Pages

ORYSENSE

Orysense

::RANDOM RANT:: AKU MENYESAL KAHWIN DENGAN KAU!!


Huhui....suspen tak tajuk? Aku pernah baca petikan ni lama dulu. Just recently benda ni timbul balik depan mata...

Tak tahu lah, sejauh mana sahihnya kata nabi sallallahu'alaihiwasallam ni. Mungkin juga hadis ini palsu. 

Yang aku tahu isteri yang tak bersyukur dengan suaminya, memang sia-sia amalan dia.

Aku menyesal kahwin dengan kau. Pernyataan ni selalu keluar dari mulut isteri yang frust dengan suami. Tak kira la frust pasal apa pun.

Tak dapat gelang sampai ke siku.
Tak dapat handbag beribu-ribu. 
Tak dapat baju berbulu-bulu.... 
Sampai keluar talak yang bukan satu...

Untuk aku, yang bukan bernasib baik dengan hal jodoh ni, tak pernah menyesal. Sikit pun tidak. 

Pilihan aku. Dan aku sedar risiko yang akan aku tanggung. Sekiranya tak berlaku seperti yang aku harapkan, kenapa mesti menyesal?

Bila menyesal mula la keluar perkataan 'kalau'.

Kalau dulu... 
Kalau itu.. 
Kalau ini..

Betul, aku tak pernah menyesal. Malah aku bersyukur, Allah berikan aku hadiah dari syurga. Bukan satu, tapi dua. Dua manja cinta buah hati untuk teman aku meneruskan hidup. Dua cahaya comel untuk aku meninggalkan kesedihan dibelakang. Dua harta paling berharga yang takkan aku tukar dengan apa pun. 

Jadi, apa yang nak aku kesalkan? Allah beri aku penawar disebalik kesedihan aku sebelum ini.

Kepada yang pernah terdetik sesal, walau sedikit...aku minta, pandang wajah anak-anak. Kenang semula masa bahagia, walaupun singkat. Lupakan sesal, belajar redha.

Semua perkara berlaku ada hikmahnya. Bersangka baik dengan Allah. Allah uji sebab Allah sayang.

2 comments:

Anonymous said...

tipuuuuu mane source?
shima perak

Unknown said...

Cik puan shima, saya dah tulis kat atas, saya tak tau sejauh mana sahihnya kata2 di atas.
.
Ni mesti tak baca terus komen kan?