Pages

ORYSENSE

Orysense

::REVIEW:: BLINQ SKIN CARE

Assalamualaikum dan hai uollss...

Serius wei..aku rindu sangat nak review beauty product..sangat rindu....

Baru-baru ni aku dapat peluang cuba blinq skin care yang upgrade version. Alhamdulillah rezeki kan....kebetulan sangat masa tu kulit aku tengah 'mengamuk'. Jerawat pas baton tumbuh silih berganti. Stress aku dibuatnye...

Dalam skin care ni ada 4 item. Cleanser bar, serum, day cream dan night cream.
Serum tu cukup2 seminggu je untuk sampel ni..sedey..

Cleanser bar dia ada light herbal scent..a nit flowery maybe..entah rak pandai la nak terang. Tapi bau dia tak la wangi melampau..just nice aje...tak berapa berbuih(cleanser banyak buih mungkin akan mengeringkan kulit tau). Paling best tak ada rasa kering selepas bilas dan muka rasa segar je.

Serum dia favourite aku. Sangat2 cepat meresap dan sangat efektif menentang jerawat! Jerawat yang mengamuk kat muka aku tu, 2 hari je dah surrender okey. 2 hari. How cool is that?

Day cream. Yellowish in colour. Creamy dipegang, tapi tak oily. Bila blend, rasa cam bedak pula. Tapi memang tak ada sticky feeling macam kebanyakan cream lain.

Night cream. Tektur macam heavy tapi tak sebenarnya. Macam day cream juga, bila blend in rasa macam bedak. Yang penting tak oily and sticky!

Ini gambar 1st day pakai dan hari ni. Sorry lighting tak berapa sama. Tapi tak mainla filter, 360 or camera beautification okey...mekap pun tidak tahu?  

Dalam gambar tu jerawat tak nampak sebab tumbuh betul2 kat puncak bibir atas tu. Tapi, merah2 tepi hidung dah kurang, muka lebih moist dan yang penting aku rasa warna kulit dah lebih sekata(perasan!)

Agak2 boleh taj jadi duta produk? Hihi...

Sorry la aku tak dapat nak terangkan detail ingridient...tapi korang boleh je jenguk fb page blinq hq untuk info lanjut...aku lebih kepada nak review sebab, bila aku cari skin care, aku nak review yang honest..bukan setakat nak ambil hati sebab ko dapat free..

No comments: