGAN TV KEPADA ANAK KECIL

Rumah aku tak ada astro. Yang ada arial biasa-biasa je.. Channel yang paling terang tv9 je. So..aku memang tak ubah channel lain la.

Baru-baru ni ada iklan. Uji bakat untuk idola kecil 6. Terus cepat-cepat aku berdoa supaya anak aku tak tergolong dalam umat yang sukakan hiburan lagha sebegitu..

Apa kena mengena kan tajuk dengan cerita ni? Heheh.. Aku cuma terfikir, adakah kita sebagai ibubapa memantau apa yang anak-anak tonton? Adakah rancangan yang mereka tonton sesuai dengan usia mereka? Bermanfaatkah?

Pada aku, kebanyakan kartun animasi atau rancangan kanak-kanak sekarang tak seperti dulu. Aku ingat lagi, dulu ada rancangan mari bercerita yang sangat menarik. Kartun animasi ketika itu pula sangat menarik, dan bermoral. Hehe..

Sekarang, dalam slot banana tu, sangat sedikit kartun animasi yang memberi impak moral yang baik untuk anak-anak.. Bukan tak ada, cuma sedikit. Contoh animasi spongebob. Bagi kita orang dewasa spongebob menghiburkan. Dan kita tak ambil kisah pun dengan kerenah span tu. Tapi kita tak pasti apa pula yang melekat di minda anak-anak. Mungkin ada yang meniru..

Macam tadi, sebelum aku keluar jemput encik suami. Ada sorang budak ni..sambil pegang besi, konon-konon ala gangster, sambil lafaz dialog ni.. "lu cari pasal dengan gua ye...tak guna lu...." berulang-ulang dia sebut dialog tu.

Whoa...tanjat gegel....kecik-kwcik dah tiru kl gangster.... Brrrr... Seram mak! Mak dulu berlakon ultraman, gaban dan satria baja hitam je nak....

Nasib baiklah arwah bapak aku dulu tapis rancangan yang kami tonton. Terutamanya rancangam hiburan nyanyi-nyanyi. Memang dia tak bagi tonton. Hasilnya sampai sekarang aku tak peduli sangat rancangan seperti itu. Rancangan gossip? Lagila aku memang tak gemar. Rasa macam join mengumpat memfitnah pula...

Poin aku, sebagai orang tua, kita memang kena pantau apa yang sampai pada anak kita. Luangkan masa menonton bersama anak-anak. Kalau kita rasa apa yang ditonton tu tak bagus, terangkan kepada anak kita, apa yang tak bagus...dan ingatkan anak-anak supaya jangan tiru perangai watak tu....

p/s: anak aku suka betul upin ipin.

SUSU DAN LEMBU

Ini bukan cerita breastfeeding.

Adalah satu post di page fb yang bertanyakan susu fm apa dia patut cuba pd anak dia yang berumur 2 bulan, sebab anak dia sembelit..dia dah tukar 2 jenis susu..  Dalam banyak-banyak komen yang membantu, ada satu komen ni sangat menyentuh perasaan aku..

"bagi anak susu lembu nanti anak dengar cakap lembu".

Apa hak kita nak menyakiti perasaan orang? Kenapa mesti keluar komen-komen begini daripada mereka yang kononnya sangat berjaya menyusukan anak sepenuhnya? Apa jaminan kita anak kita yang menyusu badan sepenuhnya tu akan dengar cakap kita dan tak degil? Lupa ke? Hati ni, Allah yang pegang?

Kita tak tau, apa masalah ibu-ibu yang tak dapat menyusukan anak ni.. Jangan terus nak jump to conclusion..

p/s: jangan menyombong bila Allah beri kelebihan rezeki pada kita. Kalau rezeki tu ditarik semula baru la terasa macam makan balik muntah sendiri.

CUBIT ANAK DI KHALAYAK

Malam tadi.. Aku pergi econsave beli epal.. Mklumlah mengidam... Lepas dah pilih epal, nak timbang, adelah sorang budak dalam 3-4 tahun, happy2 sambil pegang 1 pek solivite. Tiba-tiba datang sorang laki, cubit perut budak ni. Bukan setakat cubit lepas, cubit tarik sekali tuuu... Terus menangis budak ni....

Aku rasa simpati. Mesti malu budak ni... Depan orang ramai...

Aku rasa tak setuju betul bila perkara macam ni jadi depan mata..sebab apa taw. Sebelum kena aku tengok mood budak tu baik aje. Mungkin la dia leka sampai tak ikut langkah parents dia tapi salah anak ke kalau dia tertinggal? Lepas kena cubit aku dengar budak tu nangis terus sampai ke kaunter bayaran. Lepas tu kena marah lagi dengan sorang perempuan yang tak berapa kurus.

Simpati aku tumpah lagi....

p/s: segarang2 arwah bapak aku dulu, rasanya tak pernah aku kena pukul depan orang ramai. Kalau buat salah kat luar pun, kat rumah baru kena rotan.

::RANDOM RANT:: MITOS KUCING DAN KESUBURAN

Korang mesti pernah dengar ni. Orang tua-tua kata kalau nak senang mengandung, jangan bela kucing. Kalau dah mengandung, tak boleh pegang atau main kucing. Nanti gugur.
Serius aku cukup berbulu dengar statement tu. Siapakah yang pandai-pandai mencipta mitos tu? Mungkin pencipta mitos tu seorang ateis? Maaflah, tapi siapa yang berpegang dan percaya mitos tu, memang tak percaya pada qada dan qadar Allah.

Keluarga aku, walaupun tak hardcore dalam meminati kucing, tetap sayang pada makhluk berbulu ni. Bela kucing macam biasa. Elok je adik beradik ada sembilan. Setahu aku, mak aku tak pernah pun keguguran. Jadi apa kaitan kucing dengan kesuburan? Dan aku, sebaik sahaja adopt si pengkot, lekat pula. Hari-hari uruskan pampers, tukar dan cuci montot dia, Alhamdulillah, masih Allah lindung kami berdua.

Yang penting, yakin. Allah takkan susahkan hambaNya. Kalau kawen da lame tapi belum dikurniakan anak walaupun dah berusaha macam2 muhasabah diri. Mungkin sebenarnya kita belum  sedia jadi ibubapa. Jangan nak jadikan kucing atau mana-mana makhluk Allah sebagai sebab ketaksediaan yang kita tak nampak-nampak tu.

p/s: kucing1st aku beranak atas badan aku mase aku tengan tidur. Kucing aku mase kat sungkai pernah pecah ketuban dalam dukungan aku. Dan ada kucing yang pernah mintak aku temankan diorang beranak.

KALI KEDUA

Yup..sekarang aku berisi lagi, untuk kali kedua... Betullah pengalaman mengandung ni takkan sama setiap kali..

Kalau yang dulu aku mabuk sampai kena berhenti kerja sekarang tak. Cuma selera makan aku tak ada sekarang. Total tak ada. Tapi sekali makan macam dinosaur! Kahkahkah!!

Mula-mula aku macam agak susah nak terima sudah berbadan dua lagi, sebab naufal uang belum setahun, tapi rezeki Allah nak beri, kan... Sekiranya memang rezeki naufal beradik cepat, insyaAllah, april tahun depan, dah jadi abang long!

Kali ini kurang meloya, mungkin berkat minum jus delima gulsan tu kot? Tipu la kalau langsung tak meloya, sebab loya masa mengandung tu petanda baik apa...loya tetap loya cuma kurang..cuma perut ada rasa sebu... Tak selesa.. Tidur pun macam tak kena... Pinggang tak selesa... Padahal masih awal lagi...bertabah!

p/s: siapa minum susu dumex mamil mama? Aku minum tp macam x serasi ah..mencerriberri aje...aku sekarang on ostematrix dan gulsan sahaja.